TAZKIRAH
RAMADAN (14)
PANITIA AGAMA ISLAM SKLR
AIDILFITRI & solat sunat hari raya
Di antara amalan-amalan sunat ketika menyambut Aidilfitri
ialah:
Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Ini sebagaimana Firman Allah SWT (Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir & bertahmid) kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur-185 al-Baqarah). Kita boleh mula bertakbir pada malam hari raya (anak bulan syawal kelihatan) dan berakhir ketika imam selesai dari khutbah.
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Ini sebagaimana Firman Allah SWT (Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir & bertahmid) kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur-185 al-Baqarah). Kita boleh mula bertakbir pada malam hari raya (anak bulan syawal kelihatan) dan berakhir ketika imam selesai dari khutbah.
Selain
itu, kita juga disunatkan bertakbir sepanjang perjalanan ke tempat solat
Aidilfitri. Keadaan ini berterusan sehinggalah apabila imam mula melakukan
takbiratul ihram untuk memulakan solat. Bertakbir sejak mula keluar dari rumah
adalah bertujuan untuk menyerlahkan syiar Islam di sepanjang perjalanan yang
ditempuhi untuk menuju ke tempat solat. Takbir dillakukan dengan suara yang kuat
dan ianya tidak berbeza di antara Aidilfitri dan aidiladha
Mandi sunat hari raya
Waktu yang diharuskan untuk mandi sunat hari raya ialah
bermula dari tengah malam. Waktu sunat pula bermula selepas terbit fajar dan
berkekalan sehingga matahari terbenam.
Makan Sebelum Ke Tempat Solat
Makan Sebelum Ke Tempat Solat
Kita disunatkan makan sebelum keluar ke tempat solat
walaupun ketika sedang memandu. Hikmahnya untuk menutup segala andaian bahawa
dibenarkan berpuasa pada hari raya. Ia juga bertujuan membezakan antara hari
raya dengan hari yang sebelumnya. Jika seseorang itu tidak makan sebelum ke
masjid pada aidilfitri, hukumnya makruh. Sementara pada hari raya haji,
disunatkan menahan diri daripada makan sehingga balik daripada solat
Rasulullah SAW makan kurma dalam jumlah yang ganjil di pagi hari raya. Dari Anas bin Malik ra katanya (Rasulullah SAW tidak pergi ke musalla pada pagi Aidilfitri hingga baginda makan beberapa buah kurma… Rasulullah SAW memakannya di dalam jumlah yang ganjil- Bukhari)
Memakai Pakaian Yang Indah
Sunat untuk kita menghiaskan diri dengan pakaian yang
indah pada hari raya. Hikmahnya ialah pada hari ini kita dikehendaki supaya
menzahirkan nikmat yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambaNya. Bagi orang
yang memiliki hanya sepasang pakaian, hendaklah dia membersihkan pakaian itu
dan memakainya.
Menurut
huraian para ulama, kaum perempuan digalakkan hadir mengerjakan solat hari raya
di musalla. Mereka dikehendaki memakai pakaian yang sederhana dan tidak berhias
apatah lagi memakai bau-bauan.
Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Hukumnya ialah sunat muakkad. Baginda SAW tidak pernah
meninggalkannya sejak mula difardukan sehinggalah kewafatannya. Ia dituntut
supaya dilakukan secara berjemaah. Namun jika seseorang melakukannya secara
bersendirian ia tetap sah. Tuntutan ini merangkumi semua orang Islam yang
berakal samada lelaki atau perempuan, orang yang bermukim atau bermusafir dan
sebagainya kecuali orang perempuan yang berperhiasan, dia bolehlah melakukannya
di rumah. Ini berdasarkan hadis Umm Atiyyah ra (kami diperintahkan supaya
keluar pada hari raya, sehingga kami disuruh membawa bersama anak-anak dara dan
perempuan yang haid lalu mengambil tempat di belakang orang ramai (bukan tempat
solat). Mereka bertakbir dan berdoa bersama orang ramai dalam keadaan mengharapkan
keberkatan hari tersebut dan kesuciaanya- Bukhari & Muslim).
Waktu
untuk solat bermula dengan jelas terbitnya matahari dan tidak semestinya terbit
matahari secara keseluruhannya. Ia berakhir apabila matahari tergelincir (waktu
zohor). Waktu yang paling afdal ialah ketika matahari naik segalah kerana
itulah waktu yang selalu didirikan solat oleh Baginda SAW. Disunatkan
melambatkan sedikit waktu solat Aildilfitri berbanding solat sunat Aidiladha
untuk memberi masa tambahan kepada mereka yang masih belum membayar zakat
fitrah. Sementara solat Aidiladha dilakukan lebih awal untuk memberi masa yang
lebih luas kepada orang yang hendak menyembelih korban. Selain itu, para jemaah
juga disunatkan hadir ke masjid lebih awal. Bagi imam, disunatkan melambatkan
kehadirannya kerana sebaik sahaja imam sampai di masjid maka solat akan
didirikan dan dia akan terus mengimamkan solat.
Tempat Solat Hari Raya
Solat hari raya boleh didirikan di masjid atau di tempat
lapang seperti Stadium Sultan Muhammad ke IV. Dalam situasi di Mekah,
mendirikan solat hari raya di Masjid Haram lebih afdal. Jika di tempat lain
selain daripada Mekah, ada ulama mengatakan lebih afdal mengerjakannya di tanah
lapang dan ada pula yang mengatakan lebih afdal di masjid. Dalam mazhab Syafie,
lebih afdal mengerjakan solat hari raya di masjid jika masjid sesebuah kampung
itu luas dan dapat menampung para jemaah. Ini kerana masjid masjid mempunyai
kemuliannya melebihi tempat lain dan para jemaah juga boleh beriktikaf.
Sebaliknya jika masjid sesebuah kampung itu sempit dan tidak dapat memenuhi
keperluan jemaah hukumnya bertukar menjadi makruh. Pada masa itu, para jemaah
boleh mengerjakannya di tanah lapang jika tiada halangan lain seperti hujan dan
sebagainya
Hari Raya Pada Hari Jumaat
Apabila hari raya jatuh pada hari jumaat, ada pendapat
ulama yang mengharuskan untuk pulang ke kampung. Tinggalkan solat jumaat kerana
mereka telah hadir untuk solat hari raya. Keharusan ini memandangkan mereka
berada jauh di pedalaman. Apabila mereka pulang, sukar untuk kembali menunaikan
solat jumaat di Madinah pada masa itu. Namun seeloknya bagi kita yang mana
masjid memenuhi segenap ceruk kampung, ditambah dengan keadaan kita yang
mempunyai kemudahan kenderaan, seeloknya lakukan kedua-duanya (solat aidilfitri
dan solat jumaat di masjid) kerana keluar daripada perkara khilaf lebih utama.
RUJUKAN
Al-Fiqh al-Manhajiy
Mastika Hadis (jilid ketiga)
Al-Fiqh al-Manhajiy
Mastika Hadis (jilid ketiga)
Furu’
al-Masail wa Usul al-Masail
http://www.hafizfirdaus.com
http://soaljawab.wordpress.com
http://www.hafizfirdaus.com
http://soaljawab.wordpress.com
[1] Artikel ini merupakan kemaskini dengan
sedikit pengubahsuaian daripada edisi asal yang diedarkan dalam siri 8 tahun
2011 (tajuk asal- Aidilfitri).