Jumaat, 5 Mac 2010

malaikat turun (datang) kepada orang beriman..?


Skang ni aku tengah dok mengelamun dengan tafsir al-azhar, karangan Hamka. Cita-cita aku aku nak habiskan pembacaan aku tentang tafsir. Sebelum ni ada gak belajar pasal tafsir tapi banyak potong-potong. Belajar..then aku ke mesir. Blaja, mula balik then aku balik msia. Blaja lagi dari bawah n then tok guru berpindah pulak.

Sesungguhnya orang-orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat2 akan turun kepada mereka ( dengan berkata) janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu…………ayat 30, surah fussilat….( 30:41 )

Maksud hadis: hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan beristiqamah (riwayat al-Darimiy). Hadis dipetik terus daripada tafsir al-azhar

Dalam masalah malaikat akan turun kepada orang yang teguh pendirian atau beristiqamah ini, ada beberapa tafsiran ulama.

Mujahid, al-Suddiy dan Zaid bin Aslam menafsirkan bahawa malaikat ini akan turun seksetika orang itu akan mati. Maksudnya orang yang berisitiqamah pada jalan Allah akan didatangi malaikat, dapat melihat malaikat ketika nazak.

Dalam tafsiran al-Tabariy dari ibn Abbas r.a pula, malaikat itu akan datang ketika roh bangkit kelak dari alam kubur setelah mendengar tiupan sangkakala ketika dipanggil untuk bangkit atau hidup semula.

Dalam hadis lain dari al-Barra’ bin Azib malaikat datang mengalukan2 roh orang yang istiqamah semasa hidup di dunia ini. Mereka datang beramai-ramai dengan wajah berseri2 sambil berkata: keluarlah wahai roh yang baik dari tubuh yang baik selama ini engkau diami. Keluarlah hair oh hai raihan, keluarlah menemui Tuhan yang tidak marah kepadamu.

Ada lagi tafsiran lain mengatakan bahawa kedatangan malaikat ialah di kubur, di alam kubur dengan disambut oelh 2 malaikat yang terkenal, mungkar dan nakir dengan ucapan selamat datang.

Banyak cerita tentang kedatangan malaikat kepada orang soleh. Ada kisah bagaimana seorang orang soleh ketika hampir meninggal, ketika ditemani sanak saudara dan ahli keluarganya mempersilakan tetamunya yang baru datang sedangkan ahli keluarganya tidak melihat sesiapa pun yang datang.

Hamka menegaskan lagi bahawa boleh juga agaknya kita tafsirkan bahawa malaikat itu datang bukan hanya ketika orang akan meninggal, bukan hanya ketika nazak, atau di alam kubur, atau ketika mengedar tiupan sangkakala, bahkan ketika masih hidup ini. Beliau berkata banyak hadis2 yang mengatakan malaikat datang. Di antaranya

1) hadis Abu Darda’ r.a:
Bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: barangsiapa yang mendoakan saudaranya dalam keadaan saudaranya itu tidak mengetahuinya, berkatalah malaikat yang ditugaskan untuk itu. Amin! Dan engkau pun moga-moga dapat kurnia sebagaimana sahabat yang engkau doakan itu
(riwayat Muslim dan Abu Dawud)..hadis ni disalin terus dari kitab

2) hadis Abdullah bin Masud r.a.: bahawa Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya bagi syaitan ada bisikan kepada anak adam dan bagi malaikat ada pula. Adapun bisikan syaitan ialah menjanjikan yang buruk dan mendustakan kebenaran. Adapun bisikan malaikat ialah menjanjikan yang benar dan menerima kebenaran dengan jujur. Kalau pernah terdapat demikian, ketahuilah bahawa itu dari Allah SWT, maka pujilah Allah SWT. Dan barangsiapa mendapat selian itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan (riwayat al-Tarmizi dan al-Nasaiy

Rabu, 10 Februari 2010

santai bersama komik........detective conan


Masa aku ngaja KAFA kat putrajaya dulu, dalam sekitar tahun 2005, ada seorang budak tu(darjah 4 atau 5 rasanya) suka sangat baca detective conan. Memulanya aku tak kisah dia nak baca apa pun bacalah. Kalau ada masa kosong, dia baca buku tu. So ada sekali tu aku pinjam buku dier, sajer nak baca, sajer nak tengok apa ada dalam tu. Aku baca, lama2 rasa menarik gak especially pasal kumpulan jaket hitam tu. Aku ingatkan detective conan ni macam dragon ball, atau apa2 jer komik manga yang lain. Baru aku tau rupanya kisah ni ada unsur2 penyiasatan. So kalau ada masa aku tengok rancangan kartun detective conan kat dalam tv. Then, aku jumpa sebuah kedai di Bandar baru bangi yang ada sedia khidmat sewa buku n cd cerita. Kat situ la aku baca balik buk jit fatt(alam perwira) dari awal sampai habis. Buku ni aku cukup suka khasnya masa pertarungan di antara ifrit utama dengan maharaja zhou yang dibantu oleh daji, rahib esa, ketua suku kaum apa nama dah(lupa), pahlawan2 istana. Aku ingat sampai 4 or 5 keluaran khas pasal pertarungan tu. Ifrit utama kalah, dicacatkan dan diletakkan dalam satu sel penjara bersama ji kao. So roh ifrit utama masuk dalam tubuh ji kao. Then masa aku nak ke mesir dalam tahun 1997, siri tu dah nak berakhir tapi aku tak sempat habiskan. Aku berangkat ke kaherah. Bila jer aku jumpa siri alam perwira tu kat kedai tu, aku sewa jer nak habiskan keseluruhan siri alam perwira(rasanya dalam 200 naskhah) dalam 2 minggu. Aku juga jumpa siri pedang setiawan. Sempat la aku baca dari awal sehingga ke pertarungan aties jati, aties kuntum. Bila jer pedang setiawan dah nak masuk babak tanpa nama hilang tangan, then dia nak lawan abang angkat dier, then patutnya dia dah nak mati, tapi tak jadi mati kerana kononnya tugas dalam bidang pahlawan belum berakhir, aku dah rasa tawar hati nak baca pedang setiawan. Cerita dia dah mengarut sangat. Paling aku suka masa babak kemunculan semula tanpa nama selepas hamper 20 tahun mengasingkan diri daripada dunia kepahlawanan akibat kematian isterinya. satu lagi ialah hikayat wira penembak helang. Siri ni dah jadi drama dengan tajuk the legend of condor heroes. Suka tengok hikmat2 pertarungan, jalan cerita yang menarik dan paling penting dia ada ending, tak la macam pedang setiawan tu.
so kat kedai ni la aku sewa detective conan. Dari siri 1, masa shinichi kudo masih dewasa sehingga jadi kecil dan sehingga jilid ke 40 lebih rasanya, aku balik kuala krai. Namun sekarang aku masih beli buku ni, santai minda aku. Banyak gak info menarik aku perolehi daripada conan ni, antaranya pasal observation, analisa, deduktif dan sikit2 pasal forensic dan psikologi(dalam sesetengah siri la, bukan semua). Ada juga siri tu yang terlalu mudah diteka, biasa la hiburan. Tu pasal aku boleh bertahan dengan cerita ni. Memang bila orang tak tau, atau tak minat, mereka akan ketawa jer. Tapi disebalik cerita kanak2 tu, rasanya ada benda yang menarik walau pun dengan cara yang cukup simple.
Aku ni kannya apa, kecik2 dulu suka baca buku misteri macam nancy drew, dengan watak salma hadi, zarina dan mei lin. Hardy boys dengan faruk dan johar. Enid blyton dengan 5 penyiasat, Alfred Hitchcock dengan 3 penyiasat. siri Sherlock holmes pun aku minat tapi versi terjemah melayu la. Aku juga suka tengok citer X-files dengan fox mulder dan dana scully. Suka tengok filem jack the ripper, silence of the lambs, jackal, Italian job. Semua citer yang penyiasatan, perancangan, semua benda tu aku suka. Dulu laa. Skang ada citer CSI, kalau ada masa tgk la jugak, tapi really bila kita dah ada tugas lain. Komitmen dengan keluarga dan sebagainya, benda2 gitu dah kurang.
Bila aku pergi mesir tahun 1997 dulu, citer2 gitu takder dalam tv diorang. Pastu lak, komitmen dengan pengajian aku, maybe peringkat umur yang meningkat dan suasana mesir tu membentuk diri aku menjadi seorang yang tak kisah lagi pasal citer kat tv. Lama2 aku leh tinggalkan tgk tv dalam erti kata menonton tv tu sebagai mengisi masa lapang. Ada masa aku cuba isi masa aku dengan kitab2 dan akhbar kat sana. Takder la lagi nak tgk benda tu semua. Namun semuanya tu kekal dalam ingatan aku. Sebagai sebahagian daripada hobi aku…

Jumaat, 5 Februari 2010

sembelih harimau & berurut pakai minyak harimau


Aritu, masa aku balik dari sekolah amik anak aku dengan pengasuh. Aku dengar ada orang cakap pasal ada harimau. Bila aku bertanyakan orang kampong, ada yang cakap berita tu tak benar. Ada yang cakap, kalau berita tu benar sekalipun orang tak akan bising sekarang. Terus jer panggil member yang ada senapang, pergi buru, tembak n jual. Harganya ada la dalam RM40k. kalau report or cakap kat broker jer dah dapat 5 6 ribu sejuk2. khabarnya harimau tu dijual sebagai makanan eksotik untuk orang non muslim terutamanya. ada juga orang kampong yang cakap maybe harimau tu jenis harimau jadian, makhluk halus atau ilusi penoreh tu jer. Maklumlah kat laluan aku nak ke sek ni dikelilingi bukit, hutan dan dah nampak gunung kambing yang memisahkan sempadan kelantan terengganu. So apa2 buleh berlaku.

Tak kisahla pasal tu. Tapi yang menarik perhatian aku bila ada yang cakap harimau tu sampai RM40k. setahu aku yang jahil, salah satu daripada syarat2 sah jual beli ialah barangan itu hendaklah barangan yang diiktiraf syarak. Kalau barangan tu tak diiktiraf syarak sama ada kerana najis seperti arak (walau pun boleh jual dan buat duit), atau kerana tidak berfaedah seperti sebutir beras atau gandum, semuanya tu membawa kepada tak sah jual beli yang kita buat. Termasuklah jual beli yang melibatkan binatang buas seperti harimau, tak diiktiraf syarak. So apa jadinya dengan duit sampai 40k tu kalau benda tu tak diiktiraf syarak. Pastinya akan membawa kepada duit haram, tak berkat dan sebagainya.

Pernah ada orang Tanya aku, apa hukumnya menggunakan minyak harimau untuk berurut. Harimau tu ditembak, cedera dan sempat disembelih. Kat sini ada 2 masalah utama. Masalah 1 ialah guna minyak harimau untuk berurut. Masalah 2 ialah sembelih harimau. Teragak2 juga aku nak jawab soalan ni. Walau pun kekadang aku dah nampak jawapannya tapi aku minta tangguh. Bukan apa, bab hokum ni kena hati2. cermat skit. Nanti tersalah jawab kan panjang citer, aku bukannya mujtahid yang kalau tersalah masih dapat pahala. Aku ni naqal jer kalam ulama. Aku minta tangguh n sempat Tanya kekawan lain. Kesimpulannya masalah 2 tu, sembelih ni hanya untuk makan binatang yang selama ni memang dah halal dimakan. Bab binatang halal dimakan ni panjang citer lak. Apa pun secara mudahnya harimau ni bukannya jenis binatang yang boleh dimakan, digulai, buat sup, singgam ker apa. So kalau sembelih tu takder gunanya sebab benda tu memang kita tak halal makan. Contoh mudah Macam sembelih babi jer la, sembelihan tu takkan menghalalkan babi tu.

Masalah 1 tu pula, bila harimau tu takleh kita makan, bangkainya jadi najis. So nak wat minyak ker apa ke semua tu najis. Dalam masalah ni, timbul pula masalah berubat dengan najis. Ada hadis Nabi Muhammad SAW cakap bahawa Allah SWT tidak menjadikan ubat daripada najis. Ada juga kekawan aku yang jawab lembu pun orang tak wat minyak, apatah lagi harimau. He he he. Cuma ada jawapan dari beberapa orang sahabat yang agak menarik, mereka cakap boleh pakai minyak tu untuk berurut, tapi lepas jer berurut kena basuh sebab benda najis. Apa pun kalau boleh carila minyak lain dulu yang confirm halal. Aku pun heran gak, apa kelebihannya minyak harimau ni. Maybe sebab harimau ni binatang yang jadi raja rimba, so orang dok pk nak amik minyak buat berurut la kot. Tak tau laa. Tq buat sahabat2 yang tolong aku jawab soalan ari tu.

hamka..tafsir al-azhar


Minggu ni aku dok baca tafsir al-azhar karangan buya hamka. Aku dok baca juzuk ke 24 surah al-zumar. Really surah ni masa SMU dulu aku kena hafaz. sayangnya aku tak jaga dan tak pedulikannya. Sekarang aku pun bimbang pasal ayat-ayat al-quran yang aku hafal. Masa kat mesir aku kena hafal 8 juzuk(skema peperiksaan) skang ni banyak yang lupa. Apa pun aku sentiasa membacanya dan masih berusaha untuk gali balik apa yang terkambus. Kekadang aku dok hafal juzuk 10, juzuk 8 pula x ingat, kekadang aku dok perangat juzuk 6, juzuk 5 pula lupa. Camtulah. Memang al-quran ni cahaya dari Allah. Dia x akan duduk dalam dada orang yang byk maksiat macam aku ni. Apa pun, aku akan berusaha dan memohon padaNYA supaya dipermudahkan. Dalam tafsir yang aku baca, ada suatu cerita menarik tentang diri pengarang sendiri (hamka). Cerita ni dia sebut masa menafsirkan ayat ke 36 (kalau x silap)

Ada orang datang meminta doa daripada hamka, meminta diajarkan doa-doa untuk menangkis bahaya musuh. Bahaya syaitan sehinggalah musu-musuh yang lain. Namun kata hamka memanglah ada doa yang diajar oleh baginda Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat namun doa itu tidak bererti kalau jiwa sendiri tidak tunduk terlebih dahulu kepada Allah SWT. Kalau jiwa telah bertaqwa kepada Allah SWT, sembahyangnya terjaga, ibadat dan semuanya telah dihayati, semua tu dah cukup walaupun kekadang doanya belum dihafal.

Pada suatu malam, inspektor polis yang selama ini memeriksa, menyoal jawab hamka dan memaksanya mengaku bersalah di atas tuduhan bersubahat, terlibat dengan gerakan menjatuhkan presiden sukarno masuk ke bilik soal jawab dengan membawa bungkusan. Sangkaan hamka di dalam bungkusan itu ialah tape recorder yang akan merakam segala pengakuan hamka. Inspektor berkenaan masuk dengan muka yang garang, bengis seperti biasa. Bila saja bertentang mata dengan hamka, kemarahan dan begarangan polis tersebut mulai reda. Inspektor tersebut hanya bertanyakan soal makan minum sepanjang dalam tahanan, ibadat sembahyang, sudah makan malamkah atau belum, kemudian inspektor tersebut menagmbil bungkusannya dan terus keluar.

Sejurus kemudian, seorang polis muda yang selama ini ditugaskan menjaga hamka dalam tahanan masuk. Setelah menoleh ke kiri dan kanan, polis muda tersebut bersalam dan memeluk hamka sambil menangis. Dia mengatakan bahawa bungkusan yang dibawa inspektor itu adalah alat seksaan. Biasanya kalau isnpektor tersebut masuk ke bilik soal jawab dengan alat tersebut, alat tersebut boleh membuatkan tahanan pengsan dan kalau kuat sangat, boleh mati.

Beberapa hari kemudiannya inspektor polis tersebut datang lagi berjumpa hamka selepas asar, dia tidak membawa apa2. dia bertanyakan soalan adakah buya hamka ada membaca apa-apa doa atau bacaan tertentu ketika hendak diperiksa atau ditanya. Hamka menjawab bahawa dia akan selalu berdoa kalau ada kesempatan. Waktu bangun tidur, waktu pagi, petang, ketika hendak tidur, hendak makan, semuanya beliau akan berdoa. Kemudian inspektor tersebut bertanya lagi, pada malam lepas ketika dia hendak menyoal hamka, apakah doa yang beliau baca. Lalu hamka menjawab beliau membaca doa ketika hendak tidur. Lalu inspektor tersebut meminta hamka menulis doa tersebut dan mengajarkan kepadanya. Oleh kerana inspketor tersebut tidak tahu arab dan jawi, hamka menulisnya dengan huruf a,b,c . setelah selesai menulis doa, inspektor tersebut ingin beredar lantas hamka bertanya apakah kamu solat 5 waktu. Jawab inspektor itu selama ini dia tidak bersolat. Kata hamka, doa ini adalah ajaran nabi Muhammad SAW, baginda sendiri membaca dan baginda tidak pernah meninggalkan solat walau pun baginda seorang nabi dan rasul. Doa ini tidak akan memberi kesan kalau saudara tidak bersolat terlebih dahulu. Inspektor itu berjanji dia akan belajar solat dan mengerjakannya secara istiqamah

Beberapa hari kemudian, datang pula inspektor lain meminta diajarkan doa-doa. Hamka tetap mengajar mereka berdoa sambil memesan bahawa semuanya itu tidak akan berhasil tanpa taqwa kepada Allah SWT, mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA.

Sabtu, 30 Januari 2010

aku...... facebook, twiiter dan mirc

Dengan namaNYA Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

facebook....perkataan yang cukup popular skang ni. setidak-tidaknya kat sek aku. kekawan aku yang menaip guna dua jari, satu jari kanan dan satu jari kiri skang ni aku agak dah mula idup jari-jari mereka. kalau sebelum ni aku agak kemahiran dan kelajuan menaip mereka bagaikan kura-kura melintas jalan, pastinya skang akan laju dan ada power turbo setidak2nya bagaikan ayam kampung mematuk padi. kalau dulunya ada yang tak begitu suka istilah english skang dah mula membiasakan diri dengan istilah komputer, istilah internet dan sebagainya. aku yakin kekawanku yang dulunya jahil tukir, mata bole + berpinar + pijar mata pasal komputer akan bertukar jadi seorang yang alim, lebai kampung paling koman, tak pun maybe ada yang akan jadi profesor bab komputer. aku yakin kekawan sekerjaku yang dulunya bila aku bercakap pasal blogspot, twitter, wordpress, termasuklah pasal facebook menggeleng kepala tidak tahu apa-apa dan termasuk dalam golongan ntah apa apa ntah skang bila diajak berbual pasal facebook at least akan berair mulut, berlenjor air liur dan senyum sampai ke telinga keseronokan. realitinya facebook memberikan suatu suasana dan perasaan baru untuk semua. seorang demi seorang mula mendaftarkan diri dengan facebook. suatu perkembangan yang bagiku cukup elok dan menarik. semoga anda semua dapat menggunakan kemahiran facebook anda ke arah sesuatu yang lebih bermanfaat.

aku juga mempunyai akaun facebook, pengalaman aku bertahun dengan mirc dulu membuatkan aku takla rasa kekok nak daftarkan diri dengan facebook. aku ingat masa aku dok di elmarg kekawan serumah kat sana memperkenalkan aku dengan pc, komputer dan internet. buleh la baca akhbar bharian, utusan dan sebagainya secara maya. masa tu isu yang hangat ialah isu reformasi. then aku kenal laman web soccernet yang aku ikuti sampai skang. at least terubat gak la rinduku pada tanahair sendiri. realitinya perkenalanku dengan mirc menjadikanku seorang yang asalnya tak pandai menaip, jari 2 batang jer idup n guna masa nak menaip, bila dok layan mirc lelama jadi idup gak jejari lain. skang walaupun x selaju masa aku dok ukm dulu, rasanya kalau orang tgk aku menaip. orang tak kata aku ni orang baru bab tenet n komputer ni. tak tau la. kediannya pasal english. hampir bertahun aku tinggalkan english. bila aku kenal tenet, aku terpaksa baca n surfing dalam bahasa english. aku dok layan soccernet, official web site barcelona dan sebagainya. skit sebanyak ada improvement pasal BI aku. tapi aku tak guna sangat, sekadar faham nak baca web n blog pasal bola jer la. masa dok ukm dulu pun byk gak reference dalam BI, tapi aku tak la laju sgt. rasanya aku kena blajar balik pasal BI ni.

bila aku masuk dalam facebook, aku cari orang jer. cari kekawan lama. aku taip jer nama sesape aku nak cari, byk gak yg aku temu. ada kekawan masa smua rahmaniah dulu, ada kekawan masa al-azhar dulu, ada kekawan masa dok ukm, masa maktab pun ada. ada gak kekawan sekerja. cuma aku nak tegur mereka aku rasa malu, berat hati, bukannya apa. kalau yang lelaki tu kebanyakannya nombor hp mereka dah ada dalam hp aku. kalu ada apa2 yg ptg tu rasanya aku send sms jer. takpun calling terus. lagi satu pasal kekawan pompuan macam ex classmate aku , aku rasa keberatan lagi nak send message untuk mereka. cukuplah cari aku kat blog ni kalau ada apa2 hal. kebanyakannya dah berumahtangga. dah ada suami. aku pun tak kenal suami mereka camana orangnya. bila aku dengar pasal facebook ni buleh membuatkan suami isteri bermasam muka, aku rasa berat hati gak sebenarnya. biarlah. sememangnya ada garis merah yang aku harus patuhi dan takleh nak langkahi. kalau dah jumpa berdepan, kenal suami mereka tu rasanya lain cerita. yang penting semuanya dalam keadaan bermaafan supaya kita tak perlu naik ke court Tuhan di akhirat kelak.

benda-benda teknlogi ni semuanya atas kita(bagi aku la). ni aku cakap secara umum jer la. jangan kira dengan dasar atau polisi pemerintah, kuasa sebagai suami dan ayah. atau nak pakai hukum ihtiyat, berjaga-jaga atau sebagainya. ni aku cakap santai jer. malas nak rujuk n buka kitab. macam gak radio, televisyen, telefon, semua tu kalau tak silap aku ulama biasanya jawab dengan analogi dengan pedang. kalau pedang tu berada di tangan umar al-khattab ra, abdulllah amir al-jarrah, al-muthanna harithah dan sebagainya benda tu akan jadi baik jer. tapi kalau pedang yang tajam berkilat tu berada di tangan jack the ripper, the jackal, lanun atau perompak benda tu akan jadi tak baik. so tengok atas orang jugakla. benda teknlogi ni ok jer, tapi penyalahgunaan kepada benda ni yang masalah. macam facebook gak la, kalu bebudak u dok guna untuk tukar2 maklumat pasal kertas kerja, assigment, tesis or apa2 la ok jer. tapi kalau dok sembang benda dalam kain, rahsia orang dan sebagainya tu yang jadi masalah. yang tu kita sama2 jaga la. biarlah apa yang kita buat, kita tulis, kita pk semuanya dalam kerahmatanNYA.

secara peribadi, untuk aku bergelumang dengan facebook sebagaimana aku dok bergelumang dengan mirc dulu, rasanya aku masih keberatan. keberatan kerana memikirkan banyak juga masaku yang hilang, walau pun aku akui ada manfaatnya juga namun aku lebih senang menghabiskan masaku dengan buku-bukuku yang masih tak abis aku baca, dengan anak bini dan keluargaku yang menjadi tanggungjawabku. tak pun dengan dunia blog aku. bila aku baca sabila al-muhtadin, aku curahkan kat sini. paling koman aku ingat apa yang aku baca. yang membaca pula dapat info. harap2 gitula. buat semua kekawan, kalau jumpa blog aku ni, nama aku terpapar kat mana2 blog or portal or web orang lain, tak pun facebook aku, maaf byk2 kalau aku tak respons segera. kekadang aku amik masa nak respons semua. khasnya yang berkaitan dengan benda2 ilmiah. benda cam ni takleh nak jawab memain jer. lagi satu, kalau kekawan jumpa n tengok nama aku tercatat di mana2, tandanya aku masih idup, masih dikurniakan Allah kesempatan untuk bernafas, doakanlah padaku semoga aku sentiasa dalam kerahmatan dan keampunanNYA. tempoh hilangku khasnya semasa dok kaherah dulu bukanlah bererti aku melupakan semua orang. aku takkan lupa mereka yang pernah hadir dalam idupku, khasnya mereka yg byk susah n letih keranaku. anda semua still dalam ingatanku.