Jumaat, 30 Oktober 2026

Kisah Nazar Ibu Maryam (Hannah)

Kisah Nazar Ibu Maryam (Hannah)

Apabila kita buka AQ, kita akan dapati kisah2 orang yang bernazar. Antaranya ialah kisah Ibu Maryam dalam Surah Ali Imran

 

Kisah nazar ibu Nabi Isa a.s. merupakan salah satu kisah yang penuh pengajaran dalam al-Quran(AQ). Kisah ini menceritakan tentang keikhlasan seorang wanita solehah yang menyerahkan anak yang dikandungnya untuk berkhidmat kepada Allah SWT. Walaupun beliau mengharapkan seorang anak lelaki, Allah SWT mengurniakan seorang anak perempuan yang akhirnya menjadi wanita mulia iaitu Maryam binti Imran, ibu kepada Nabi Isa a.s.

 

Nak faham kisah ni dengan detail, yang ni kena blaja tafsir. Cuma kita kena faham AQ ni bukan kitab sejarah. Benda2 detail seperti nama orang, nama tempat kekadang tu diambil daripada sumber2 lain termasuklah Israiliyyat.

 

Isteri Imran bernama Hannah Binti Faqudh. Ibu kepada Maryam dan nenek kepada nabi Isa as. Hannah takder anak dan sememangnya bercita2 utk nak dapatkan anak. Suaminya ialah Imran bin Yashim bin Misya bin Hizqiya. Kitab2 tafsir menyebut bahawa isteri Imran ni ada 2 beradik, seorang lagi bernama Mishia isteri kepada Nabi Zakaria as. (Tafsir Pedoman Muttaqin Dr Abdel Hayyi)

 

Diceritakan bahawa pada suatu hari, beliau melihat seekor burung sedang memberi makan kepada anaknya. Pemandangan tersebut menimbulkan keinginan dalam hatinya untuk mempunyai zuriat sendiri.

 

Beliau kemudian berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan seorang anak. Allah SWT memperkenankan doanya lalu beliau mengandung. Setelah mengetahui dirinya hamil, Hannah bernazar bahawa anak yang berada di dalam kandungannya akan dikhususkan untuk berkhidmat kepada Allah SWT.

 

Hannah bernazar untuk mempersembahkan anak tersebut bagi tujuan ibadah dan khidmat kepada Allah SWT. Beliau bernazar bukan sahaja agar anaknya menjadi orang yang baik, namun lebih daripada itu untuk berkhidmat di Baitulmagdis. Ini kiranya menurut syariat mereka pada masa tu la

 

Allah SWT merakamkan doa dan nazarnya dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 35:

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: ‘Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas  berkhidmat kepadaMu semata-mata. Oleh itu terimalah nazarku ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

 

Dalam Tafsir Pedoman, Dr Abdul Hayyi menulis bahawa (Perkataan muharraran maknanya dibebaskan daripada khidmat2 yang lain. Daripada perkataan ini jugalah keluarnya ungkapan Kalimah Tahrir (rencana pengarang). Ahli2 tafsir  mengulas nazar dalam doa ibu Maryam ini sebagai cara bernazar yang diamalkan dalam syariat pada waktu itu. Orang yang bernazar menyerahkan anaknya ke rumah ibadat hendaklah menyerahkan anaknya itu sepenuhnya untuk berkhidmat dan beribadat ri rumah suci sehinggalah usia baligh. Serelah mencapai usia itu, kanak2 berkenaan akan diberi pilihan untuk menentukan sendiri masa depannya sama ada ingin terus tinggal di rumah ibadat itu selama-lamanya atau ingin keluar daripada rumah ibadat tersebut dan menjalani kehidupan di luar).

 

Pada kebiasaanya pada masa itu anak lelaki yang dinazarkan sebegini. Anak perempuan nak khidmat di rumah ibadat ni maybe tidak sesuai dengan tabiatnya yang didatangi haid dan sebagainya

 

 

 

Daripada peristiwa ini, kita dapat memahami bahawa nazar tersebut lahir daripada keinginan seorang ibu untuk menjadikan anaknya insan yang dekat dengan Allah SWT. Namun, nazar ini perlu difahami berdasarkan syariat umat terdahulu dan tidak boleh disamakan secara automatik dengan semua bentuk nazar yang dilakukan oleh umat Islam pada hari ini.

 

#sebahagian daripada kuliah maghrib berdasarkan ayat Ali Imran 35. Utk tulisan ni, ambo banyak petik daripada tafsir pedoman muttaqin karya Dr Abdul Hayyi.

 

 

Tiada ulasan: