Jumaat, 7 Ogos 2009
Lagenda hilang Rahmaniah.......sebuah kenangan (2)
sambungan..............
Mengikut citer kak** lg masa kat Rahmaniah dulu, adik ipar mudir (AJ) berkenan padanya. So AJ ni hantar surat kat kak**. Surat tu diambil oleh orang lain, orang lain ni yang tolong balas utk kak** tanpa pengetahuan kak**. Ada sekali tu AJ panggil kak** ke rumah guru(rumah abang iparnya) yg berdekatan dgn asrama perempuan. AJ ckp abang ipar n kakaknya ada bersama. Masa tu hari jumaat.So kak** pun ke rumah guru berseorangan. Masuk je ke dalam rumah AJ pegang bahu kak** dengan muka marah. AJ cakap kau ni kak** dok layan laki lain sedangkan kau berutus surat dengan aku. Tergamam kak** tidak tahu menahu benda tu sambil merayu dan meminta supaya benda ni diselesaikan dengan baik. Kalau nak betul2 silalah ke rumah, kita buat cara beradat. Kak** selamat masa tu, tapi benda tu tak terhenti takat tu. Then suatu hari mudir panggil kak** ke biliknya nak kirakan kak** dgn adik iparnya AJ. Dia tanya kak** nak betul2 ke kat AJ. Kak** ckp tak nak walau pun sedikit. Mudir tak puas hati, tanya kalau x nak kenapa dok berutus surat sampai 12 kpg surat, ada yang mudir dah baca. Kak** nafikan tulisan dalam surat tu tulisan dia. Kak** salin artikel dalam paper, so mudir tgk tulisan kak** lain, tak sama dgn tulisan kat dalam surat tu. Isu tu terhenti kat situ, tapi AJ pernah sekat kak** lepas kejadian tu dan ckp……aku akan pastikan takder lelaki yang mengahwini awak, awak takkan bahagia sampai bila2 .
Aku tanya kak** camana life dier skang, dia jawab dia rasa tenang sekarang. Namun perasaan terkilan masih ada tapi dia tetap reda dengan ketentuanNYA. Sekarang, hidupnya boleh dikatakan agak senang. Kak** sekarang menjadi tumpuan masyarakat. Kalau ada baby menangis, bawa ke rumah kak** minta kak** ikhtiarkan. Kalau ada yang nak mengurut, kak** boleh cuba tolong. Apa yang ada dalam kepalanya, keredaan suaminya dan keredaan Allah. Keluarga menjadi keutamaannya.
Kekawan yang sekampung n sekelas yang cemburu dengannya, ada yang meniaga di pasar malam, ada yang entah hilang ke mana namun kak** dah tak peduli, kak** bahagia dengan kehidupan sekarang. Bagi kak** rumah tempat dier mendidik n membesarkan anak-anaknya itulah segala2nya. Itulah kehidupannya sekarang. Mudir yang pernah menengkingnya dulu, kalau jumpa je kekawan sekampung or sebatch kak** selalu tanya di mana n camana kak** sekarang n sempat berpesan...minta maaf bebanyak atas apa yang berlaku dulu. Cikgu disiplin masa tu bila jer jumpa kak** sekarang segan nak jumpa kak**, dia pernah cakap pada kak** lepas kejadian tu...saya silap kerana tidak mempertahankan awak dulu.
Buat kak**, semoga bahagia dengan kehidupan sekarang, bersama suami n anak2 penyeri hidup. Sabarlah atas apa yang berlaku dulu, pasti ada hikmatnya. Usah ditangiskan waktu belajar kak** yang hilang, usah dikesalkan cita-cita dan angan-angan kak** yang tak kesampaian. Usah dikesalkan maruah kak** yang tercemar hanya kerana khabar angin suatu waktu dahulu yang kemudiannya terbukti tidak berasas. Maybe selepas ni, anak2 kak** akan menyambung cita2 kak** dalam bidang pengajian hingga ke peringkat tertinggi. Setiap sesuatu ada hikmatnya.
Sempat aku tanya lagi kak**, tak nak kembali ke Rahmaniah ke kalau kami buat majlis reunion, pantas kak** jawab, tak nak kembali lagi. Kak** tak pernah lagi ke Rahmaniah sejak kak** terundur dari situ. Biarlah wajah2 yang pernah melukakan hatinya dulu telah tiada, namun bangunan, tiang-tiang, lorong-lorong semuanya masih berpuaka, mengingatkan kak** kepada setiap kesukaran dan kepahitannya di situ. Anak-anak kak** pun kak** tak galakkan ke situ, pergilah ke tempat lain yg tidak memerlukan kak** membuka semula lembaran fitnah yg menimpa kak** selama ni.
Kami balik dengan bas, sampai jam 3 pagi di cabang Bkt *****. Suami kak** dah siap menunggu dengan keretanya. Aku lak dalam 330 pg sampai di cabang rumah abang aku kat Seri Guchil. Really cerita kak** banyak bermain di minda aku. Banyak persoalan dalam kepala aku yang berstatus misteri dah pun terjawab. Yang pasti, kita akan sentiasa diuji. Kak** adalah contoh seorang perempuan yang diuji dengan kecantikan. Bagaikan mahsuri, kecantikannya menjadi punca kematiannya. Begitu juga kak**, kecantikannya menjadi punca fitnah yang membunuh jiwanya selama ini. Ironinya, pemergian aku ke Langkawi secara tidak sengaja menyingkap semula sebuah lagenda, lagenda yang hilang.....aku namakannya sebagai lagenda hilang Rahmaniah.
Khamis, 6 Ogos 2009
Lagenda hilang Rahmaniah.......sebuah kenangan
Langkawi....?Rasa malas aku nak ke sana. Bulan Disember 08 aku dah ke sana bersama keluarga. Really aku bukannya suka sangat ke pulau Langkawi. Tapi takdir ALLAH SWT, aku mengikuti juga rombongan ke sana. Rupa-rupanya aku ditakdirkan bertemu semula lagenda Rahmaniah yang hilang secara tiba-tiba. Dapatlah aku menyingkap semula kisah-kisah lama yang pada mulanya aku ingatkan takder apa, rupanya penuh dengan seribu kepahitan dan kenangan yg tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ni. Hilangnya si lagenda ini aku ingatkan kena buang sekolah(begitulah khabar angin yang aku dengar 14 tahun dulu) rupanya ada cerita pahit di sebalik tu semua.
Malam tu, aku ke PPD di kawasan aku, tulis n sain nama untuk memastikan kehadiranku, dapat bas A. Sementara menunggu jam 9 malam, aku jejalan tgk kekawan kalau ada yg aku kenal. Pusing punya pusing. Rasanya takder sorang pun aku kenal. Aku tak kisah, aku call paklah, tunggu dia tiba dari Manik Urai. Dia jer rasanya kawan aku sepanjang trip ni. Tak berjawab. Maybe dalam perjalanan. Lama aku round2 dalam gelap, aku terpandangkan seorang lelaki bersama anak-anaknya yg aku rasa aku kenal. Macam suami kak** jer, cetus hati aku. Aku perhati dari jauh…aku ternampak kelibat seorang perempuan, berseluar panjang, berbaju kurung labuh, bertudung putih menggalas beg sedang menulis buku kehadiran. Rasanya macam kenal. Aku perhatikan cara dia bercakap, raut wajahya di dalam samar2, rasanya macam kak**. Mulanya aku tak kisah. Biarlah dia dgn urusannya.
Paklah sampai. Sempat la aku sembang ngan paklah kejap sementara menunggu untuk menulis nama. Then, bas dah nak bertolak, paklah dok tulis nama kat buku kedatangan. Semua peserta mula naik bas, aku mendekati kak** yang bersalaman bersama suami n anak2nya…kak ni kakak a****h ker ni? Kuala *** kan?Dia mengangguk, menjawab ya. Aku pun bersalam dgn suaminya. Kami naik bas. Dalam bas byk yang aku bualkan. Ttg keluarga kak**, adiknya a****h, sepupunya f*****, h*****i, h****n…semuanya geng2 aku dulu.
Spjg perjalanan program x byk yang kami sembang. Kalau sembang pun, lebih kepada bertanya khabar tentang adik n sepupunya. Tapi masa tunggu feri nak balik ke tanah besar kak** memanggil aku. Byk yang kami sembang…pasal kehilangannya secara tiba-tiba, life dier era pasca Rahmaniah. Satu persatu yang dier ceritakan dengan penuh sebak walaupun dah 15 tahun semua tu berlalu.
Kak** ni dikurniakan Allah kecantikan semulajadi. Masa kak** darjah empat lagi, ada seorang guru kat sek berkenan dengan kak**. Tapi kak** tak berani nak rapat sgt dgn guru tu. Sempat guru tu peluk adik kak** yang darjah 2(satu batch dgn aku) sambil ckp tak dapat kakak peluk adik pun takper. Menangis adik kak** pulang ke rumah. Then guru tu kena tukar.
Masa kak** bersekolah menengah, mak kak** baru je bersalin. Adik2 kak** masih kecil, so kak** bawa kain ke sungai sebab takder air. Masa kat sungai ada laki sekampung cuba memperkosa kak**. Namun takdir Allah SWT, kak** sempat amik pasir n lempar ke muka laki tu. So laki tu x dapat pengapakan kak**. Sememangnya kak** telah diuji sejak dier kecil lagi. Lagi satu, saudaranya sendiri cuba memperkosa kak** di dalam bilik tidurnya. Entah camana, pintu yang selama ini sentiasa dikunci dapat dibukanya. Namun takdir Allah SWT, kak** sempat sepak laki tu dalam gelap. Laki tu tak dapat pengapakan kak**.
Kat sekolah lak, kak** dikenali kerana kecantikannya. Ustaz2 yang baru ngajar, bebudak samada satu batch or peringkat senior ramai yang berkenan dengannya. Memang namanya menjadi sebutan waktu tu. Dia lak agak lincah, periang, peramah dan mudah berkira. So kecantikannya itulah yang menjadi medan ujian Allah padanya. Ramai kekawan perempuan jealous dengannya. Asyik2 kak**..asyik2 kak**. So ada la komplot kekawan sekelas n sekampungnya berpakat nak singkirkan dia dari Rahmaniah. Mereka berpakat buat2 histeria. Masa tu ada 2 minggu lagi nak exam SMU.
Then bebudak yang buat2 histeria ni jumpa mudir, citer yang asyik nampak kak** dalam tandas, ada yang nak tidur nampak kak** di sisi katil, ada yang nampak kak** di mana2. So mereka buat citer kak** ni ada mengamalkan amalan2 tertentu(sihir)supaya wajahnya kelihatan cantik…semua orang berkenan. Begitulah citernya. Mudir n exco-exco sekolah memanggil kak** minta mengucap 2 kalimah syahadat(guru2 lain pun ada) so kak** mengucap la slowly, maklumlah pompuan ni pemalu. Mudir tengking dia minta mengucap kuat2 dan baca beberapa potong ayat al-quran. Tension betul kak** masa tu. X tau camana nak explain rasa sedih, kecewa dan malu yang amat sangat. Namanya telah tercemar dengan tuduhan ilmu hitam. Pas tu lak, rombongan cikgu2 bertandang ke rumahnya menceritakan apa yang terjadidi sekolah pada orang tua kak**…siap tanya lak kat mana kak** belajar ilmu2 macam ni. Lagi ta tension orang tua kat kg. Masa tu ada 2 minggu lagi nak exam. Kak** masuk exam dengan hati yang berat.
Bila je result kuar, kak** bersama kekawan sekampungnya ke sekolah ambil result. Kak** tak lulus. Masa nak balik ke kampong, kak** tak nak balik lagi, dia takut n malu nak berdepan ibu bapanya. Kak** minta kekawannya balik dulu ke kampong. Dier nak ke *********g tidur di rumah kawan perempuannya yang sorang lagi, mencari ketenangan. Kekawannya yang sekampung bila jer sampai kat kg, buat citer si kak** ni pergi tidur rumah jantan lain. So mulalah bertiup berita kak** ni dah jadi kelapa ditebuk tupai. Dah takder apa2 lagi. Keesokannya, bila kak** pulang ke kg, dier takut sebab tak lulus peksa, so dier singgah di rumah datuknya terlebih dahulu. Masa tu la mak kak** yg dah tahu kak** dah tiba di kg datang, belasah dia di rumah datuknya. Mak kak** lempang pipi kiri dan kanannya, siap pegang rambut hantuk kepala ke dinding. Mengamuk sakan. Last2 kak** minta maknya solat hajat 40 hari, minta petunjuk daripada Allah kalau2lah kak** ni memang dah jadi kelapa ditebuk tupai, mintalah supaya dia jadi tempang, atau ditimpa bala. Maknya buat solat hajat 40 hari berturut-turut, Allah sentiasa bersama orang yang benar. Namun berita di kg mula bertiup yg kak** ni sudah jadi kelapa ditebuk tupai.
Masa tu baru jer kuar exam, tak lulus, ditambah lak kena marah giler dgn mak sendiri, tambah lak dengan khabar2 angin begitu begini membuatkan kak** dah tawar hati lg nak ke sekolah. Kak** ambil keputusan utk berkahwin dgn seorang guru yang dok berkenan terhadapnya sekian lama. Akhirnya kak** nekad berhenti sekolah dan berkahwin. Sejak tu..namanya hilang terus dari Rahmaniah. Aku tingkatan 3 waktu tu. Aku pun tertanya-tanya mana hilang kak**. Kalau ada jer majlis, kak** mungkin jadi pengerusi. Ada je pertandingan syarahan bahasa arab, kak** lah yang akan memegang bendera Rahmaniah. Ada jer nasyid, kak**lah yang akan bersama-sama mendendangkan nasyid. Tiba-tiba jer kak** hilang. Ada yang cakap kak** kena buang sekolah kerana coupling. Macam2 citer. Namun kehilangannya memang mengejutkan kami junior2 pada masa tu.
Masa aku tingkatan 3, aku dah tak dengar apa2 pasal kak**. Aku pun x kisah sgt, xkan la aku nak amik tau pasal benda peribadi macam tu. At last aku dgr kak** dah kawin dgn seorang guru. Masa aku jejalan ke kuala *** rumah sepupunya, aku jumpa kak** bersama anak kecilnya yg dah boleh berlari. Aku tak pernah terlintas hati nak tanya pasal kehilangannya lagipun aku tak berapa rapat dengan dier masa tu. Aku ke Mesir tahun 1997, misteri tu masih tak terjawab. Aku pun masih keberatan nak buka mulut. Biarlah..aku takder apa2 kepentingan nak amik tau pasal benda tu sehinggalah ke Langkawi. Aku terasa nak tanya kak** sendiri sambil sembang2 pasal kekawan lama aku. X sangka rupanya plot hidup kak** terlalu berliku...........bersambung
Langgan:
Catatan (Atom)