pada zaman kegemilangan islam dahulu, umat islam banyak membuka negeri-negeri baru dan melancarkan dakwah ke seluruh pelusuk dunia.banyak kota yang telah dibuka satu demi satu. sampai di sebuah kota yg terakhir, tentera islam sukar membuka kota itu. ditambah pula dengan musim yang berubah menjadikannya tugas itu cukup sukar. namun tentera islam terpaksa bertahan.
ringkasnya pintu kota itu berjaya dibuka dan tentera islam dapat masuk ke dalam kota itu. selesai semuanya pihak pemerintah mengumumkan di hadapan tenteranya siapakah yang telah membuka pintu kota itu untuk diberikan ganjaran. tiada seorang pun di kalangan tentera yang mengaku membuka pintu kota itu. lalu pemerintah atau raja meminta pahlawan berkenaan yang telah membuka pintu kota itu supaya datang seorang diri berjumpanya.
kemudian pada waktu malam datanglah seorang pahlawan dengan baju perangnya mengadap raja. raja pun bertanyakan tentang siapakah yang telah membuka pintu kota itu. pahlawan itu mengenakan 3 syarat dan raja mesti menerimanya. oleh kerana tiada pilihan, raja bersetuju dengan syarat itu. 3 syarat itu ialah raja/baginda dilarang mengetahui namanya, dilarang melihat wajahnya,dan syarat ketiga kalaulah berita ini akhirnya pecah dan tersebar maka tuanku dilarang memberikan sebarang anugerah atau ganjaran kepada keluarganya. setelah baginda setuju menerima ketiga syarat itu, lalu pahlawan itu mengaku bahawa beliaulah yang telah membuka pintu kota itu. kemudian pahlawan yang lengkap memakai pakaian perang itu berlalu pergi tanpa diketahui siapakah dia dan bagaimanakah wajahnya.......
*cerita dipetik daripada dr zahazan, ketika beliau menafsirkan surah al-maun (tafsir al-quran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan