Ahad, 14 Jun 2009

serangan pemikiran terhadap umat islam 3

MEMBANGKITKAN SEMANGAT PERKAUMAN DAN ETNIK DI NEGARA ISLAM
ketika islam muncul arab berada dalam perpecahan.aus dan khazraj di madinah,bani qahtan dan bani adnan di semenanjung arab,asyuriyyin di iraq,barbar di maghribi dan firaun serta qibti dimesir.apabila islam bangkit nabi kita telah menghancurlumatkan perasaan taasub bangsa dan nasionalisme arab.arab telah bersatu atas dasar persaudaraan islam.
dalam sejarah ketamadunan,memang ada tamadun yang bergabung untuk mmembentuk perpaduan seperti tamadun rom dan komunisme.
tamadun rom cuba membahagikan rakyat mereka antara pemerintah dan hamba.bangsa rom sebagai pemerintah sementara bangsa lain sebagai hamba dan rakyat kepada mereka.
begitu jugalah apa yang berlaku pada komunisme.tidak ada kelas dalam susunan masyarakat.yang ada hanyalah golongan pekerja yang menjadi tuan dan golongan intelek yang menjadi abdi kepada mereka.ini merupakan sesuatu perkara yang songsang.walaubagaimanapun semua kaedah ini gagal untuk menyatukan manusia dan bangsa mereka kerana ianya tidak dibina atas dasar dan asas yang kukuh.
menurut doktrin marx,jalan untuk mencapai perpaduan sesama manusia ialah dengan menenggelamkan dunia dengan lautan darah,mengadakan revolusi dan peperangan untuk membentuk syurga di bumi yang diidamkan.
berbanding islam,islam menyeru ke arah persaudaraan dan perdamaian atas dasar tauhid.tidak ada kelebihan seseorang dengan seseorang yang lain kecuali atas dasar taqwa.nabi kita pernah melantik seorang ketua perang yang muda berumur 18 tahun untuk berperang di sempadan rom,sedangkan dalam barisan itu terdapat para sahabat yang lebih senior.semasa nabi sampai ke madinah nabi kita meletakkan 3 perkara penting yang pertama ialah pembinaan masjid nabawi,kedua ialah menyatukan ansar dan muhajirin dan yang terakhir menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga keselamatan madinah.nabi kita juga mempersaudarakan antara ansar dan muhajirin.baginda jua mengahwinkan zaid bin harithah seorang yang asalnya hamba dengan zainab yang berketurunan mulia.ini semuanya bertujuan untuk menghilangkan perasaan taasub kebangsaan arab dan menyatukan manusia atas dasar tauhid.
umat barat melihat perpaduan ini sebagai sesuatu ancaman kepada mereka.mereka sedar perpaduan islam akan membawa kepada bangkitnya gergasi yang telah lama tidur ini.oleh itu mereka harus memecahbelahkan umat islam kepada puak2 tertentu

STRATEGI MEREKA MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM
di eropah pada asalnya masalah etnik tak wujud.mereka juga menghalang kaum yahudi daripada menguasai kilang2 dan perusahaan besar di eropah.umat kritian pada masa itu cukup berpegang pada agama mereka.kebetulannya mereka menghadapi sedikit masalah dengan yahudi.
idea perkauman di eropah muncul serentak dengan pembaharuan yang di bawa oleh martin luther dan calvin yang menentang kebiadaban gereja katholik dan melahirkan aliran protestan.dari sini bermulalah era baru dalam masyarakat eropah.perkauman mula mengambil alih tempat agama.inilah yang dicitakan2 oleh yahudi untuk mengenepikan perbezaan antara yahudi dan kristian di eropah.
di jerman bangkitlah bismarck dan tokoh2 lain untuk menyatukan bangsa arya.mereka melaungkan bahawa bangsa arya adalah bangsa istimewa dan tidak perlu untuk mereka mengkaji dan mempelajari sejarah orang yang bukan arya(maksudnyamengkaji dan belajar ttg mabi ia sebab nabis isa bukan bangsa arya).profesor aterny jerman pernah berkata(untuk apa anak2 kita mempelajari sejarah bangsa2 asing?untuk apa mereka semuanya belajar nabi ibrahim dan ishak?sepatutya tuhan kita hendaklah terdiri dari alangan bangsa arya juga)fahaman kebangsaan ini telah mengambil alih tempat agama kristian.
sahabat,idea inilah yang cuba dipindahkan ke dalam umat islam.mereka mula melaungkan perkauman dan etnik.di mesir mereka cuba menghidupkan kembali tamadun silam mesir farainah(jamak dari perkataan firaun).di iraq mereka cuba mengangkat kembali tamadun asyuryyin.di syria tamadun finiqiyyin sementara di magribi barbar. di suria juga mereka menghidupakan puak alawiyyah dan nasiriyyah.di pakistan mereka menimbulakan bangsa pashta,benggali, sind dan sebagainya.inilah unsur2 perkauman dan asabiyyah yang kembali dilaungkan mereka untuk memecahbelahkan islam.namun usaha ini masih tidak berjaya sepenuhnya.untuk mereka memindahkan idea ini ke turki,fahaman perkauman bangsa tauran dihidupkan.lahirlah Dia gol kap yang menyeru ke arah perkauman turki.gol kap cuba melupuskan turki daripada islam seolah umat turki itu terasing daripada islam.idea ini disambung oleh kamal ataturk yang berjaya mensekularkan turki.golkap mendakwa islam tidak sesuai untuk bangsa turki bahkan lebih baik mereka kembali kepada berhala2 nenek moyang mereka.mereka mengagungkan pahlawan kebangsaan mereka dari pada khalifah2 uthmaniah.
di iran muncul usaha untuk menghidupkan kembali tamadun parsi dan dan tuhan2 nenek moyang mereka.di antara orang penting yang menyeru ke arah usaha ini ialah raja iran,syah reza pahlawi yang digulingkan oleh khomeini.
di dunia arab pula muncul parti2 yang menyeru ke arah perkauman arab.di suria muncul pertubuhan ilmiah syria(bertujuan untuk membimbing dan mengawasi perutusan kristian amerika) yang ditubuhkan oleh boutrus al bustani dalam tahun1847.beliaulah yang memulakan cogankata hubbulwatan minal iman(cintakan tanahair sebahagian daripada iman)kemudian muncul parti baath oleh micheal aflag,yang mana asas parti ini ialah atheis dan materialistik.
di mesir seruan perkauman dilaungkan oleh gamal abdel nasir.beliau seorang yang cukup kuat perkaumannya.begitu juga muammar gaddafi(arab sebut qazzafi)di libya.
musuh2 islam gembira apabila seruan ini mula menampakkan hasilnya.islam mulai lemah dan umat islam mula berpecah.dan yang paling penting seruan ini berjaya melumpuhkan kekuatan khilafah uthmaniah turki pada masa itu.arab mula melaungkan kearabannya dan mula menyisihkan dirinya daripada kerajaan islam turki.mesir di bawah pemerintahan muhammad ali seorang boneka peranchis mula mengishtiharkan bahawa mesir terpisah daripada kerajaan peranchis,disinilah mulanya keruntuhan azhar univ secara beransur2 dan sedikit demi sedikit terhapusnya undang2 hudud(syariah)di mesir dan digantikan oleh undang2 peranchis.seterusnya bangkit syarif hussain yang diamanahkan oleh kerajaan turki untuk menjadi penjaga mekah dan madinah pada asalnya menentang dan mengisytiharkan bahawa beliau juga terpisah daripada empayar turki.umat islam pada masa itu terpinga2.dalam kerajaan turki mula digelar orang sakit eropah turki ditikam dari belakang.sebabnya ialah perasaan perkauman.bangsa arab mula merasakan diri mereka dijajah oleh bangsa turki dan mula membebaskan diri mereka daripada kerajaan islam.yang lebih malang perasaan perkauman arab mula mengambil alih tempat agama.
arab merupakan bangsa padang pasir yang tak pernah mencipta tamadun agung kecuali sejak kedatangan islam.mesir dan suria pernah menjadi negara takluk rom,sememangnya kalaulah islam ditakdirkan bangkit bukan di tanah arab pastinya arab tak akan mencipta sejarah.tiba-tiba mereka mula membuang unsur2 yang membolehkan mereka mencipta sejarah....bermula dari sinilah negara2 arab mula dipengaruhi oleh kuasa asing yang membawa kepada hapusnya palestin dari peta dunia dan lahirnya negara haram israel

KESAN SEMANGAT PERKAUMAN
hapusnya khilafah islamiah.perasaan perkauman arab dan turki telah membawa runtuhnya institusi agung yang menjadi payung kepada umat islam hampir 1300 tahun(bermula zaman khulafa arrasyidin,umayyah,abasiah,dan uthmaniah selain kerajaan monggol di india,fatimiyyah dan ayubiah di mesir seta kerajaan kecil islam yang lain termasuklah kerajaan islam di filipina dan acheh).negara islam mula dijajah dan barat membahagikan negara2 islam seperti menbahagikan harta rampasan perang.negara islam di afrika utara seperti algeria,libya,magribi,tunisia dibahagikan kepada peranchis.sementara mesir ,suria,iraq dan kuwait kepada british.
memecahbelahkan negara islam.kalau sebelum ini negara islam hanyalah satu akhirnya dipecah2kan sampai sekarang kalau tak silap ada lebh 30 negara islam.
fahaman perkauman mula menggantikan tempat agama.saya teringat filem lawrence of arabia yang memaparkan perjuangan lawrence seorang agen british.sebenarnya lawrence seorang perancang penting dalam mencetuskan perasaan perkauman arab.beliaulah yang memyeru masyarakat arab untuk membakar dan memusnahkan landasan keretapi yang cuba dibina oleh sultan abdul hamid dari turki ke madinah munawarah.
apabila kesatuan islam mulai pecah mulalah yahudi datang bagaikan lalat yang menghurungi bangkai yang telah reput.mereka dengan bantuan british pada waktu itu berjaya menjajah palestin pada tahun 1917 dan mulalah strategi mereka untuk menubuhkan negara haram israel.akhirnya pada tahun 1949 israel diishtiharkan diikuti dengan pengiktirafan oleh bangsa bangsa bersatu
islam telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam soal perkauman.tiada perbezaan antara seorang dengan seseorang yang lain kecuali atas dasar taqwa dan iman kepada ALLAH.pernah suatu ketika bangsa yahudi telah memperkecilkan hubungan intim antara aus dan khazraj di hadapan pemimpin mereka.beliau sering menyebut hubungan antara aus dan khazraj yang berperang dalam tempoh yang lama pada masa jahiliah.keadaan ini hampir mencetuskan peperanngan antara aus dan khazraj.nabi kita telah menenangkan mereka dengan sabdanya(ADAKAH KAMU KEMBALI SEMUAL KE ZAMAN JAHILIYAH SEDANGKAN AKU MASIH ADA DI KALANGAN KAMU,TINGGALKANLAH PERBUATAN YANG SIA2 ITU)lalu turunlah ayat quran yang mengingatkan nikmat ALLAH kepada meraka bangsa arab yang dahulunya berpecah dan berperang lalu disatukan dengan islam.sayangkan tanahair tak salah tapi taasub pada tanahair itu yang salah.sayangkan kepada melayu tak salah tapi taasub pada melayu itulah yang salah

FITNAH KEPUAKAN DI NEGARA ISLAM
Dalam muktamar berlin 1878 umat barat menggariskan beberapa titik penting.mereka cuba untuk menghancurkan kerajaan uthmaniah pada masa itu seterusnya cuba untuk memecahkan dunia islam kepada kerajaan yang lebih kecil.barat juga cuba menyokong golongan minoriti di dunia islam dan melagakan2 dengan golongan majoriti,selain itu mereka menyokong sebarang aliran dan fahaman yang menentang islam
di mesir sebagaimana yang terdapat dalam kitab yang dikarang oleh muhammad al ghazali(qazaiful haq) didedahkan bagaimana strategi kristian barat untuk menjajah dan merampas kembali mesir.golongan kritian ini cuba membeli tanah daripada umat islam .inilah strategi yang pernah digunakan di palestin.mereka membeli tanah di palestin walaupun dengan harga yang mahal dan menghalau arab dari tanah palestin.di mesir taktik ini berlaku dan mereka masih cuba menguasai tanah2 di sini.
selain itu mereka juga menggagalkan pelaksanaan syariah islam.apabila disebut soal pelaksanaan syariah islam mereka akan membangkitkan persoalan bagaimana dengan masyarakat bukan islam?
mereka juga mempuyai akhbar dan alat sebaran am tersendiri.mereka menggunakan sepenuhnya media massa tersebut untuk kepentingan mereka
selain itu,golongan minoriti kristian mesir cuba memburukkan mesir di mata dunia.kononnya mereka telah ditindas dan sebagainya.inilah perancangan mereka untuk kembali menjajah mesir.mereka sering berkata bahawa orang islam di bawah amru al as adalah golongan perampas bumi mesir dari tangan mereka suatu masa dahulu
di jordan mereka menubuhkan gereja2 dan hospital2 mengelilingi bandar amman.gereja ini khabarnya di lengkapi dengan alat simpanan senjata bawah tanah yang lengkap
sementara di lubnan mereka berjaya menyusup masuk ke dalam kerajaan.bayangkan pada asalnya umat islam 75 peratus sekarang hanya tinggal 48 peratus.mereka mengalukan perpindahan dan penghijrahan umat kristian barat ke mesir
apa yang berlaku di negara2 ini telah berlaku di negara2 islam lain khasnya indonesia.ini kerana indonesia dan mesir merupoakan 2 buah negara islam yang menjadi target golongan misionari kritian.mesir sebagai negara islam arab teramai dan indonesia sebagai negara islam yang paling ramai penduduk.
-----------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan: