Jumaat, 5 Mac 2010
malaikat turun (datang) kepada orang beriman..?
Skang ni aku tengah dok mengelamun dengan tafsir al-azhar, karangan Hamka. Cita-cita aku aku nak habiskan pembacaan aku tentang tafsir. Sebelum ni ada gak belajar pasal tafsir tapi banyak potong-potong. Belajar..then aku ke mesir. Blaja, mula balik then aku balik msia. Blaja lagi dari bawah n then tok guru berpindah pulak.
Sesungguhnya orang-orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat2 akan turun kepada mereka ( dengan berkata) janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu…………ayat 30, surah fussilat….( 30:41 )
Maksud hadis: hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan beristiqamah (riwayat al-Darimiy). Hadis dipetik terus daripada tafsir al-azhar
Dalam masalah malaikat akan turun kepada orang yang teguh pendirian atau beristiqamah ini, ada beberapa tafsiran ulama.
Mujahid, al-Suddiy dan Zaid bin Aslam menafsirkan bahawa malaikat ini akan turun seksetika orang itu akan mati. Maksudnya orang yang berisitiqamah pada jalan Allah akan didatangi malaikat, dapat melihat malaikat ketika nazak.
Dalam tafsiran al-Tabariy dari ibn Abbas r.a pula, malaikat itu akan datang ketika roh bangkit kelak dari alam kubur setelah mendengar tiupan sangkakala ketika dipanggil untuk bangkit atau hidup semula.
Dalam hadis lain dari al-Barra’ bin Azib malaikat datang mengalukan2 roh orang yang istiqamah semasa hidup di dunia ini. Mereka datang beramai-ramai dengan wajah berseri2 sambil berkata: keluarlah wahai roh yang baik dari tubuh yang baik selama ini engkau diami. Keluarlah hair oh hai raihan, keluarlah menemui Tuhan yang tidak marah kepadamu.
Ada lagi tafsiran lain mengatakan bahawa kedatangan malaikat ialah di kubur, di alam kubur dengan disambut oelh 2 malaikat yang terkenal, mungkar dan nakir dengan ucapan selamat datang.
Banyak cerita tentang kedatangan malaikat kepada orang soleh. Ada kisah bagaimana seorang orang soleh ketika hampir meninggal, ketika ditemani sanak saudara dan ahli keluarganya mempersilakan tetamunya yang baru datang sedangkan ahli keluarganya tidak melihat sesiapa pun yang datang.
Hamka menegaskan lagi bahawa boleh juga agaknya kita tafsirkan bahawa malaikat itu datang bukan hanya ketika orang akan meninggal, bukan hanya ketika nazak, atau di alam kubur, atau ketika mengedar tiupan sangkakala, bahkan ketika masih hidup ini. Beliau berkata banyak hadis2 yang mengatakan malaikat datang. Di antaranya
1) hadis Abu Darda’ r.a:
Bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: barangsiapa yang mendoakan saudaranya dalam keadaan saudaranya itu tidak mengetahuinya, berkatalah malaikat yang ditugaskan untuk itu. Amin! Dan engkau pun moga-moga dapat kurnia sebagaimana sahabat yang engkau doakan itu
(riwayat Muslim dan Abu Dawud)..hadis ni disalin terus dari kitab
2) hadis Abdullah bin Masud r.a.: bahawa Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya bagi syaitan ada bisikan kepada anak adam dan bagi malaikat ada pula. Adapun bisikan syaitan ialah menjanjikan yang buruk dan mendustakan kebenaran. Adapun bisikan malaikat ialah menjanjikan yang benar dan menerima kebenaran dengan jujur. Kalau pernah terdapat demikian, ketahuilah bahawa itu dari Allah SWT, maka pujilah Allah SWT. Dan barangsiapa mendapat selian itu, maka hendaklah dia berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan (riwayat al-Tarmizi dan al-Nasaiy
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan