TAZKIRAH KHAS (18)
PANITIA
AGAMA ISLAM SKLR 2017
ISRAK
MIKRAJ
Israk
Israk
merupakan perjalanan Nabi Muhammad SAW pada waktu malam dari Mekah ke Majid
al-Aqsa di Palestin. Perjalanan ini merupakan suatu mukjizat agung Baginda SAW
setelah melalui pelbagai ujian dan halangan sebelumnya.
Dalam peristiwa Israk, Jibril datang
bersama Buraq yang akan menjadi tunggangan Baginda SAW dalam perjalanan ini.
Buraq
Buraq
berwarna putih. Lebih kecil daripada kuda dan besar daripada baghal. Sekali
perjalanan sejauh mata memandang. Nabi Muhammad SAW mengikat buraq di
pergelangan pintu masjid Aqsa.
Kisah Abu Sufyan &
Hercules
Pernah
ketika kedatangan Abu Sufyan ke Syam telah didengari oleh Hercules, pemerintah
tempatan pada masa itu. Lalu Hercules memanggil peniaga yang berasal dari Mekah
lalu ditempatkan di dalam sebuah dewan. Raja Hercules bertanya kepada Abu
Sufyan tentang nabi yang telah dibangkitkan. Semua yang Abu Sufyan sebut tentang Muhammad SAW
dibenarkan oleh peniaga dan orang-orang Mekah yang ada bersama. Namun ada suatu
perkara yang dirasakan terlalu pelik iaitu tentang dakwaan Baginda SAW bahawa
beliau datang ke masjid Aqsa dari Mekah hanya pada satu malam.
Kisah ini ini walaubagaimanapun
disokong oleh seorang Pendita. Pendita
berkenaan menceritakan bahawa pada suatu malam pintu masjid tidak dapat
ditutup. Pada mulanya dia menyangka bahawa pintu itu rosak. Setelah diperiksa
oleh tukang pintu ternyata pintu itu berkeadaan elok. Tiada sebarang kerosakan.
Pendita ini mengatakan bahawa kebiasaanya apabila pintu masjid tidak dapat
ditutup, ada nabi yang ingin datang ke sini.
Setelah berfikir sedalamnya, Hercules
meminta cadangan dan buah fikiran pendita dan pembesar mereka. Hercules
mengatakan keinginanya untuk mengikuti agama yang dibawa Muhammad. Namun para pendita
dan pembesar mereka tidak bersetuju dan Hercules kekal dengan agama asal mereka
Cerita pintu masjid ini menjadi bukti
kedatangan Nabi Muhammad SAW ke Masjid Aqsa.
Dalam masjid baginda menjadi imam
solat bagi nabi-nabi yang lain. Selesai solat, Jibril membawa bekas berisi arak
dan susu untuk dipilih sebagai minuman oleh baginda. Baginda lalu memilih susu.
Mikraj
Apabila
tiba di langit pertama, Jibril minta izin untuk masuk daripada penjaganya.
Setelah Jibril memberitahu bahawa orang istimewa bersamanya adalah Muhammad
SAW, lalu penjaga pun membuka pintu untuk mereka masuk.
Di langit pertama Nabi Muhammad SAW
berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Nabi Adam mendoakan kebaikan untuk Nabi Muhammad
SAW. Apabila tiba di langit seterusnya, Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Nabi
Isa, Nabi Yahya, Nabi Idris, Nabi Harun dan Nabi Ibrahim a.s. Pertemuan dengan
nabi-nabi sebelumnya bagaikan memberi suatu suntikan semangat kepada Nabi
Muhammad SAW.
Seterusnya Baginda SAW naik ke
Sidratul Muntaha. Nabi melihat daun yang ada di situ seperti telinga gajah.
Sementara buahnya seperti labu besar. Tiada makhluk Allah yang boleh
menerangkan kecantikan apa yang dilihat oleh Baginda SAW.
Seterusnya Allah memfardukan ke atas
baginda SAW kewajipan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam. Dalam perjalanan
turun, Baginda SAW berjumpa dengan Nabi Musa as. Nabi Musa menasihati Baginda
SAW supaya memohon agar dikurangkan bilangan solat. Lalu Baginda SAW memohon
supaya dikurangkan bilangan solat lalu diperkenankan permohonan Baginda SAW
sehinggalah kepada 5 waktu. Peristiwa ini berulang sehingga kekal jumlah waktu
solat kita sebagaimana ada pada hari ini
Pesanan Nabi Ibrahim
Ketika
di langit, Baginda SAW sempat berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim
berpesan bahawa syurga merupakan bumi yang cantik dengan tanah luas yang
kosong. Justeru itu, hiasilah syurga dengan zikir subhanallah, Alhamdulillah,
la ilaha illa Allah dan Allahu akbar. Zikir sebegini umpama landscape di dalam
syurga kelak
Nabi
Muhammad SAW juga sempat melihat rupa asal Jibril a.s yang mengandungi 600
sayap. Satu sayapnya berjarak antara langit dan bumi. Ini adalah kali kedua
Nabi Muhammad SAW melihat jibril dalam rupanya yang asal (kali pertama semasa
turun wahyu).
Pasca Israk & Mikraj
Keesokan
harinya Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Abu Jahal. Seperti biasa Abu Jahal
akan mengajukan soalan provokasi dengan bertanya adakah ada berita baru yang
ingin disampaikan. Setelah baginda menerangkan ada berita baru lalu Abu Jahal
mengumpulkan penduduk Mekah untuk mendengar cerita baru ini. Lalu Nabi Muhammad
SAW menceritakan pertistiwa Israk Mikraj. Mereka juga bertanya kepada nabi
perihal masjid aqsa seperti bilangan tiang masjid dan sebagainya. Kesemua
soalan mereka dapat dijawab oleh baginda SAW.
Hikmah Israk Mikraj
Peristiwa
agung ini merupakan suatu mukjizat untuk Rasulullah SAW. Apabila disebut
mukjizat, ia bukan lagi dapat diukur secara saintifik dan empirikal seperti
biasa. Ia menjadi suatu ujian keimanan terhadap kita semua.
Semoga kita semua dapat mencontohi Abu
Bakar al-Siddiq dalam hal ini. Sebaik sahaja Abu Bakar mendapat berita
perjalanan agung Baginda SAW, beliau tetap mempercayainya bahkan berkata
kalaulah benar Muhammad yang mengatakannya, kalau lebih daripada itu sekalipun
aku akan tetap mempercayainya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan