Selasa, 23 April 2019

Syeikh Muhammad sayid tantawi (1)


Ambo ke kaherah September 1997. Masa tu syeikh tantawi dah jadi syeikh al azhar yg merupakan jawatan tertinggi utk al azhar.

Memula sampai, buka tv dengar Arabic x faham. On radio x faham. Dengar Arab bertutur x faham. Semua x faham. Salah satu penyebabnya ialah lahjah Arab Mesir yg digunakan. Agak berbeza dgn fushah (bahasa Arab standard)

Ambo baca paper. Paper pertama ialah alkourah wal malaib pasal bola. Masa tu qualification wc France 1998 dah berada di peringkat terakhir. Ambo juga dengar berita samada radio atau tv,sebab siaran berita dibaca dalam fushah kecuali sebutan jim atau ja yg disebut gim atau ga. Selain tu ada ruangan bicara agama bersama syeikh tantawi. Cukup seronok bila dapat dengar dan perhati ucapan dia. Penyampaian nya jelas, lembut, tenang. Cukup sesuai dgn kami yg junior yg bertatih nak faham bahasa.

Namun ada juga senior kami x begitu suka dgn syeikh tantawi kerana ada beberapa fatwanya yg dilihat kontroversi. Salah satu ialah berkenaan faedah bank. Syeikh selalu menjelaskan bahawa riba tetap haram namun faedah bank bukan riba. Ada penjelasan dan kitab beliau pada waktu itu. Syeikh qaradawi then tulis suatu buku khas bertajuk faedah bank ialah riba yg haram disertakan dengan tandatangan beberapa ulama yg menyokong pendapat itu. Karya tantawi menjadi santapan ambo masa kat sana utk isu terkini selain karya qaradawi

Sayangnya buku2 yg ambo bawa dari kaherah musnah dalam bah kuning 2014 dulu.

Tiada ulasan: