Jumaat, 23 Julai 2010

syarat sah azan

syarat sah azan
1) muslim. tidak sah azan orang non muslim kerana non muslim tiada kelayakan untuk melaksanakan ibadat

2) mumaiyiz. orang yang tahu membezakan benda yang baik dengan benda yang tidak baik. oleh itu, tidak sah kanak2 yang belum mumaiyiz kerana dia tiada kelayakan untuk melakasanakan ibadat. azan merupakan zikir yang khusus

3) lelaki. orang perempuan tidak sah azan kepada orang lelaki. begitu juga dalam masalah mengimami solat, perempuan tidak boleh menjadi imam kepada lelaki

4) tertib. maknanya lafaz azan yang diserukan hendaklah mengikut urutan sebagaimana dalam sunnah. tidak boleh memandai2 nak sebut(hayya ala al-solat) dahulu baru sebut kalimah syahadah.

5) berturutan di antara semua lafaznya. kalau dah mula azan, janganlah pula berhenti setakat kalimah syahadah, then pergi main takraw 2 game baru sambung kembali azan. itu dah mengarut namanya. maksudku jangan ada pemisahan di antara suatu lafaz dengan satu lafaz yang lain. pemisahan itu merupakan pemisahan yang lama.

6) menyaringkan suara apabila azan untuk solat berjemaah. jika solat keseorangan, sunat menyaringkan suara jika bukan di masjid dan tempat yang ada solat jemaah. kalau di tempat berkenaan(masjid n tempat orang solat berjemaah)azan pelan2 jer supaya orang ramai tak salah sangka bahawa waktu solat yang seterusnya dah masuk

masalah azan di kalangan kaum wanita
azan tidak sunat bagi kaum wanita. sunat bagi mereka iqamah sahaja tanpa menyaringkan suara sepeti azan

7) masuk waktu. sabda nabi Muhammad SAW: apabila tiba masa bersolat hendaklah seorang di antara kamu azan.( bukhari dan muslim)
ada pengecualian untuk solat subuh. harus azan mulai selepas waktu tengah malam untuk subuh.

* dipetik daripada fiqh manhajiy, qalyubiy dan mughniy al-muhtaj

Tiada ulasan: