Ahad, 14 Jun 2009

serangan pemikiran terhadap umat islam 2

ORIENTALISME
orientalisme merupakan suatu gerakan penyelidikan berhubung dengan ilmu adab dan tamadun serta kebudayaan islam.gerakan ini tidak diketahui secara pasti bila dan dimana ianya bermula.cuma keinginan eroah untuk menyelidik ttg kemajuan islam bermula sejak zamana yuhana al damasyqi 676-749m.beliau menulis buku sekitar perdebatan islam dan kristian.gerakan ini diteruskan oleh padri 2 dan rahib2 mereka kemudiannya.kesinambungannya,bermulalah gerakan secara rasmi golongan cendekiawan eropah datang ke andalus untuk belajar daripada orang2 islam.di antara tempat yang menjadi tumpuan mereka ialah masjid atau univ cordoba.mereka menterjemahkan menuskrip2 ke dalam bahasa latin.mereka juga semasa perang salib telah merampas buku2 milik islam dan memindahkannya ke barat.semasa napoleon datang ke meir 1795 beliau telah membawa bersamanya2 champolion seorang ahli kaji sejarah untuk mengkaji peradaban mesir pada waktu itu..mereka juga telah menubuhkan pertubuhan2 ilmiah di paris amerika england dan juga di negara2 komunis.muktamar2 sedunia sering di adakan untuk membincangkan bagaimana menghadapi umat islam
.
OBJEKTIF ORIENTALISME
mencabut islam dari dalam jIwa umat islam.mereka sedar untuk membuat orang islam murtad cukup sukar lalu mereka berusaha agar paling kurang orang islam akan jauh daipada islam. orang islam akan jadi kerangka manusia tanpa roh yang tak ubah seperti boneka.selain itu orientalisme juga menjadi jurukhidmat kepada yahudi untuk menghancurkan semua bangsa di muka bumi ini.para orientalis akan mengkaji sejauh manakah kekuatan umat islam dan seterusnya mencari punca kemajuan umat islam untuk menghancurkan islam itu sendiri.mereka juga menyediakan jalan untuk penjajahan.kalau kita lihat di negara2 ilam seperti india,mesir dan negara2 arab di afrika utara mereka telah terjajah sebenarnya dari segi pemikiran sebelum dijajah dari segi zahirnya.barat tak akan berjaya menawan negara2 islam kecuali dalam keadaan umat islam leka dan meninggalkan agama mereka.

METHOD PENGKAJIAN ORIENTALIS
sebenarnya kalau di lihat dari segi method pengkajian yang dijalankan oleh orientalis,mereka telah salah.kita sebagai seorang pengkaji ketika mengkaji sesuatu idea sepatutnya kita bersihkan pemikiran kita daripada menghukum sesuatu perkara.orientalis mengkaji islam dan belajar islam dalam keadaan mereka masih berpegang pada agama mereka dan anggapan yang lalu.ada syair arab sebut,pandangan yang benci akan sentiasa nampak yang tak elok.pandagan yang redha akan sentiasa nampak yang elok.mereka mengkaji islam tapi akal dan hati mereka telah menghukum ttg islam.yag peliknya ini tak berlaku semasa mereka mengkaji ajaran yang bukan islam seperti conficius,maoisme,hindu buddha dan lain2.jelaslah pada kita mereka mengkaji bukanlah dengan niat yang baik untuk mencari kebenaran tapi untuk menghacurkan islam itu dari dalam.namun tak nafikan ada juga orientalis yang masuk islam setelah mengkaji islam sekian lama.antaanya leofold fass pakar bijian amerika yang masuk islam setelah mengkaji ttg islam dan menyedari ttg kebaikan islam.beliau menukar namanya kepada muhammad asad dan mengarang buku attariq ila makkah.selain itu roger garady pemikir sosialis dan komunis dari peranchis yang masuk islam dan banyak mengarang ttg islam.
orientalis juga tersalah dari segi sumber dan bahan rujukan.mereka merujuk dari pada rujukan kedua yang belum diketahui kesahihannya.pernah dalam satu kitab karangan mustapa sibai(seorang tokoh gerakan islam dari suria)telah melawat univ2 yang mengadakan pengajian islam di barat.beliau telah melawat sebuah univ di scotland yang menawarkan pengajian dalam bidang hadis.beliau bertemu dengan pensyarah di kuliah itu dan melihat buku2 rujukan.cukup terkejut apabila beliau dapati di antara buku rujukan mereka di univ itu termasuklah sebuah buku ttg islam yang dikarang oleh goldziher,seorang orientalis yahudi eropah timur yang cukup taasub menyerang islam.beliaulah orang yang memulakan gerakan anti hadis secara terancang dan tersusun.kalaulah buku2 seperti ini yang menjadi rujukan mereka untuk mengkaji ttg islam dan tamadun timur pastinya mereka tetap tak akan menjumpai kebenaran.mereka juga jahil dalam bahasa arab.kita akui ada sesetengah mereka yang fasih dan dapat bercakap arab dengan baik tetapi jumlahnya tak banyak.bukan senang untuk bertutur dalam bahasa arab dan mendalami ilmu kesusasteraannya yang menjadi bahasa guran.ada orientalis yang langsung tak mengerti bahasa arab,tetapi mengkaji islam dan bercakap pula ttg islam.inilah punca ketaasuban mereka.sepatutnya orang yang belajar seumpama berjalan malam dengan diterangi cahaya torchlight,tapi apa nak buat mereka belajar tapi tak amal dan tak percaya dengan apa yang mereka tahu.
mereka juga sering menganggap bahawa orang islam itulah islam.itu tanggapan yang salah.jangan menghukum ttg islam islam hanya dengan melihat perangai dan realiti umat islam.tidak semua masyarakat islam beramal dengan islam dan menunjukkan ciri2 islam sebenar.saya teringat suatu kisah bagaimana yusuf islam(cat stevens)semasa beliau memeluk islam,beliau mengatakan aku bersyukur kerana mengenali islam bukan daripada umat islam.kalaulah aku kenal islam kerana tengok perangai dan realiti umat islam pastinya aku tak akan masuk islam.

orintalis banyak mengarang dan menghasilkan buku2 yang harus disemak balik oleh ulama2 kita.di antara buku2 karangan mereka ialah seperti DA IRAH MAARIF ISLAMIAH.kitab ini (yang boleh di panggil kamus sebenarnya)memuatkan istilah dan maklumat ttg islam.ia memuatkan konsep penting islam tapi menerangkannya dengan cara yang bersahaja tanpa menghuraikan ttg keistimewaan nya.buku ini tidak sesuai untuk dijadikan bacaan umum oleh masyarakat awam.antaranya lagi kamus ALMUNJID yang dikarang oleh seorang paderi kristian di beirut(kalau tak silap beirut).memang ia hanyalah kamus tapi dalam bab maklumat di belakang kamus itu ulama dapat mengesan hampir 400 kesalahan ilmiyah dan fakta sejarah.kalau diselidiki ternyalah ianya mengandungi pelbagai unsur kebencian terhadap islam.antaranya lagi MAUSUAH ARABIAH yang banyak menerangkan konsep islam dari sudut pandangan yahudi.buku2 sebegini harus diperhatikan oleh umat islam sebab pembacaan mampu mempengaruhi minda seseorang.kekadang terdapat orientalis yang mengarang buku 2 ttg islam dan menyelitkan racun mereka ke dalam pemikiran umat islam secara cukup halus,tanpa disedari.

KESAN ORIENTALIS DAN HASILNYA
serangan pemikiran yang dilancarkan oleh orientalis cukup bahaya.serangan ini manjadikan umat islam akan menjadi islam pada nama sahaja.umat islam akan terpengaruh dengan budaya barat dan meniru adat tradisi mereka.ini secara tak langsung akan menghapuskan identiti umat islam dan data2 juga sejarah islam itu sendiri.ketika inilah pihak yahudi dan imperialis akan menjajah dalam keadaan umat kita telah dijajah sebenanrnya.
orientalis juga berjaya menghasilkan pasukan pembaratan dari kalangan umat islam itu sendiri.akan lahirlah satu golongan yang berserban dan berwajah dengan wajah kita,bertutur dengan bahsa kita tetapi mempunyai hati dan pemikiran yang condong pada barat.mereka dilahirkan dan dibesarkan di negara islam tapi cukup malang apabila kata2 mereka tidak selari dengan tanah air mereka dan juga agama mereka.zwimmer pernah mengatakan'sesungguhnya pokok itu sewajarnya dipotong oleh salah satu daripada dahannya.boneka2 inilah yang banyak memainkan peranan membantu penjajahan pemikiran barat ke atas umat islam.boneka2 inilah yang mencedok idea barat dan apabia idea mereka dikrtitik atas alasan ianya kebaratan mereka akan mempertahankannya dengan penuh kesungguhan.di mesir muncul taha hussin yang mengarang kitab FI SYIIRIL JAHILI.dalam buku tersebut dia mendakwa islam hanyalah agama tempatan bukanlah risalah alamiah.dalam erti kata lain islam agama untuk bangsa arab quraisy bukan nya agama yang harus disebarkan ke merata dunia.islam juga hasil ciptaan muhammad saw kerana nabi kita kononnya terpengaruh dengan persekitaran sekiarnya.idea ini sebenarnya pernah dikemukakan oleh gibb seorang orientalis barat yang mengarang buku bertajuk almazhab almuhammadi(mazhab muhammad).taha hussin juga terpengaruh dengan idea goldziher yang mengaitkan islam dngan yahudi.taha juga mengarang sebuah buku lain(mustaqbal thagafah fi masri) yang mencedok idea barat untuk mencelupkan islam dengan kebudayaan barat.yang sedihnya taha husin merupakan menteri pelajaran mesir dalam tahun 1920 atau 1930 an(tak pasti tahun).kalau disebut sahaja taha hussin masyarakat meir akan memujinya sebagai negarawan yang ulung dan terbilang.memang benar taha hussin seorang yang bijak terpelajar dan anak didik al azhar sendiri pada asalnya.beliau dihantar ke peranchis untuk mendalami ttg ketamadunan barat tapi sayang beliau khabarnya berguru dengan orientalis yang telah memusingkan kepalanya 180 darjah.selain itu di mesir juga terdapat seorang lagi boneka barat ali abdel razik yang mengarang buku al islam wa usul hukmi.antara dakwaannya ialah syariah jihad adalah khusus untuk nabi sahaja dan jihad berakhir dengan wafatnya nabi kita.dia juga mendakwa islam agama semata2 tanpa negara dan politik (unsur2 sekularisme).ali abdel razik telah dikecam hebat oleh ulama azhar dan beliau telah ditarik balik sijilnya oelh azhar univ.salamah musa pula menyeru ke arah hapuskan bahasa arab fusha(bahasa arab standard yang menjadi bahasa quran) dan beliau menyeru ke arah penggunaan bahasa arab ammiah(dialek tempatan) .antaranya lagi nama2 seperti zaki najib mahfuz,taufik hakim,atif al iragi,husain hanafi dan lain2 lagi.boneka2 ini akan dilaungkan sebagai tokoh negarawan dan sebagainya oleh akhbar dan media yang dikuasai oleh mereka walaupun hakikatnya para boneka ini memang tak layak untuk dikalungkan dengan sebarang pingat mahupun penghargaan
orientalis juga biasanya akan membangkitkan perselihan lampau seperti masalah perpecahan ahli sunnah dengan syiah ,khawarij dan sebagainya.mereka cuba menggambarkan islam itu sebagai agama yang berpecah dan berpuak2.dalam bidang fegh pula mereka akan melaungkan ketaasuban mazhab antara mazhab2 syafie hanafi dan sebagainya.
mereka juga akan cuba menjauhkan umat islam daripada menjalankan kajian2 ilmiah dalam bidang2 sains teknologi dan sebagainya agar umat islam jauh daripada kemajuan.mereka banyak menterjemahh dan mengarang buku2 yang tak ada kaitan dengan tanggungjawab pemuda terhadap negara dan unsur2 ketamadunan.terutamanya buku2 dalam bab lucah,kesusasteraan,sejarah yang di songsangkan,fahaman2 karut, dan buku2 yang menjatuhkan moral2 kita.paling banyak ialah penulis2 mesir yang banyak mengarang cerita2 jenaka,lucah dan merosakkan moral.ini akan menjauhkan pemikiran umat islam daripada soal2 yang berkaitan dengan unsur2 ketamadunan.kalau dikaji ttg sekarah kebangkitan jepun mereka banyak menghantar pelajar2 mereka ke luar negeri untuk mendalami ilmu2 sains dan teknologi semasa zaman meiji termasuklah perubatan,botani,kimia dan sebagainya.
orientalis juga bercita2 untuk menghapuskan bahasa arab fusha(apalah yang ada ada bahasa?)bahasa arab inilah yang menjadi sumber ilmu umat islam pada masa dulu dan juga bahasa quran.setiap bangsa ada identitinya .setiap umat ada identitinya.dan umat islam harus ada cita2 untuk belajar bahasa arab walaupun taklah macam sasterawan arab shaugi,annabighah,zuhair dan sebagainya.dalam solat pun setiap umat islam yang berlainan bangsa dan bahasa akan baca fatihah dalam bahasa arab.quran tetap dibaca dalam bahasa arab walaupun oleh seorang melayu yang tak tahu sepatah pun bahasa arab.itulah lambang penyatuan umat islam sebagaimana kaabah yang menjadi kiblat umat islam dan mekah yang menjadi ibu negara umat islam.orientalis sedar peranan bahasa arab dalam menyatukan umat islam.itulah sebabnya kenapa mereka beria2 benar untuk menghapuskan penggunaan bahasa arab.paling kurang untuk mewujudkan umat arab yang tak faham quran.untuk itu,mereka menyeru ke arah penggunaan bahasa arab ammiah(dialek tempatan).mereka menyeru supaya dialek tempatan dijadikan bahasa rasmi bagi sesebuah negara dan bahasa ammi dijadikan bahasa penulisan dan lebih teruk dari itu mereka menyeru supaya bahasa arab ditulis menggunakan huruf latin.inilah yang telah menjadi realti di turki apabila mustafa kamal menhapuskan bahasa arab dan segala lambang umat islam.azan dilaungkan dalam bahasa turki.akibatnya umat turki telah hilang identitinya.di mesir pihak penjajah telah cuba untuk menggunakan taktik ini .mereka telah mewajibkan penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar(sekitar tahun 1889).walaubagaimanapun semasa saad zaghloul menjadi menteri pelajaran mesir pada tahun 1906 beliau telah menghapuskan penggunaan bahasa ingeris sebagai bahasa pengantar.akibatnya,pihak inggeris telah menghasut pemerintah mesir untuk memecat saad zaghloul daripada jawatannya.ingatlah kata2 chakly seorang orientalis:(majoriti orang 2 islam yang memepelajari bahasa asing tergugat akidah mereka.buku2 teks sekolah yang berpengantarkan bahasa arab telah melahirkan keyakinan kepada anak2 muda islam bahawa kitab suci timur (guran)adalah buku yang sukar difahami)bukanlah menjadi kesalahan untuk belajar dan bertutur dalam bahasa inggeris atau bahasa selain bahasa arab.cuma kita harus sedar bahawa seruan orientalis ialah untuk menghapuskan islam itu sendiri dan islam berdiri atas bahasa arab yang menjadi teras quran dan hadis serta warisan islam.mereka ingin menjauhkan kita daripada memahami quran dan warisan silam.cuma yag menjadi masalahnya kalaulah seruan ini dilaksanakan di negara arab yang memang rakyatnya bertutur dalam bahasa arab.apabila mereka meninggalkan bahasa arab fusha dan menggunakan bahasa dialek tempatan mereka ,akan melahirkan generasi arab yang tak faham quran yang diturunkan dalam bahasa arab(sesuatu yang pelik tapi tak mustahil).ini juga akan memecahkan kesatuan islam dan kesatuan arab.negara2 arab dari teluk hingga ke lautan atlantik merangkumi kuwait,uae,bahrain,saudi masuk ke afrika mesir hingga ke maghribi mempunyai dialeknya tersendiri.apabila mereka menggunakan bahasa tempatan mereka akan putuslah hubungan persaudaraan mereka.mereka akan saling mengangkat bahasa mereka dan yang lebih bimbang akan membawa kepada taasub.inilah perancangan kuffar barat dan orientalisme khasnya
kalimah jihad,syahid dan takbir sangat ditakuti oleh pihak penjajah khususnya apabila disebut oleh golongan muda yang bersemangat.qardawi pernah mengandaikan golongan dan tenaga muda seumpama bahang mentari di waktu tengahari.kalau waktu pagi di umpamakan dengan kanak2 yang mana cahayanya tak cukup kuat pancarannya,kalau lah waktu petang dan senja diumpamakan sebagai seorang orang tua yang bakal menghabiskan sisa2 hidupnya dengan cahayanya yang semakin muram maka pemuda diumpamakan dengan cahaya matahari di tengahari yang sinarannya cukup terik dan kuat memancar.golongan inilah yang pernah membawa panji2 islam semasa pembukaan islambul dan india.di sebabkan ketakutan mereka kepada kalimah jihad,pihak berkuasa peranchis mengharamkan pembelajaran jihad di aljazair(algeria).orientalis pula memainkan peranan memutarbelitkan perkataan jihad dengan dakwaan umat islam seperti singa2 lapag yang suka berperang.dibantu pula oleh golongan islam yang sekepala dengan barat yang memutarbelitkan perkataan jihad.mereka menggunakan ayat2 quran yang ditafsirkan mengikut hawa nafsu mereka tanpa melihat keseluruhan kandungan quran dan hadis2 serta fatwa ulama.islam tidak pernah menuntut dan memaksa seseorang menganut islam.islam menggalakkan kebebasan berfikir dengan garis panduannya kepada manusia.ketika zaman penyebaran islam,sebelum tentera islam membuka sesebuah negara mereka memberikan 3 pilihan:
1)memeluk islam
2)membayar jizyah(macam cukai)dan kekal dalam agama mereka masing2.jizyah ini dipungut sebagai imbalan kepada pengawalan yang diberikan oleh kerajaan islam kepada mereka.timbul pula masalah tak adil sebab orang bukan islam dibawah kerajaan islam kena bayar jizyah sedangkan orang islam tak kena bayar jizyah.memang benar orang islam tak kena bayar jizyah tapi umat islam kena bayar zakat yang nilainya lebih tingi daripada jizyah
3)perang
inilah 3 pilihan tentera islam sebelum memasuki sesuatu daerah dan kawasan.dalam sejarah penduduk sesuatu daerah bila sahaja mendengar berita kedatangan tentera islam mereka menantinya dengan penuh gembira kerana mereka telah mengetahui ttg keadilan islam dan ketinggian akhlak para pejuangnya dibandingkan dengan corak pemerintahan kerajaan rom mahupun parsi yang terkenal dengan kebengisan mereka.saya hentikan pembicaraan soal jihad kerana bab ini terlalu panjang dan tak sesuai untuk dimuatkan dalam artikel yang kecil ini.yang pasti barat sangat takut perkataan jihad dan para orientalis telah dikerahkan sepenuh tenaga untuk memutarbelitkan perkataan jihad ini.
ORIENTALISME MASA KINI
ada dakwaan yan mengatakan bahawa orientalisme pada masa sekarang telah berubah,kalau sebelum ini mereka cukup taasub menyerang islam namun era itu telah berlalu.mereka sekarang agak liberal dan baik terhadap islam.oleh itu kita harus menerima mereka dengan hati yang terbuka
wahai sahabatku2,kita harus sedar gerakan ini bukanlah suatu gerakan ilmiah semata2 tapi gerakan penjajahan samada penjajahan pemikiran atau penjajahan dalam erti kata yang sebenarnya.gerakan ini telah menerima sumbangan dalam jumlah yang cukup besar setiap tahun daripada pertubuhan yahudi dan kristian antarabangsa untuk menjalankan penyelidikan untuk menghancurkan islam

Tiada ulasan: