Ahad, 31 Mei 2009
sembang panitia agama + bolasepak (barcelona)
(view aku kalau aku jadi pengurus barcelona)
1) kp
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…engkorang semua nak tau, ni la gambar k panitia agama kat sek aku. aku panggil ust yi. berasal dari Bachok, dari mktb Bt Rkt. belum ni pernah ngajar di Labuan ostad ni byk Bantu aku masa dok praktikum dulu. ada apa2 aku x faham, selain dari akak guru pembimbing aku, ostad ni la tmpt rujukan aku. pe pun aku x leh nak smbg byk pasal dia, aku x dpt izin dier utk berbicara pasal dier kat sini. pe hal pun, semuga ostad sentiasa dalam keredaanNYA.
2) kakta
yang ni lak kakta. aku amik gmbr ni masa aku jejalan
bawa anak bini aku ke pantai kat umah dia. yg tgh pakai baju koko tu la kakta, smbl pegang anas fauzan, anak bongsunya setakat ni, yg belah dia, suaminya ust man n ank sulung dier. yg sulung tu mmg confirm sulung. yg sorang lagi ppompuan ni bini aku n anak aku. kakta ni asal dari tganu(besut,jerteh), n lepasan mpi bangi. tmpt aku dok round2 dulu. belum ni pernah dok johor. buleh dikatakan dia la tonggak, tulang blkg n orang lama (orla) panitia kat sek aku ni. orangnya laju n mmg power dari segi pngurusan, masa memula j-q*f masuk sek ni, akak ni la yg plg bz, wat n susun balik jadual khasnya jadual BA n t*smik, akak ni jaga fail panitia. aku cdg nak taruk gambar face dia, tapi akak ni tak bagi, so aku taruk gamba ni kena byk explain la sebab byk watak kan….pssstt….basikal kat belakang tu jadi watak utama gak yer.
komen bola aku: kalu aku jadi Pep Guardiola, akak ni aku akan letak kat tmpt defensive midfielder(DM). dier la yg akan mengawal tempo permainan. setiap serangan lwn dia org first yang akan cuba patahkan n setiap serangan kita dier la yg akan mulakan. dier akan jaga n kawal watak utama pasukan lawan, macam Gentile kawal Maradona masa world cup 1982 dulu. peranan dier macam Xavi kat Barcelona, Lampard kat Chelsea or x pun mainkan peranan Makelele. kalau posisi ni berterabur, mmg sohai la pasukan.
komen peribadi aku: aku dah ada artikel khas 4 akak ni sempena hari guru( akak ni guru pembimbing aku,xleh nak derhaka nanti kena sumpah jadi mee celup), tak nak ckp byk dah. apa pun orang lama ni byk yg aku kagum giler terutamanya dalam bab pemeringkatan isi, step by step tu mmg power. pengalaman akak ni terserlah bila tgk cara dier explain or sembang ngan bebudak, slowly n berhikmah. lagi satu….last ni last.. akak ni punya problem solution mmg hebat. ok stop
3) ustzh r*sniz*n
ustzh ni kami panggil ustzh r*sniz*n. lame dok jhr n dok pulak kat sek elit. ketua panitia kat sek lama dia. masa memula dia dtg sini, aku tanya dia camana ngaja sini, x rasa jurang ker sini ngan sek lama, dia ckp mmg memula nak sesuaikan diri ckp susah. ala gini jer la, dier ni lama dok Europe, main lak ngan real Madrid, Manchester united or AC Milan. main cantik, laju, fizikal n stamina maintain, set pieces ok, shot jauh pun buleh masuk gol, tetiba balik kena main ngan pasukan kampong…pdg kat kg engkorang faham2 je la, pagi jadi tmpt lembu dok santai, buat party makan rumput n then ptg tu lak jadi tmpt bebudak main bola. tambah lak belah malam jadi tapak pasar malam…ala faham2 je la
komen bola aku: kalau apa pe jadi kat kakta, lompat parti ker(nauzubillah), kena ban FAM ke, berhijrah ke real Madrid ker, ustzh ni la yg aku rasa paling sesuai ganti tempat kakta. ape pun selagi kakta ada dia aku letak kat peranan Andres Iniesta atau dulunya Deco, pemain tengah menyerang atau attacking midfielder(AM). dia akan jadi penghubung antara DM dengan attackers. nak lorong bola ke belah kanan atau kiri, atau nak shot jauh pun boleh. dia la yg akan amik sepakan penalty atau sepakan bebas. kalau kakta orang yang memulakan serangan, dier yg akan menyambut bola di depan n mengkucar-kacirkan pasukan lwn sebelum melorongkan bola utk pemain hadapan score gol. best tgk bola camtu kan…
komen peribadi aku : sama jer ngan kakta, orla ni mmg power dalam memeringkatkan isi, satu lgkh ke satu lgkh n wat kesimpulan isi. aku rasa bab ni sampai sekarang aku masih kena byk blaja. aku x tau sebab apa aku jadi gitu, maybe pglaman kot. kekadang bila aku explain, aku masih terikut2 cara cakap dgn bebudak univ, dengan nota kaki nyer sekali aku bagi
4) ust Mn*r
ust ni byk pengalaman, ngajar pun lama, byk mkn garam dalam idup. aku pggl dier ust matn*r. dah berkali2 piala dunia dia pernah lalui banding ngan aku, mula zaman maradona n lineker jer. masa pele, di Stefano n cruyff main bola dia dah ada. orla ni mmg berisi dalam punya. byk ilmu, pglaman xsah nak kira. aku rasa semua tmpt menjala ikan yang best, semua gua yg org dok bertapa kat kwsn ni, orla ni dah jenguk masuk. mmg power punya org. lama dok ngajar sek yik, sampaikan sinonim sgt orang sungai s*k dengan orla ni. Cuma thn ni jer baru tkr kat sek aku, selamat bertugas n semoga dpt memberikan pglman ust buat bebudak sini lak.
komen bola aku: orla ni aku letak kat central defender(CD), nak jadi CD ni kena tenang, hebat mengawal tekanan sebab selalunya peranan CD ni kena berdepan siku, lutut, rempuhan n plg koman karenah pemain lwn, kena lak dengan cristiano ronaldo yg suka berlakon. lagi satu bijak membaca gerakan pihak lawan, n semua ciri2 tu ada kat orla ni. kira orla ni jadi macam Puyol atau Marquez. tak pun Yaya Toure n Caceres
komen peribadi aku: aku xleh nak komen sgt, aku kolaborasi dngan ust ni 2 masa jer seminggu mula thn ni. lagi pun terlalu awal utk dier kuarkan semuanya. aku ingat kalu aku dok tmpt dier, baru lagi di sesuatu tmpt, aku xkan kuarkan semuanya lagi. kalau tahap cakar awan berapi + pedang yang koman tu biasa la. kalau tahap pedang istimewa penjejak awan, pedang salju milik penjejak badai, x pun hikmat seribu pedang pulang ke asal tanpa nama tu kena simpan dulu. Cuma aku leh cakap kalau apa-apa jadi kat kp, contohnya hijrah ke AC Milan ke, atau balik main kelab asal ker, orla ni la maybe akan jadi kp
5) ust mi
kali ni aku nak citer pasal kekawan jq*f aku lak. yang ni aku kenai masa kat mesir lagi. dulu dia dok Damanhur n aku dok kaherah. takla kenal sgt tapi kenal. asal dari tumpat n belum ni bertugas kat kl. dia ni pakar hackers, pkr computer kat sek aku. dgr khabarnya byk sanad2 ilmu computer dia amik dari kwn aku, tok guru hj nasir peria. pakar strategi perang, starcraft n warcraft…he he..cukup marah pada hantu setan n memang pakar pukul hantu setan….dalam Diablo la ....he he…. mktb dia dulu kat kl. tukar sini dalam thn 2008. bila ceramah jer byk ayat al-quran yang keluar. jadi imam pun paling koman baca surah luqman…ulang sekali lagi..surah luqman. kalu takat korang jadi imam nak baca surah ikhlas atau alkafirun dan dier ni ada, baik korang tolak dier jer la jadi imam. korang jadi makmum jer la
komen bola aku: dier ni aku letak jadi Lionel Messi. sentuhan pemusnahnya berbisa, kreatif n bijak membuat hantaran. membelit ke kiri n kanan cari angle nak score. lagi satu orang muda ni aku kena letak kat depan. dier punya running masih laju, belum tercabut lutut n terseliuh tapak kaki metatarsal.
komen peribadi aku: orangnya laju. otak geliga, ada jer idea nak wat u, nak wat ni. kerja kat kampong, naumn budaya kerja kat kl. mmg power punyer. suatu hari nanti kena jadi penyelaras j-q*f.
6) ustzh wan
yang ni lak utzh wan, j-Q*f gak. org peria. dekat je n berkawin dgn cikgu kat sini merangkap member sekampung n serahmaniah aku. mktb kat besut. aku kenal dier ni masa dia dok ngaja alsyabab kat kg aku, then junior aku masa kat bangi dulu. dier amik dakwah. kira kalu kat bangi tu bebudak dakwah ni kena masuk kg orang asli, jumpa org kg n pastinya kena ada PR n ilmu komunikasi yg power. x silap aku, dier ni pernah jadi pimpinan pelajar masa kat bangi. dier kat sini sejak tahun 2007.
komen bola aku: dier ni orang muda, orang muda aku kena letak line depan. so aku letak jadi Bojan Krkic. penyerang muda Barcelona yang berbakat besar tapi masih belum berpeluang memikul beban berat. tapi aku yakin kalau messi xde, henry lak cedera dia buleh amik peranan.
komen peribadi aku : macam aku ckp tadi, penyerang muda berbakat besar tapi asyik2 terlindung di balik aku n ust mi. kena beri lebih peranan. maybe ada program besar panitia agama ni kena minta dier jadi penyelaras or pengarah program. lagi kan bangi yang bebudak besar buleh handle, bebudak kecik rasanya xde masalah sgt. mslh skit2 tu biasala..hamka cakap dalam muqaddimah tafsir al-azhar: perahu iman sepanjang pelayarannya ke muara sungai akan sentiasa diuji, teroleng-oleng menahan arus, namun jgn biarkan ianya terbalik lalu kita terhumban ke sungai.
ni la wajah-wajah panitia kat sek aku. semuanya ada kemampuan, kekuatan tersendiri. manusia diciptakan dgn kelebihan tersendiri. kelemahan tu semua ada kan. harap-harap kekuatan n kelebihan yg diberi membawa kita semua kepada kesyukuran, kerahmatan n keampunanNYA.
Khamis, 28 Mei 2009
selamat hari guru
DENGAN NAMANYA YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Ari ni, aku tak nak citer pasal berat-berat. Aku tak nak citer pasal tesis, kajian ilmiah n apa apa ntah yang kepala aku pun pening nak wat draf n pk urutan isi satu persatu. Ari ni aku nak tulis apa kebenda yang aku rasa nak tulis. N sempena hari guru yang bakal tiba (16 mei ni, sabtu ni) aku rasa nak citer pasal guru-guru aku yang paling aku ingati sampai bila-bila.
Aku ingat masa kat sek rendah dahulu ada seorang guru aku yang aku paling ingat. Nama dia raja zakaria raja ali. Dia baru jer kuar maktab terus ngajar kat srksyp n aku ni generasi anak murid sulung dia. Masa tu tahun 1984. Really dengan dialah aku blaja tulis n baca, kira tolak campur darab. Masa dengan dia kuat jugak laa aku kena ketuk kepala, denda ntah apa apa lagi. Zaman bebudak aku memang majnun khinzir skit, asyik bergaduh jer. Tambahan lak dengan bebudak skkk kat tepi sekolah aku tu.tapi kami gaduh dalam geng la,takder la solo-solo. Tapi satu jer aku respect cikgu aku masa tu, dia tak pernah cakap sumpah seranah dengan anak-anak murid dia. Dia selalu cakap, kalau saya sumpah kamu, kamu akan merana selama-lamanya. Kalau saya rotan kamu, kamu sakit hari tu jer, buang setan. 3 tahun cikgu raja pegang kelas aku dari darjah 1 sampai darjah 3. Mmg dia masak betul perangai aku. Dia pernah cakap ko ni akan dapat number satu peksa sebab ko banyak maklumat, darjah satu dah baca paper. Mmg darjah satu aku dah tau siapa
Masa aku kat sek menengah lak, aku terkenangkan seorang ustaz. Ramli hamat namanya. Asal selatan
Masa aku kat al-azhar pulak, aku terkenangkan dr atiyyah sayyid Fayyad. Kuliah dia macam ceramah, tambah lak dengan ayat fusha. Mmg power fusha dia. Aku yg tahun 1 leh faham dia ceramah. Jam 9 kuliah dia, biasanya 9.05 dia masuk kelas n pintu ditutup. Jam 930 pintu dibuka untuk bagi peluang student datang lewat masuk kelas. Masa tu dewan dah jadi macam sardine dah. Kalu lewat jer kelas dia, kena bawa paper al-ahram buat alas tempat duduk. Macam ceramah mat sabu jer kuliah dia. Satu lagi ialah dr taha rayyan yang ngaja aku ahkam al-sultaniyyah al-mawardiy. Orangnya tua. Suara perlahan n zuhud sangat.
Masa aku dok bangi, aku cukup kagum dengan ustaz ismail Mahmud n ustaz hailani muji tahir. Ustaz ismail(ust wil) tu lepasan azhar. Masa aku ngaji di azhar, orang dok sebut lagi nama dia dengan gelaran ustaz wil tok wali. Aku tanya kenapa panggil macam tu, orang cakap masa dia dok kat mesit, dia hanya kenal jalan ke tempat kuliah, jalan ke masjid n jalan balik umah dia. Pernah sekali dia ngajar, dia citer pasal nabi khidr. Hari tu dia kat mesir belajar tariqat kat masjid di darrasah.
Satu lagi cikgu aku ialah masa aku mula kerja. Yang ni pompuan. Konpem pompuan. Namanya ustazah norm*zita M*nsur. Kami panggil dia kakta je. Dia jadi guru pembimbing aku selama setahun setengah. Dalam byk2 cikgu aku, dia jer yang masih ada, yang masih sempat aku perhatikan budaya kerja dier, cara berfikir dier, camana nak manage pressure, n life dier. Masa memula aku datang tanah LR, aku mmg bmbg jugak pasal gpi n j-q*f. Khasnya pasal guru pembimbing.
Orang-orang macam ni, aku akan kenang sampai bila-bila. Orang yang banyak letih n susah kerana aku. Paling terharu, letih n susah kerana aku, tapi x pernah telinga aku dengar keluhan n cemuhan mereka pada aku.