Selasa, 23 April 2019

Syeikh Muhammad sayid tantawi (2)


Ada lagi beberapa fatwa beliau yg dianggap kontroversi. Contohnya lagi dalam isu pengebom berani mati di Israel. Fatwa beliau berbeza dgn fatwa syeikh qaradawiy.

Pernah berlaku semasa menunggu khatib berkhutbah di jamik al azhar. Selepas azan pertama, kami x nampak siapa khatib walaupun kami berada berhampiran mimbar. Biasanya khutbah akan disampaikan oleh imam masjid, pensyarah, rektor, mufti besar atau sesiapa sahaja yg berkelayakan. Pada hari tu bunyi jer salam sebelum azan kedua dialunkan, kami perasan rupanya khutbah akan disampaikan oleh syeikh tantawi.

Pada masa itu, ada beberapa senior kita terus bangun, amik kasut di rak dan terus keluar dari masjid al azhar ke masjid husin (seberang jalan jer). Ambo x pasti khutbah tu ada siaran langsung atau tidak, dan ambo x pasti samada ada masyarakat tempatan perasan atau tidak. Bimbang juga kalau2 boleh timbulkan prasangka buruk. (senior yg keluar dari masjid tu cukup x suka dgn fatwa rantai).

Pernah dulu masa naik bas, pelajar asing di kaherah bayar duit tambang dan kemudiannya dapat duit baki, wang kertas yg koyak rabak. Pelajar berkenaan minta tukar sebab duit tu buruk dan terkoyak namun x diendahkan. Then pelajar tu koyak wang tu lalu dipijaknya. Perbuatan tu dilihat oleh sebahagian warga Mesir. Mereka menegur perbuatan pelajar tu, katanya boleh ditafsirkan sebagai menghina negara mereka. Ada hukuman yg keras. Dan kalaulah ada mata gelap dalam bas tu akan panjang ceritanya. Pelajar tu minta maaf dan kes tu selesai di situ.

Walaupun ada yg kontroversi, namun kami tetap menghormati syeikh tantawi. Karyanya tafsir alwaseet dikatakan ditulis dalam masa hampir 10 tahun. Melibatkan hampir 7000 halaman. Begitu juga banu Israel fi AlQuran, menjadi rujukan ambo utk informasi ttg bani Israel.

Beliau meninggal di riyad dalam 2010. Moga Allah merahmati beliau dan kita semua

Tiada ulasan: