Rabu, 17 April 2019

Kisah bacaan AQ sebelum subuh


Masa tahun2 terakhir ambo di kaherah. Ambo menginap di asrama Malaysia abbasiah. Amik nama menginap sebab tuan selalu menghilang.

Biasanya bila dekat nak exam musim panas, ada subjek AlQuran. Ada beberapa juzuk yg perlu dihafal. Orang kata, kalau nak hafal AQ betul2, biarlah hafalan kita dibaca dalam solat sunat. Bacalah dalam rakaat kita setakat mampu. Setengah juzuk, sesuka juzuk atau setakat mampu. Bila boleh dibaca lancar dalam solat sendirian, insya Allah bila di luar solat kita akan lebih mengingatinya.
suatu malam sebelum subuh, rasanya 30 minit sebelum subuh, ajk surau kami dah pasang alunan bacaan sudaisiy n khalil husayriy. Bacaannya agak kuat, maybe bertujuan nak bangunkan kami. Ditambah dgn keheningan waktu tu, bunyi agak kuat namun jelas dan mengganggu ambo yg sedang tasmik. Juzuk bacaannya hampir dengan tempat yg ambo sedang tasmik. Memang mengganggu. Hati ambo lebih mengikuti bacaan sudaisiy/husayriy berbanding lidah ambo.

Akhirnya ambo tulis nota. Letak dalam bilik ajk surau. Minta jangan sesekali alunkan bacaan sebelum subuh. Waktu tu biasanya waktu emas. kami semua dah bangun. Ada yg study. Ada yg tasmik. Ada yg solat. Bacaan AQ tu walaupun bagus tapi mengganggu....

Tiada ulasan: