tafsir 4 ayat alfajr
-surah ini nak beritahu kepada kita berapa teruknya harta dunia ini kepada kita jika x dihubungkan kepada akhirat. kita x buleh tinggalkan dunia, namun biarlah dunia dengan kita seumpama kapal dgn air laut. kapal memerlukan air laut utk belayar. namun jgn biarkan air laut masuk sehingga menenggelami kapal kita.
- dalam permulaan surah ini, Allah memberitahu kita cara utk selamat daripada godaan dunia. Allah juga beritahu cara paling mudah utk selamat iaitu dgn cara berdoa walaupon dalam hati.
- dalam permulaan surah ini, Allah beritahu waktu paling mustajab berdoa dalam setahun. gunakanlah waktu ini uk berdoa
1) demi waktu fajar pada waktu hari raya haji
2) demi waktu 10 malam yg akhir pada bulan ramadan. ada ulama berkata bahawa kalau waktu malam, malam yg mustajab ialah 10 terakhir ramadan. sementara waktu mustajab sebelah Siang ialah 10 Siang pada awal zulhijjah
3) demi waktu solat yg genap dan yg ganjil.
solat yg ganjil ialah solat yg rakaatnya ganjil iaitu maghrib. sementara solat yg genap ialah selain maghrib.
4) demi waktu malam
malam di sini sepertiga malam.
- inilah waktu yg mustajab utk kita berdoa. umpama seorang tekong yg turun ke laut, dia dah tahu waktu dan kawasan yg banyak ikan. justeru jala dan pukat yg ditebarkannya di kawasan tersebut biasanya penuh dgn hasil tangkapan ikan. ini Berbeza dgn tekong yg x berpengalaman. ditebarnya jala di kawasan yg xde ikan. nescaya hasil nya x sama. begitula umpama orang yg mengerti masa mustajab berdoa dgn mereka yg tidak tahu masa mustajab utk berdoa. umpama 2 tekong tadi.
- justeru itu, marilah sama2 kita gunakan waktu tersebut utk berdoa. moga kita tergolong dalam golongan yg diredaiNYA
#tafsir pada permulaan surah alfajr
Sabtu, 3 Disember 2016
Selasa, 23 Ogos 2016
12 Penutup dan rujukan
12.0 PENUTUP
Akhirnya saya dapat simplkan bahawa setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi
lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan
terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan,
pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Sikap tunggu dan lihat , lemah
jiwa , kekurangan pengetahuan dan kemahiran , menjadikan potensi kreatif yang
ada pada setiap orang, beransur lemah dan pasif.
Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadangkala
tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan suatu prosedur atau kaedah
yang perlu digunakan apabila ia melihat , berfikir, atau belajar, bagi
mewujudkan idea. Idea yang diperolehi mungkin berupa imej tampak atau kefahaman
pandang-timbang yang dapat ditukarkan ke dalam bentuk perkataan, angka, simbol,
atau rentak muzik. Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan
secara langsung tentang apa yang dilihat atau dialaminya, ia mungkin
menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampaknya untuk
dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Keupayaan menggunakan metafora dan
analogi memerlukan pula pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Dengan lain
perkataan, untuk mendapatkan kefahaman-pandang timbang, seseorang itu perlu
berusaha mendapatkan pengetahuan , kemahiran dan pemikiran tentang sesuatu
bidang.
RUJUKAN
Kementerian
Pendidikkan Malaysia.(1998)Buku Sumber Guru Pendidikkan Seni Visual,KBSR.KL :DBP
Kementerian
Pendidikkan Malaysia.(1985).Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,KBSR.KL :DBP.(Tahun Satu hingga
Tahun Enam )
Modul
HBAE 1103.(2011)Pengenalan Pendidikan Seni Visual, OUM.
11 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Aktiviti................
11.0
PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI YANG BERKESAN YANG BOLEH GURU
LAKSANAKAN DI BILIK DARJAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN SENI LUKISAN MURID .
Teori Psikoanalitik
Pendekatan
psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan
seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan melalui seni.
Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud (Rajah 4.6). Freud percaya
bahawa seni visual adalah bahan perantaraan yang sangat penting dalam mengenal
pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat
dicapai dengan menganalisis prosesproses kreatif yang terlibat dalam
penghasilan seni visua l.Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup
artis dengan karya mereka.
Dalam konteks
kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka
terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan
emosi. Selari dengan ini, penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi
sangat penting bagi kanak-kanak. Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi.
Sebagai contoh, membimbing kanakkanak melukis ahli keluarganya boleh memberi
gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap
keluarga.
Contohnya, dalam
kajian kes Jarboe (2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang
bernama Bridget. Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku
aneh apabila dia menghadapi perubahan. Bridget akan menjerit-jerit dan tidak
dapat dikawal. Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget.
Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang
lebih besar di sekeliling bulatan pertama. Beliau memberitahu bahawa bulatan
kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar dalah ibunya. Beliau menyatakan
bahawa ibunya sedang mengandung dan dirinya berada di dalam perut. Daripada
gambar tersebut, pakar terapi mendapati bahawa umur mental Bridget adalah lebih
kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan gementar apabila dipisahkan
daripada ibunya.
Selepas beberapa
siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya.
Bridget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan
enyatakan gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya. Bridget mengatakan bahawa
ibunya bersaiz kecil kerana ibunya berada jauh daripadanya. Berdasarkan
pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget
berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi dirinya sebagai individu yang
lebih berdikari dan yang tidak terlalu bergantung kepada ibunya.
11.1Persepsi dan
Representasi
Konsep persepsi
dalam teori seni visual adalah berkaitan rapat dengan konsep psikoanalitik yang
telah dibincangkan sebelum ini. Pengendalian corak-corak visual menunjukkan
tahap perkembangan mental kanak-kanak. Persepsi visual boleh diterangkan
sebagai apa yang dilihat. Manakala representasi visual pula ialah berkaitan
dengan bagaimana kita mencerminkan diri dalam seni.
Kanak-kanak
jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Salah satu daripada
teori yang memberi penerangan tentang persepsi kanakkanak dalam seni visual
ialah teori kognitif yang mengatakan bahawa kanakkanak melukis apa yang mereka
tahu dan bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap
kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi
kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Piaget
(1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti
untuk berfikir secara kreatif, cuma kanak-kanak dewasa lebih matang. Jawapan
dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana
cara berfikir mereka yang berbeza.
10 Keinginan Asas Kanak-Kanak Untuk Melukis Objek
10.0
KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK UNTUK MELUKIS OBJEK
Apabila
tiba pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk
melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripadamenggunakan imaginasi
sendiri. Kenapa ini berlaku?
Setiap
insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru,
memahami
keinginan mereka memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi pembelajaran
serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan.
(a)
Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung
Pujian
dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkanmotivasi
kanak-kanak. Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karyaoleh
kanak-kanak perlu mendapat kredit yang sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan
oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan murid di sekolah
sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain
sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka di atas usaha menghasilkan karya.
(b)
Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami
Aktiviti
melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di kalangan
kanak-kanak. Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna sering
diadakan bertujuan untuk mewujudkan persaingan positif di kalangan kanak- kanak
di samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan rakan
sebaya. Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada mereka untuk
mempelajari kaedah dan perkara baru sesama mereka.
(c)
Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan
Aktiviti
melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti
kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak-kanak diberikan peluang
untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensil,
pen, pensil warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya suka untuk mencuba.
Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran
bagi kanak-kanak.
Langgan:
Catatan (Atom)