Rabu, 11 Mei 2011

buku........aku dan al-ikwan al-muslimun (qaradawiy)

aku baru sahaja menghabiskan pembacaan buku AKU DAN AL-IKHWAN AL-MUSLIMUN karya qardawiy. buku ni aku beli di KB MALL dengan harga lebih rm20. kalau bab buku ni seingat aku kat mesir lagi best. harganya murah n pasarannya agak meluas kecuali buku berbahasa inggeris.

banyak pengajaran yang dapat dikutip daripada buku berkenaan. cerita tentang detik2 perkenalan qaradawiy dengan albanna dan IM. mulanya dakwah qardawiy di dalam IM dan sebagainya.

di antara poin yang menarik perhatianku di antaranya tentang pengarah penjara perang iaitu hamzah basyuni. hamzah digambarkan oleh qardawiy sebagai seorang yang berwajah bengis, tidak pandai mengeluarkan kata2 kecuali yang mengarut, menghina, makian dan penuh takabbur. boleh dikatakan undang2 di penjara perang itu ialah dia. dialah yang mengeluarkan arahan, mengatakan itu boleh dan ini tidak boleh terhadap tahanan. walau bagaimanapun di akhir2nya beliau berubah menjadi agak lunak terhadap tahanan. kalau dulu suaranya pun cukup ditakuti oleh tahanan, sekarang tak lagi. pada masa itu tahanan dah pun berada pada tahap pra pembebasan. selama ini rupanya kekerasan dan keganasannya hanyalah kerana wujudnya tembok besi yang bergelar penjada perang itu. apabila hilang fungsi tembok besi itu, apabila hilang pangkatnya, hilanglah segala2.

kekadang aku terpk bagaiaman seorang pegawai kerajaan yang berpangkat besar dan bergaji besar cukup mudah menghina, mencaci, menghamburkan kata2 kesat terhadap orang bawahan mereka. mungkin golongan ini merupakan timbalan pengarah, pengarah, pegawai atasan berpangkat jusa atau turus malah orang bawahan pun tidak terkecuali. maybe pada masa mereka berada di atas, mereka seolah2 merasakan bahawa orang2 bawahan mereka hanyalah seorang manusia yang tidak mempunyai jiwa, maruah dan harga diri malah mungkin juga tidak mempunyai roh. justeru itu, sedikit sahaja kecuaian atau kesilapan yang dilakukan oleh orang bawahan, lantas mereka akan menghina malah mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya dicatat di dalam sejarah.

aku terpk bagaimana suatu hari nanti apabila mereka akan bersara dan berhadapan dengan masyarakat,,apakah pada masa itu mereka masih lagi terikat dengan etika dan tatasusila seorang pegawai atasan atau akan berubah menjadi seorang warganegara biasa yang tiada apa2 lagi kecuali sejarah sebagai seorang pegawai besar yang semuanya bisa menjadi sejarah yang bakal dilupakan (khasnya kalau tidak ikhlas dan terlalu keduniaan)? bagaimana mereka akan berdepan dengan masyarakat yang dahulunya menjadi anak buahnya? jangan2 usahkan bekas anak buahnya, bahkan anjing kurap yang buruk kepala tiada gigi sekalipun tidak lalu untuk menyalaknya lagi...apatah lagi bekas2 anak buahnya seorang insan yang berakal.

Tiada ulasan: