3.4 Tiada Kejanggalan (syaz)[1]
Syarat terakhir
untuk menjadikan sesuatu hadis tersebut sebagai sahih atau tidak ialah tidak
terdapat padanya syaz atau kejanggalan samada pada sanad atau matan
hadis. Syaz dalam sanad berlaku apabila sanad sesebuah hadis itu tidak
sama dengan sanad-sanad hadis yang meriwayatkan hadis yang sama seperti
meriwayat atau menyambungkan sanad seuah hadis yang bertaraf mursal untuk
menjadikannya sebagai hadis muttasil.
Janggal
atau syaz pada teks hadis pula berlaku apabila seseorang perawi itu
menambah atau menyelitkan beberapa kalimah lain ke dalam sesuatu teks hadis
dengan tujuan yang tertentu berbeza dengan teks hadis yang menyebutkan maksdu
atau perkara yang sama.
[1] Ahmad
Muhammad Syakir, al-Bacith al-Hanith Syarah Ikhtisar Ulum
al-Hadith Li al-Hafiz Ibn Kathir, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut-Lubnan,
t.thn., hlm.19, Ahmad Umar Hashim, Adwa’
Ala Mustalah al-Hadith, Universiti al-Azhar, Kaherah, hlm53-60
3 ulasan:
Kalau syaz digunakan untuk panggil seseorang adakah elok untuk panggil dia dgn nama syaz tu?
Macamana tu, x faham soalan
Macamana tu, x faham soalan
Catat Ulasan