Rabu, 3 Januari 2024

Kata2 Imam Qahtaniy

 واذا خلوت بريبة في ظلمة

Di saat kamu bersendirian di kegelapan malam

والنفس داعية الي الطغيان

Sedangkan jiwa dan nafsu sering mendorong kepada maksiat

فاستحي من نظر الإله وقل لها

Malulah kamu kepada tuhan dan katakanlah kepadanya

إن الذي خلق الظلام يراني

Sesungguhnya tuhanku yg menjadikanku sentiasa melihatku

# Al-Imam al-Qahtaniy

Ahad, 31 Disember 2023

Syair Abu al-atahia (Ismail bin qasim)

 إِذا ما خَلَوتَ الدَهرَ يَوماً فَلا تَقُل

خَلَوتُ وَلَكِن قُل عَلَيَّ رَقيبُ


Jika anda bersendirian pada suatu waktu, katakanlah bahawa saya sebenarnya sedang diperhatikan


وَلا تَحسَبَنَّ اللَهَ يُغفِلُ ما مَضى

وَلا أَنَّ ما يَخفى عَلَيهِ يَغيبُ


Jangan disangka bahawa Allah lupakan perkara yg telah berlaku, dan janganlah juga kamu menyangka perkara yg tersembunyi tidak akan kelihatan lagi


# Abu al-Atahiya ( Ismail bin Qasim)

Jumaat, 3 November 2023

Bacaan Apabila Dipuji Orang

 

BINGKISAN SEBELUM TIDUR

 

Bacaan Apabila Dipuji Orang

1) Adi bin Artaah berkata bahawa para sahabat Nabi SAW apabila dipuji mereka akan mengucapkan

 اللهم لا تُؤاخذني بما يقولون

Ya Allah, janganlah Engkau mengambil tindakan kepadaku dengan apa yang mereka sebut tentangku

واغفر لي ما لا يعلمون   

Ampunilah aku dalam perkara yang mereka tidak tahu tentang aku

واجعلني خيرًا مما يظنون

Jadikanlah aku lebih baik daripada sangkaan mereka terhadapku

Athar ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya al-adab al-mufrad. Sementara tambahan lafaz pada baris ke3 واجعلني خيرًا مما يظنون  . Lafaz ini merupakan tambahan oleh al-Bayhaqiy dalam Shuab al-Iman.

 

2) Apabila kita dipuji orang, kebiasaannya mereka akan menyebut sifat2 atau sesuatu tentang diri kita seperti kekayaan kita, rajin, pandai, genius, cantik dan sebagainya kerana mereka melihat pada luarannya sahaja. Sedangkan pada hakikatnya kita mungkin tidaklah sebagainana apa yang mereka katakan. Bahkan lebih dari itu, kita mungkin jauh panggang dari  api, kerana mereka hanyalah melihat zahir kita. Hanya Allah yg tahu keadaan kita

 

3) Diriwayatkan bahawa seorang Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Masud pernah berkata kepada murid2nya, kalaulah kamu tahu apa yang berlaku di sebalik pintu rumahku pastinya kamu tidak akan mengikutiku lagi. (kata2 Ibn Masud ini menggambarkan betapa tawadduknya seorang sahabat Nabis SAW.)

 

4) Guru kami menukilkan perkataan dari ulama silam, bahawa kalaulah dosa ini mengeluarkan bau busuk, pastinya tidak ada orang yang akan mendekati kita. Kemungkinan kita juga malu untuk keluar rumah dan bergaul dengan masyarakat kerana tidak tahan dengan bau busuk hasil daripada dosa kita. Namun Rahmat Allah kurniakan kepada kita, dosa pahala kita semuanya tersembunyi di sisiNYA. Apa yang kelihatan hanyalah perangai dan perbuatan zahir kita. Oleh itu, kemungkinan orang ramai memuji kita hanyalah kerana zahir kita yang kelihatan baik sedangkan hakikat sebenarnya tidak sebegitu. Justeru itu, ucapkanlah bacaan ini sebagai doa memohon keampunan dari Allah kepada mereka yg memuji kita sedangkan mereka tidak mengetahui hakikat sebenar kita.

 

4) Athar ini juga menunjukkan betapa agungnya akhlak para sahabat ra. Mereka tidak rasa melambung tinggi apabila dipuji, tahu hakikat diri mereka serta mengakui kelemahan mereka. Mereka juga selalu berharap kepada keampunan, Rahmat dari Allah

 

# ada pelbagai takrifan ttg perkataan athar. Secara mudahnya athar ialah perkara yang disandarkan kepada sahabat atau tabiin

Jumaat, 20 Oktober 2023

Kata2 Ibn Abbas (beradabnya umat ini dengan Nabi Muhammad SAW)

 Bingkisan Sebelum Tidur

Kata2 Ibn Abbas (beradabnya umat ini dengan Nabi Muhammad SAW)

Ibn Abbas r.a berkata, “Aku tidak dapati suatu kaum yang lebih istimewa daripada umat Muhammad SAW yang tidak bertanya nabinya tentang hukum Syarak kecuali hanya pada 13 perkara sahaja (13 ayat al-Quran). Semua soalan mereka dirakamkan dalam al-Quran ,dimulai dengan perkataan يسءلونك (mereka bertanya padamu). Perkataan ( atau pertanyaan) ini melibatkan hukum arak, bulan2 yg diharamkan berperang, anak2 yatim dan sebagainya. Mereka hanya bertanya tentang perkara2 yang mendatangkan manfaat sahaja.”

Kata2 Ibn Abbas ini membawa beberapa pengertian

1)      Umat ini tidak seperti Bani Israel yanng bertanya Nabi Musa a.s tentang hal2 yg remeh-temeh yang menunjukkan bahawa soalan mereka hanyalah main-main atau senda-gurau sahaja.

2)    Pertanyaan umat ini kepada Nabi Muhammad SAW sangat sedikit. Ini menunjukkan tingginya adab dan kesopanan mereka terhadap Baginda SAW.

 

3)      Umat Muhammad SAW lebih senang untuk mematuhi perintah sebaik sahaja ianya disampaikan. Faktor ini merupakan petanda mudahnya pengalaman hukum yang diwajibkan ke atas umat ini. Sementara Bani Israel yang lebih banyak bertanya, hukum2 yang diwajibkan ke atas mereka lebih berat dan menyulitkan

 

Kalau kita telusuri semula kisah lembu bani Israel, kita akan dapati banyak pertanyaan yang dilemparkan kepada Nabi Musa as. Ringkasnya Allah memerintahkan Bani Israel agar menyembelih seekor lembu betina, mereka beranggapan bahawa Nabi Musa as bergurau. Mereka meminta supaya dijelaskan lagi kriteria lembu tersebut.

1)      Allah menjawab bahawa lembu betina itu tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Kemudian mereka bertanya lagi tentang warna lembu tersebut.

2)      Lalu Allah menjawab bahawa lembu itu berwarna kuning yang sedap mata memandang.  Mereka masih bertanya. Masih kurang jelas lembu tersebut.

3)      Allah menerangkan bahawa lembu betina itu tidak pernah digunakan untuk membajak tanah, tidak pernah digunakan untuk menyiram tanaman, tiada sebarang kecacatan dan tidak ada belang pada warnanya. Akhirnya lembu dengan kriteria berkenaan semakin sukar dicari.

Itulah betapa beradabnya Umat ini dengan Nabi Muhammad SAW jika dibandingkan dengan Bani Israel dan Nabi Musa as.

 

#sebahagian daripada kuliah maghrib, mukaddimah tafsir ayat 215 Al-Baqarah (tafsir pimpinan Rahman). Tulisan kata2 Ibn Abbas disalin daripada Tafsir Pedoman Muttaqin karya Dr Abdul Hayei Abdul sukor dengan sedikit olahan dan penambahan daripada kitab2 lain.

Jumaat, 13 Oktober 2023

Bingkisan Sebelum Tidur (Hadis dari RS)

 Bingkisan Sebelum Tidur


Daripada Abu Usaid, Malik bin Rabiaah al-Saadiy, beliau berkata” ketika kami duduk bersama Rasulullah SAW tiba-tiba baginda SAW didatangi oleh seorang lelaki dari Bani Salamah. Lelaki tersebut bertanya Baginda SAW, apakah saya masih dapat berbakti kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia?” Baginda SAW menjawab: “Ya, berdoalah untuk keduanya ( al-solat alayhima), pohonlah ampunan untuk mereka, laksanakanlah wasiat mereka, hubungilah silaturrahim dengan teman2 ibu bapa kamu dan muliakanlah mereka.”

(Riwayat Abu Daud, ada perbahasan tentang status hadis ini. Ada ulama menilainya sebagai Daif dan ada sebahagian menilainya sebagai Hassan)

Ada 5 perkara (dalam hadis ini) yang menyebut amalan kebajikan yang masih boleh dilakukan oleh kita sepeninggalan ibu bapa kita iaitu

1.    Dalam teks asal, Nabi SAW sebut perkataan al-solat alayhima. Ada ulama menafsirkan perkataan al-solat di sini sebagai solat jenazah. Justeru lebih afdal bagi seorang anak untuk mengimami solat jenazah ibu bapa mereka yang meninggal dunia. Ada sebahagian ulama menerangkan bahawa maksud perkataan al-solat di sini ialah berdoa untuk mereka. Solat jenazah hanya sekali sedangkan perbuatan mendoakan ibu bapa yang telah meninggal boleh dilakukan sepanjang masa. Perkataan solat juga dari segi bahasa membawa maksud berdoa

2.    Memohon ampun untuk mereka. Terdapat nas lain yang menganjurkan kita untuk sentasa berdoa memohon keampunan untuk kedua ibu bapa kita. Seeloknya janganlah ditinggalkan doa keampunan untuk kedua orang Tua kita

3.    Tunaikan wasiat mereka. Pada zaman sekarang, seeloknya wasiat dilakukan secara bertulis untuk mengelakkan masalah yang mungkin timbul. Wasiat juga ada syarat2nya yang dibincangkan secara terperinci dalam kitab2 fegh

4.    Eratkanlah hubungan silaturrahim dengan kawan2 atau teman2 ibu bapa kita. Sesekali apa salahnya kalau kita buat sesi teh tarik, sesi goreng pisang, sesi ubi gadong cicah nyior bersama teman rapat ayah atau ibu kita yang masih hidup. Sambungkanlah silaturrahim bersama mereka.

5.    Hormatilah kawan2 ibu bapa kita

6.    Tapak asal perkampungan Bani Salamah sekarang ialah lokasi masjid Qiblatayn di Madinah.

# sebahagian daripada nota kuliah maghrib RS (Riyad al-Salihin)