Selasa, 23 Ogos 2016

10 Keinginan Asas Kanak-Kanak Untuk Melukis Objek



10.0 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK UNTUK MELUKIS OBJEK


Apabila tiba pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripadamenggunakan imaginasi sendiri. Kenapa ini berlaku?

Setiap insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru,
memahami keinginan mereka memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan.

(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung
Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkanmotivasi kanak-kanak. Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karyaoleh kanak-kanak perlu mendapat kredit yang sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan murid di sekolah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka di atas usaha menghasilkan karya.

(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami
Aktiviti melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di kalangan kanak-kanak. Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna sering diadakan bertujuan untuk mewujudkan persaingan positif di kalangan kanak- kanak di samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan rakan sebaya. Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari kaedah dan perkara baru sesama mereka.

(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan
Aktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak-kanak diberikan peluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensil, pen, pensil warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya suka untuk mencuba. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak-kanak.






Tiada ulasan: