Sujud 2 kali pada setiap rakaat
Sujud ialah bersentuhan dahi orang yang sembahyang dengan tempat sujudnya.
Dalil sujud
Firman Allah SWT: wahai orang2 yang beriman, rukuklah serta sujudlah (menunaikan sembahyang)…..( al-hajj ayat 77)
Daripada hadis nabi Muhammad SAW maksudnya. Sabda rasulullah SAW ketika mengajarkan cara2 bersolat kepada orang yang tidak betul melakukannya,”kemudian sujudlah sehingga tahap tetap dalam keadaan itu, kemudian bangunlah sehingga tetap keadaan dudukmu, kemudian sujudlah lagi sehingga keadaannya tetap.”
Syarat sujud
1)menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah.
2)Melakukan sujud dengan 7 anggota badan berdasarkan hadis yang bermaksud ( sabda Nabi Muhammad SAW,” aku diperintahkan sujud dengan 7 tulang anggota, dengan dahi (sambil baginda menunjukkan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan hujung kedua belah kaki.”- Bukhari & Muslim). Orang yang bersolat tidak wajib mendedahkan semua anggota tersebut kecuali dahi
3)Bahagian punggung hendaklah terangkat lebih tinggi seberapa yang boleh daripada kepala sebagai mengikuti perbuatan Rasulullah SAW
4)Tidak sujud di atas pakaian yang bergerak mengikut pergerakan orang yang solat
5)Tidak bertujuan lain selain daripada sujud.
6)Menekankan dahi di tempat sujud sehingga kalau diletakkan kapas atau seumpamanya yang diletakkan di bawah dahi tertindih dan meninggalkan kesan sujud yang jelas di atasnya
7)Tamakninah semasa sujud sekurangnya sekali tasbih.
Cara sujud yang sempurna ialah bertakbir ketika turun untuk sujud, letakkan 2 lutut diikuti oleh 2 tangan dan kemudiannya dahi dan hidung. Dua tangan terletak bertentangan 2 bahu dengan jari-jari dilepaskan rapat kea rah kiblat. Jarakkan perut daripada 2 paha, dan dua siku daripada lantai dan dua rusuk sambil bertasbih 3 kali.
Lutut atau tangan, yang mana turun dahulu masa hendak sujud?
ada khilaf yang panjang di sini, masa nak turun sujud, apakah turun lutut dahulu atau tangan dahulu. Ringkasnya ada yang berpendapat turun lutut dahulu, ada juga yang kata kena turun tangan dahulu.
Golongan yang mengatakan turun tangan dahulu berdalilkan hadis bahawa Rasulullah SAW meletakkan kedua-dua tangannya ke bumi sebelum lututnya (ibn khuzaimah & darqutni). Ada lagi hadis dari abu daud nabi SAW bersabda maksudnya, apabila seseorang kamu sujud, maka janganlah kamu turun sebagaimana turunnya unta, hendaklah kamu meletakkan kedua-dua tanganmu sebelum lututmu. Di antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini ialah Imam Malik, satu pandangan daripada Imam Ahmad dan lain2.
Sementara satu lagi golongan mengatakan bahawa kena turun lutut dahulu berdasarkan sebuah hadis riwayat syuraik yang bermaksud ( aku telah melihat Rasulullah SAW apabila sujud, meletakkan kedua-dua lututnya sebelum tangannya, dan apabila bangkit mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum lutut-riwayat abu daud dan lain2).hadis ni ada perbahasannya namun inilah yang menjadi pegangan Imam nawawi dan ulama selainnya.
Mengikut dr abdul basit sg durian, takper turun mana dahulu, lutut dahulu atau tangan dahulu kerana kedua-dua perbuatan tersebut ada hujahnya. Lagipun ia bukannya termasuk dalam perkara rukun sehingga tidak melakukan perbuatan tersebut memebawa kepada batalnya solat. Bagi orang tua, mereka yang dah berumur atau yang sakit lutut bolehlah turun tangan dahulu. Bagi orang muda yang lututnya kuat, bolehlah turun lutut dahulu. Kedua-dua perbuatan berkenaan ada hujahnya, sekalipun ada perbahasannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan