SERANGAN PEMIKIRAN BARAT KE ATAS UMAT ISLAM
-------------------------------------------
Perang salib yang berlangsung hampir 200 tahun meninggalkan kesan yang mendalam kepada umat kristian barat.mereka telah mencuba pelbagai cara dan bergabung hampir seluruh negara besar eropah namun hasilnya tetap gagal.kegagalan inilah yang mendorong mereka mengubah sama sekali taktik peperangan mereka terhadap islam.
dari serangan ketenteraan kepada serangan pemikiran.
a)peringkat awal islam(zaman nabi dan sahabat dan tabiin dan atba tabiin)
bermula dengan perang badar diiringi dengan uhud,khaibar islam terus bertahan megah .umat islam menang peperagan demi peperangan yng menyebabkan timbulnya perasaan gerun dan takut di hati 2 orang kafir.diikuti dengan tabuk ,muktah dan perang pembukaan parsi dan iraq(qadisiah) dan juga palestin dan mesir islam terus berkembang dan tersebar bagaikan ombak yang terus merempuh kencang.raja rom timur (byzantine) pada masa itu cukup gerun dan tertanya2 apakah rahsia kekuatan dan kemenangan umat islam pada masa itu.bagaimana umat arab yang digelar oleh barat sebagai bangsa padang pasir yang tak bertamadun dan dianggap barbarian itu mampu membina tamadun dan empayar yang terbentang luas dari persisiran atlantik hingga ke india dan sempadan china.dengan bilangan tentera yang sedikit dan pealatan perang yang ala kadar mereka mampu menewaskan bala tentera musuh yang berlipat kali ganda dan dilengkapi dengan peralatan serba canggih.sejak zaman nabi ,islam terus bangkit dan tersebar luas ...
b)peperangan salib(dinamakan perang salib sebab tentera kristian pada masi itu memakai salib di baju mereka)
kalau tak silap,perang salib berlangsung hampir 200 tahun.bermula 1095m hingga ke akhirnya.kalau dilihat kepada method pengkajian sejarah perang salib dan penulisannya,ramai pengkaji sejarah memulakanya dengan persiapan dan persedian perang yang dilakukan oleh pihak kritian dan barat
dalam tahun 1095 pope urban 2 menyeru kepada seluruh askar dan tentera eropah untuk memerangi islam atas alasan untuk membebaskan bait maqdis(alquds)daripada genggaman umat islam.peringakt pertama perang ini disertai olah batherik al nasik,godeth mac adam dan jode baskel dan tentera mereka.namun kesemuanya tewas dan menerima kekalahan yang teruk.
peringkat seterusnya perang salib disertai oleh tentera gabungan frederick barbarosa raja jerman,philip augustus peranchis dan richard the lion heart raja england.mereka bertempur dengan tentera islam yang diketuai oleh imaduddin atabek zenki,nuruddin mahmud dan yang paling masyhur salahuddin al ayubi.hasilnya tentera kristian tetap tewas walaupun disertai oleh beratus ribu tentera dan dengan peralatan perang yang canggih
seterusnya bendera salib dipegang oleh louis 9 dan tenteranya.mereka sampai ke damietta(arab sebut dumyat)persisiran pantai mesir dan sampai ke mansurah.pada masa tersebut islam dipimpin oleh sultan malikul salleh ayub namun malangnya baginda meninggal sebelum berlakunya peperangan .atas kebijaksaaan isterinya syajaratudoor yang merahsiakan kematiannya daripada pengetahuan tentera islam dan pimpinan anaknya Tauran Syah sekali lagi kristian tewas dan Raja Luis 9 ditawan di mansoura.Umat Kristian terpaksa menebusnya dengan harga yang cukup tinggi dan mahal.
Kristian cuba mengadakan tahaluf(pakatan) dengan tentera tartar untuk melanggar islam.dalam tahun 656 h Hulagu Khan dan tenteranya menyerang dan membakar Baghdad dan mara ke syria.namun mereka tewas kepada tentera gabungan islam di bawah pimpinan ruknuddin barbar di tempat yang bernama ain jalut(dalam kawasan palestin).ulama islam mengatakan bahawa mungkin di sana terdapat pakatan antara tentera salib dan tartar sebab tempat 2 yang ditawan oleh tartar merupakan tempat sasaran kristian.lagipun isteri dan ibu hulagu khan bearagama kristian.
setelah hampir 7 siri peperangan kristian tetap tewas dan mereka mengalihkan perhaitan ke persisiran pantai tunisia,maghribi namun mereka tetap tewas.
Apakah rahsia kekuatan umat islam?
pernah satu ketika heraklius(raja rom timur) bertanyakan kepada panglima perangnya yang masih tinggal kenapakah kita masih tewas,bukankah mereka juga tentera dan manusia sebagaimana kita?jawab panglima perangnya kita berhadapan dengan tentera yang bukan sebarangan tentera.malam mereka menjadi rahib dan pendita yang menangis di atas sejadah takutkan tuhanNYA sementara siang hari mereka menjadi singa2 yang ganas dan mereka berlumba2 untuk mati terlebih dahulu daripada saudaranya.
apabila mendengar jawapan panglima perangnya berkatalah heraklius,kalau lah benar apa yang kau katakan pastinya mereka akan sampai ke tempat beta duduk ini (singgahsana)
apabila tentera islam hampir manakluki seluruh suria(syria)berkatalah heraklius semasa melarikan diri daripada serangan tentera islam,selamat tinggal bumi suria,tinggal yang tiada lagi pertemuan sesudah ini
sementara raja parsi telah menghantar ibn al dahqan al attar seorang penjaga api di parsi ke madinah untuk mengintip rahsia kekuatan umat islam .apabila sampai di madinah dia terkejut apabila tidak menemui seseorang pun lelaki islam.(ketika itu mereka sedang menunaikan sembahyang jumaat).dia juga melihat sendiri bagaimana saidina umar mengadili sendiri kes2 mahkamah dan tidur seorang diri di bawah pohon kayu tanpa sebarang kawalan.akhirnya dia memeluk islam.
islam dan imanlah yang menjadi rahsia perpaduan dan kekuatan umat islam selama ini
kita adalah bangsa yang hina dan dimuliakan oleh ALLAH kerana islam,apabila kita meninggalkan islam kita akan kembali hina(kata2 saidina umar)
KESIMPULAN:perang salib meninggalkan kesan yang cukup besar kedalam hati2 umat kristian,terutamanya raja louis9 yang tertangkap di mansoura..dia selalu memikirkan ttg rahsia kekuatan umat islam semasa berada di penjara.setelah bebas,umat kristian terus berfikir rahsia kekuatan umat islam.akhirnya melalui delegasi dan sekumpulan pemikir barat yang datang belajar ke negara2 islam(andalus terumanya)mereka mengambil keputusan untuk mengubah taktik peperangan mereka daripada kekuatan senjata kepada serangan pemikiran.roger bacon,seorang pengkaji ketamadunan timur ,raja louis9 dan lain2 telah meggesa masyarakat eropah untuk belajar ketamadunan timur dan bahasa arab.dari sini bermulalah era baru peperangan antara timur(islam) dan barat.
di antara kelebihan2 serangan pemikiran ialah:
a)mereka tidak perlu lagi menghantar tentera2 yang banyak dan ramai.apa yang perlu ialah mengarang dan menyucukkan jarum fikiran mereka ke dalam hati umat2 islam
b)serangan pemikiran akan menyediakan jalan ke arah imperialisme dengan sendirinya
pada tahun 1875 setelah melalui beberapa siri pemberontakan british berjaya menguasai india.diikuti mesir pada tahun 1882,iraq 1914 dan palestin 1917
sebaik sahaja british memasuki palestin berkatalah lord elenbi pegawai tinggi british,hari ini berakhirlah perang salib
sementara general ghoro general british sejurus memasuki suria terus bergegas ke kubur saledin dan menginjakkan kakinya2 dan berkata:wahai salahuddin kami datang............
kesemua ini berlaku selepas umat islam mula meninggalkan agama mereka , terpengaruh dengan idealogi yang karut seperti ajaran qadiani dan bahai di india dan iran dan mula meniru barat.barat menjajah islam bukanlah kerana kekuatan mereka tetapi kelemahan umat islam yang berpaling daripada agama mereka.memang ulama mengatakan kita berdepan dengan strategi yang teratur dan terancang tapi apalah gunanya kita menyandarkan kelemahan kita kepada mereka.sebaliknya yang menjadi perkara paling penting ialah kesilapan kita sendiri yang meninggalkan islam
----------------------------------------------------------------------KRISTIANISASI
sebagai langkah pertama ke arah menyesatkan umat islam,mereka menggunakan kaedah padri2 dan rahib2 yang di hantar ke negara2 islam atas alasan keagamaan dan sebagainya.setahu saya francis xavier yang pernah ke melaka adalah seorang paderi.begitu juga alfonso d albuquerque seorang rahib besar.mereka merupakan golongan perintis ke arah penjajahan pemikiran dan imperialisme.
kristian mengadakan berbagai2 muktamar antarabangsa di seluruh dunia untuk berbincang bagaimana nak menghadapi islam.di mesir mereka telah membuka sekolah2 dan taman asuhan kanak2 serta hospital2 di seluruh negara terutamanya di kaherah.walaubagaimanapun mereka menghadapi masalah untuk sebarkan kristian secara sepenuhnya di mesir disebabkan kewujudan azhar university sebagai benteng terakhir umat islam.
sikap musuh kristianisasi terhadap azhar univ
setelah mengadakan perbincangan,muktamar dan kajian yang panjang mereka dapat menyimpulkan bahawa kekuatan al azhar terletak kepada 3 elemen penting;
1)pelajar2 azhar dilengkapi dengan kemampuan bahasa arab yang tinggi dan fasih.walaupun hanyalah sekadar bahasa,apalah yang ada sangat pada bahasa namun kita harus ingat bahasalah yang menyatukan kita dan menolong kita untuk kita memahami warisan silam kita.kerana asas ketamadunan yang utuh dibina berdasarkan acuan silam yang digilap kembali.
2)azhar mempunyai institusi wakaf yang unggul yang mampu membayar gaji tenaga pengajar dan guru2 al azhar.sebagaimana yang kita maklum azhar univ adalah sebuah univ wakaf milik umat islam di seluruh dunia.setiap yang mengaku islam mempunyai hak ke atas azhar univ kerana setiiap helai kertas yang ada di azhar adalah harta wakaf umat islam seluruh dunia.harta wakaf ini juga berbentuk aset2 kekal yang penting dan bernilai.jadi dengan keuntungan dan harta inilah tenaga kerja dan guru2 di azhar di bayar.ini menjadikan ulama azhar tidak bergantung kepada kerajaan dan berani mengatakan kebenaran walaupun pahit.musuh sedar selagi rezeki para ulama tidak disekat selagi itulah azhar akan melahirkan ulama2 dan pejuang islam yang berani dan gigih.
3)selain itu,graduan azhar mempunyai ilmu yang mantap dan pengetahuan yang mendalam ttg islam dan strategi musuh 2 islam itu sendiri.ini menyebabkan mereka sentiasa bersedia berdepan dengan cabaran semasa.
BAGAIMANA PIHAK MUSUH MENGHADAPI AL AZHAR
pertamanya,mereka merancang untuk menubuhkan sebuah institusi atau univ terunggul di bumi mesir yang dapat menandingi azhar univ.univ ini hendaklah melahirkan pelajr yang berwibawa,mempunyai kemampuan bahasa arab yang baik dan mampu menjadi imej dan idola dalam masyarakat.ianya dibahaskan dalam muktamar kaherah 1906 m .cadangan ini dibentnagkan oleh paderi zwimmer.hasinya lahirlah american university yang terletak di tengah2 kota kaherah.univ ini dibekalkan dengan peralatan pengajian dan kemudahan asas yang terkini.selain itu belanja unutk menguruskan univ ini datangnya dari luar mesir dan di tadbir secara langsung oleh pihak luar.
cara kedua ialah dengan menyebarkan risalah2 kristian dan buku2 kristian di kalangan pelajar2 azhar supaya akan ada walau seorang pelajar mereka yang memeluk kristian.seorang yang berserban merah putih yang murtad kepada kristian akan memberi kesan yang besar kepada umat islam berbanding 2 3 orang kampung yang masuk kristian.
seterusnya mereka cuba mempengaruhi kerajaan mesir supaya menghalang azhar univ dari menghantar wakil dan pendakwah2 ke selatan afrika khususnya.ini kerana kawasan selatan afrika menjadi sasaran umat kristian pada masa itu
mereka juga menggunakan media massa untuk mencacatkan pemandangan azhari (pelajar azhar) di kalangan mata awam.mereka melakonkan filem yang menghina golongan berserban merah putih ini.mereka membawa watak seorang lelaki berserban merah putih jatuh cinta dengan seorang wanita hingga sanggup mengorbankan batas2 agama.hingga akhirnya masyarakat tidak lagi memandang tinggi kepada lulusan azhar
tentang institusi wakaf,mereka memnghasut kerajaaan supaya memiliknegarakan harta wakaf azhar dan alazhar itu sendiri.akhirnya hilanglah sumber kewangan azhar yag paling teguh.ulama2 dan doktor2 azhar menjadi pegawai2 kerajaan yang makan gaji dengan kerajaan .ini menyebabkan mereka menjadi agak perlahan dalam memperkatakan kebenaran.namun masih terdapat sebahagian besar ulama yang rela mati kerana islam
strategi2 ini walaupun tidak berjaya secara keseluruhannya namun mereka berjaya mengubah pandangan masyarakat terhadap azhar.cuma mereka masih belum berani untuk bersemuka dan berdebat secara langsung dengan ulama azhar.inilah bala yang melanda bumi mesir umumnya dan azhar univ khasnya.
SEKITAR RESOLUSI MUKTAMAR KRISTIAN
memberikan tumpuan kepada kanak2 dan anak2 kecil.kanak2 merupakan golongan rebung yang masih boleh dididik dan dibentuk.mereka masih mentah untuk mengenal islam secara syumulnya.mereka ini merupakan tumpuan utama kristianisasi
sebarkan kristian melalui orang 2 islam itu sendiri.zwimmer mengatakan pokok itu lebih mudah ditebang oleh dahannya sendiri(ulu kapak yang diperbuat dari kayu untuk tebang pokok atau kayu sendiri)
melalui cara ini mereka menyusup masuk ke dalam islam dan menyebarkan dakyah mereka daripada dalam.langkah ini lebih tersusun dan rapi
injil dan segala risalah2 kristian hendaklah disebarkan secara mudah dan percuma.berjuta2 injil dicetak dalam setahun mengikut bahasa2 tempatan dan disebarkan di seluruh pelusuk alam.ada yang dijual dengan murah dan dibahagi secra percuma
hendaklah para padri mempelajari bahasa arab.ini kerana bahasa arab merupakan khazanah islam yang berharga.bahasa arablah yang dilih ALLAH untuk dijadikan bahsa guran.b arablah yang menjadi bahasa perantaraan ilmiah pada suatu masa dahulu.jadi,untuk mengkaji kembali warisan islam mereka mendalami bahasa arab untuk memudahkan mereka menewaskan umat islam dari dalam
menubuhkan kelab2 awam.kelab2 ini yang merupakan pertubuhan sukarela,sosial,kebajikan ,khidmat masyarakat dan sebagainya hendaklaklah bercampur bebas lelaki dan perempuan.ahllinya2 pula terdiri dari kalangan sebaiknya2 islam untuk merosakkkan umat islam itu sendiri.mereka menganjurkan pesta2 dan kegiatan yang memuja nafsu syahwat berselindung di sebalik kebajikan dan slogan khidmat masyarakat.
mengkaji keadaan masyarakat terlebih dahulu
menjauhkan diri dari bertelingkah dan berdebat secara terbuka dengan umat islam. ini untuk memastikan mereka mendapat kepercayaan (thigah) masyarakat terhadap mereka supaya dakyah mereka akan dapat disebarkan dengan lebih berkesan
matlamat menghalalkan cara.mereka sanggup menggunakan apa sahaja cara asalkan matlamat mereka tercapai walaupun terpaksa menggunakan kekerasan dan kekejaman seperti yang telah berlaku dalam peristiwa penghapusan umat islam di sepanyol suatu masa dahulu.mereka membunuh umat islam hanyalah kerna mereka mengatakan tiada tuhan selain ALLAH muhammad pesuruh ALLAH
selain itu,gerakan ini disokong oleh pelbagai pertubuhan dan orang 2 kaya di seluruh eropah.di britain,denmark,australia dan sebagainya berjuta2 pound telah disalurkan untuk menjayakan rancangan ini
OBJEKTIF KRISTIANISASI
1) menghapuskan islam dairpada jiwa orang islam.apabila islam terhapus daripada jiwa mereka jadilah mereka seumpama bangunan indah dengan cat yang baru tetapi tidak mempunyai struktur bangunan yang kukuh yang akan hancur dengan mudah apabila berdepan dengan cabaran dan tekanan.seterusnya ini akan memudahkan jalan2 kearah penjajahan dan penaklukan.paling kurang walaupun mereka tidak mampu untuk mengkristiankan seseorang,paling kurang mereka mampu memisahkan umat islam daripada islam agar islam tercabut daripada jiwa2 mereka.
2)hapuskan perpaduan umat islam
apabila terhakisnya islam daripada jiwa2 umat islam,akan terhapuslah perpaduan yang dibina atas dasar kalimah tauhid.perpecahan dan ketaasuban inilah yang pernah diperjuangkan oleh nabi kita 1400 tahun yang lampau
BUKANLAH DARIPADA GOLONGAN KAMI MEREKA YANG MENYERU KEPADA ASOBIYAH-hadis
SAHABAT BERTANYA APAKAH ITU ASABIYAH WAHAI RASULULLAH.JAWAB BAGINDA;APABILA KAMU MENOLONG SAUDARA KAMU WALAUPUN SAUDARA KAMU YANG MELAKUKAN KEZALIMAN-hadis
seruan kearah kebangsaan(fahaman kebangsaan nasionalisme)inilah yang telah dihapuskan oleh nabi kita.namun golongan ini cuba memecahbelahkan kembali perpaduan tauhid ini dengan strategi yang pelbagai
3)memburukkan islam pada kacamata golongan bukan islam khasnya eropah
pernah seorang orientalis berkata aku tidak mengenal selama ini ttg islam melainakn islam merupakam umat yang suka berperang,ganas dan barbarian.namun setelah aku menjalankan kajian barulah aku mengenali islam yang sebenarnya.
mereka menggunakan sepenuhnya majalah2 media massa dan filem serta teknik yang pelbagai lagi untuk memburukkan islam pada kaca mata barat.tujuanya hanya satu untuk menyekat perkembangan islam ke eropah
4)bantuan kepada imperialisme dan pengintipan
golongan ini yang berselindung di sebalik gereja2 dan atas nama keagamaaan telah menjadi pusat pengumpulan maklumat ttg kegiatan islam di negara2 umat islam.dalam zaman uthmaniah turki apabila kerajaan uthmaniah turki mendapat bukti yang cukup bahawa mereka( kedutaan dan gereja) menjadi pusat pengintipan dan pengumpulan maklumat kepada kerajaan luar kerajaan uthmaniah cuba menghalau keluar dari turki namun seluruh gereja dan kerajaan eropah menghalang tindakan ini
METODOLOGI KRISTIAN
kedoktoran dan kesihatan
selagi ada manusia selagi itulah adanya penyakit,selagi ada penyakit selagi itulah manusia berhajat kepada perubatan dan kita harus menggunakan peluang ini untuk agama kita-kata2 seorang pendakwah kristian
ada benarnya kata2 ini.mereka menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk mengkristiankan seseorang.di afrika mereka menubuhkan hospital kesihatan yang menawarkan khidmat kesihatan dan rawatan secara percuma.biasanya para pesakit yang datang akan dilayan oleh seorang pelayan di kaunter yang telah dilatih(biasanya paderi juga).pelayan tersebut akan di sambut dengan senyuman yang murah dan manis.sementara menunggu pemeriksaan doktor mereka akan mendengar ceramah ttg kristian ,kebaikannya dan segalanya2.begitu jugalah mereka yang dirawat dalam wad,akan diberi kaunseling keagamaan dan segala maklumat ttg kristian dan nabi isa
pernah berlaku di sebuah negara afrika,pihak kristian telah menjanjikan kepada rakyat tempatan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan secara pecuma.lalu keluarlah masyarakat tempatan secara beramai2 menyambut golongan itu.sebaik tiba rombongan kesihatan tersebut mereka meminta masyarakat tempatan memeluk kristian ,kalau tidak rawatan dan pemeriksaan tidak akan diberikan.sehinggakan ada yang mati meninggal dunia sebelum mendapat rawatan
khidmat kerja sosial
apabila berlaku bencana alam atau malapetaka mereka akan menghulurkan bantuan dan perkhimdmatan kecemasan.mereka berselindung di sebalik slogan atas dasar kemanusiaan dan sebagainya.di afghanistan pada masa peperangan jihad menentnag russia apabila berlakunya kecederaan di pihak mujahidin mereka menghulurkan bantuan atas dasar keinsanan.penyelesaiannya cukup senang,kaki yang hanya cedera yang tidak memerlukan dipotong mereka mengatakan yang ianya harus dipotong dan pelbagai2 lagi helah mereka.tujuannya untuk melumpuhkan perang jihad di kalangan mujahidin.
menubuhkan sekolah2 dan univ asing di negara umat islam
mereka telah menubuhkan american univ di tengah2 bandaraya kaherah,kuliah yasuk(kuliah isa) dilubnan beirut yang sekarang dikenali dengan nama american univ di beirut,sebuah pusat pendidikan di pakistan dan negara2 teluk lain.tujuannya ialah untuk merosakkan generasi anak2 muda islam.mereka berusaha untuk melahirkan generasi islam yang cacat,yang islam pada nama dan kulitnya namun hati dan pikirannya telah terpesong.mereka juga cuba membaratkan umat islam,
kita menerima apa yag baik dari barat namun apa yang buruk kita tolak.lain halnya terjadi dengan generasi yang diidamkan oleh golongan misionari ini.mereka mengidamkan lahirnya generasi yang mampu mewakili suara2 mereka di negara islam dan seterusnya mengambil alih pimpinan di negara2 tersebut.pastinya akan melahirkan pemimpin boneka yang hanya akan menurut perintajh sebagaimana di negara2 arab
delegasi yang di hantar ke luar
mesir pada zamana pemerintahan muhamad ali(sekitar 1800 an) telah menghantar delegasi luar ke paris.tujuannya ialah untuk melihat kemajuan negara peranchis pada waktu itu.delegasi yang diketuai oleh rifaah tahtawi ini yang merupakan keluaran azhar univ telah melawat ke sana.hasilnya mnereka pulang dengan pemikiran dan hati yang telah dibalikkan .rifaah tahtawi sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang banyak mengelirukan umat islam sendiri.mereka juga menubuhkan univ dan membuka peluang pengajian untuk pelajar islam ke negara mereka.pengajian ttg islam diadakan dan disinilah mereka cuba membalikkan hati2 pelajar islam dan seterusnya mengelirukan pelajar2 tersebut agar menjadi boneka mereka
dalam bidang media massa,mereka telah menubuhkan akhbar2 dan majalah2 ttg kristian dan barat khasnya.mereka memuja tamadun barat dan menyebarkan kristian dalam cara yang paling halus.
mereka juga mengeksploitsi wanita dan pemudi2 islam.rancangan tv majalah dan sebagainya digunakan sepenuhnya untuk mencabar dan menjatuhkan maruah wanita islam.mereka menyeru ke arah pembebasan wanita dan pengharaman talak dan sebagainya
selain itu di andalus(spain) pada masa silam mereka menggunakan kekerasan untuk membunuh dan menghalau umat islam dari benua eropah.mahkamah 2 ditubuhkan dan penyeksaan dilakukan untuk menghapuskan umat islam
APAKAH KRISTIAN RISALAH UNIVERSAL
kristian bukanlah risalah atau agama yang diturunkan untuk disampaikan kepada seluruh manusia.ianya berbeza dengan islam.kristian hanayalah diturunkan untuk kaum bani israel.
nabi isa telah berkata bahawa aku diturunkan untuk membaiki akhlak bani israel.sekiranya hukum sesuatu perkara tidak terdapat dalam injil mereka akan memakai hukum lama yang terdapat dalam taurat.injil hanyalah penyempurna kepada taurat di samping sedikit pengubahsuaian.
pernah umat nabi isa cuba mengajarkan agama mereka kepada manusia lain lalu dihalang oleh nabi isa kerana agama ini hanyalah untuk bani israel.
walau bagaimanapun umat kristian hadapi masalah nak beramal dengan apa yang ada dalam taurat lalu paderi mereka mula mengubahnya hinggalah ianya(injil) terpesong sepenuhnya daripada yang asal.apa yang dilakukan oleh umat nabi isa sekarang telah salah daripada method dan tujuan nabi isa itu sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan