Sabtu, 4 Disember 2010

Rukun solat (2) …takbiratul ihram

Dalil bagi rukun yang ke-2 ini ialah hadith nabi yang bermaksud, kunci solat ialah suci, ihramnya ialah takbir dan tahallulnya ialah salam (tirmizi, abu daud dll)

Dinamakan takbiratul ihram (takbir yang mengharamkan) kerana takbir ini mengharamkan kita melakukan sesuatu yang sebelumnya halal dilakukan. Contohnya apabila seseorang hendak melakukan solat, dia akan berdiri dan bertakbir. Dengan melafazkan takbir bererti dia sedang bersolat. Apabila bersolat, banyak perkara yang sebelumnya kita boleh buat seperti makan, minum dan sebagainya kita tidak lagi boleh lakukan. Jika kita lakukan juga, solat kita terbatal. Itulah yang dimaksudkan mengharamkan perkara yang sebelumnya halal dilakukan. Keadaan ini samalah seperti orang yang berniat ihram untuk mengerjakan haji di mekah. Apabila berniat ihram, maka perkara yang sebelum ini bleh dilakukan seperti memakai wangian, cukur misaim, cabut bulu dan sebagainya tidak lagi boleh dilakukan sehinggalah kita melaksanakan sebahagian besar rukun dan wajib haji dan bertahallul.

Syarat sah takbiratul ihram.
1) Melafazkan takbiratul ihram setelah berdiri. Justeu itu takbir yang dilakukan oleh seseorang yang sedang bangun untuk bersolat tidak sah

2) Mengadap kiblat. Hendaklah bertakbir dalam keadaan mengadap kiblat.

3) Bertakbir dalam bahasa arab. Orang yang tidak mampu bertakbir dalam bahasa arab dan tidak mungkin belajar pada waktu itu bolehlah menterjemahkan maksudnya dalam apa-apa bahasa yang dikehendakinya. Contohnya si A baru memeluk Islam dan sebelum ini tinggal berjauhan daripada komuniti Islam, dia tidak biasa mendengar lafaz takbir. Kemudiannya si A telah memeluk Islam ketika jam 12.59 tengahari. Waktu masuk zohor pula ialah 1.00 petang. Si A berada dalam keadaan tidak mengetahui/tidak mampu bertakbir dalam bahasa arab dan waktu yang ada tidak mungkin baginya untuk belajar tentang solat. Pada masa itu bolehlah si A menuruti gerak geri orang yang bersolat dan bertakbir dalam bahasa yang dia kehendaki. Namun dia wajib mempelajarinya jika berkemampuan. Kalau dia melayu dia boleh bertakbir dengan menyebut Allah Maha Besar. Kemudian katalah selepas 2 hari dia telah mampu menyebut Allahu akbar dengan baik, apakah solatnya selama 2 hari yang dilakukan dengan bertakbir secara menterjemahkannya wajib diqadak? Jawabnya tidak kecuali jika si A mampu belajar, namun dia tidak belajar maka hendaklah diqada solatnya yang dilakukan dengan cara terjemahan takbir itu. Berkenaan dengan orang yang bisu, wajib dia cuba dan berusaha menggerakkan lidah dan bibirnya sedaya mungkin untuk melakukan takbir

4) Mendengar semua huruf takbiratul ihram yang diucapkannya sendiri jika pendengarannya baik

5) Bertakbir berserta dengan niat (muqaranah niat). Qasad, taarad, taayun. Dalam masalah muqaranah ini banyak sangat perbahasan yang rasanya tidak perlu dipanjanglebarkan di sini. Di dalam musallli disebut muqaranah ada 3 iaitu muqaranah kamaliyyah, urfiyyah dan tauziiyyah.


6) Bertakbir dengan lafaz ALLAHU AKBAR seperti yang sedia maklum

7) Bertakbir di dalam waktu solat kerana takbiratul ihram dilakukan ketika kita hndak solat. Maka jika seseorang bertakbir sebelum masuk waktu solat, tidak sah solatnya

8 ulasan:

Unknown berkata...

salam..
( Bertakbir berserta dengan niat (muqaranah niat). Qasad, taarad, taayun. Dalam masalah muqaranah ini banyak sangat perbahasan yang rasanya tidak perlu dipanjanglebarkan di sini. Di dalam musallli disebut muqaranah ada 3 iaitu muqaranah kamaliyyah, urfiyyah dan tauziiyyah.)
minta penjelsan sikit..tak faham istilah yang dgunakn.TQ

abu muhammad walid ilias berkata...

wsalam buat NUR,
pada asalnya saya tidak bercadang untuk memanjangkan kalam dalam masalah muqaranah niat di atas sebab2 yang saya akan sebut nanti. lagipun apa yang saya tulis sebenarnya merupakan hasil daripada kuliah maghrib saya di sebuah surau, kebanyakan audiennya merupakan orang tua yang bersama2 saya bermuzakarah pasal solat. kena ikut level mereka. sajer saya taip balik di blog semoga apa yang saya ucapkan terus melekat di hati saya dan kita semua dapat manfaat.walau bagaimanapun tq atas pertanyaan dan INSYA ALLAH saya akan usahakan.

abu muhammad walid ilias berkata...

secara ringkasnya, apabila kita hendak solat, kita berdiri dan lidah kita akan sebut ALLAHU AKBAR. semasa lidah kita melafazkan takbiratul ihram, hati kita hendaklah mengiringkan (muqaranah niat, sahaja aku solat fardu zohor....). so kadang2 masa mulut kita menyebut lafaz berkenaan, hati kita mengiringkan sama. umpama orang yang mula berjalan bersama2, berjalan seiringan dan sampai ke satu tempat sama2. mula sama2, sampai sama2 di antara mulut dan hati tu dinamakan pengiringan yang sempurna(muqaranah kamaliyah). cuma beza di antara kamaliyah ijmaliyah dan tafsiliyah ialah dari segi kandungan yang diniatkan. bagi pengiringan niat sempurna secara umum (ijmaliah) kita hanya isytiharkan dalam hati qasad, taarrud, taayyun dan + qasran (jika solat qasar) atau makmum/imam (jika solat jumaat). sementara jenis tafsiliyah (terperinci) pula dia niatkan dalam hati 3 perkara iaitu qasad, taarrud, taayun, kena tambah qasran atau imam/makmum (jika solat qasar atau jumaat) + hakikat solat yang terdiri daripada berdiri, rukuk, sujud dan sebagainya. maknanya masa lidah dia sebutkan lafaz ALLAHU AKBAR, hati dia dapat membayangkan/ mengiringkan benda2 tu dalam hati. soalnya ada ker orang mampu buat camni? mampu ke manusia buat camtu? imam haramain kata benda ni dah keluar daripada kuasa dan kudrat manusia. memadailah dengan muqaranah urfiyyah sahaja.

abu muhammad walid ilias berkata...

muqaranah urfiyyah. gambarannya gini..bila lidah kita sebut/ucapkan ALLAHU AKBAR, hati kita ikut sama melafazkan (dalam hati) sahaja aku solat zohor...... dalam masa pengiringan tu, maybe umpama 2 orang yang mula berjalan sama2, tapi yang hati lebih cepat sampai. maybe masa mulut kita sebut ALLAHU, hati dah sampai (dah ucap semppurna qasad, taarrud, taaayun. atau masa kita sebut ALLAHU hati kita tak terlintas lagi tapi bila sebut AKBAR, hati kita dah sebut 3 perkara tu (qasad, taarud dan taayyun)maka itu muqaranah urfiyyah. sekurang2nya kita tidak lalai masa melafazkan ALLAHU AKBAR tu bahawa kita hendak solat.

abu muhammad walid ilias berkata...

muqaranah tauziiyyah tu tak sah. tidak memada. really bab muqaranah ni banyak melibatkan terminologi, jangan sampai jadi was-waas nak berniat sudah. saya tak begitu suka nak memanjangkan benda2 gini takut nanti ada yang jadi was-was. tapi sebab kitab muzakarahnya munyatul musalli, kena sebut jugak. cuma harus diingat niat solat dalam mazhab kita syafie yang agak ketat. kena iringkan bersama lafaz ALLAHU AKBAR takbiratul ihram. dalam 3 mazhab lain, dibenarkan berniat awal sedikit daripada lafaz takbiratul ihram

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum syeikh.

Tentang takbiratul ihram dalam keadaan berdiri, jika berdiri betul tetapi dalam keadaan bergerak-gerak sedikit/terhoyong-hayang sedikit (yang tidak diusahakan), sah atau tidak takbiratulihtam itu?

abu muhammad walid ilias berkata...

wsalam.
maaf bebanyak, saya tak perasa ada sesuatu yang tak disempurnakan di sini.
berbalik kepada soalan tuan, setahu saya yang daif, hukumnya sah kerana keadaan gerak yang sedikit dan terhoyong hayang itu bukan disengajakan.
wallahuaklam

Tanpa Nama berkata...

Syukran jazilan ya Ustaz. :-)