Masa zaman belajar kaherah dulu, pengalaman solat Jumaat atas jalan,
tepi bangunan, tepi kereta keldai yg jual buah adalah perkara biasa.
Samada kita pergi lewat (lewat maknanya apabila ke masjid selepas azan
pertama dialunkan) atau kerana masjid sempit. Termasuklah solat Jumaat
dalam bangunan rumah flat yg dindingnya mengherot dengan kiblat.
Kekadang tu ada 2 masjid yg buat solat Jumaat terletak berdekatan.
seberang jalan jer. Sama2 buat solat Jumaat dan sama2 berkhutbah. Memang pelik dan agak berbeza dgn apa yg kami lalui masa kat msia.
Suatu ketika ada masjid baru buka. Bawah bangunan. Kiranya tingkat
bawah tanah. Sempit jer. Rasanya ada dalam 20 garisan saf. Kedudukannya
herot betul dgn kiblat. Bentuknya kalau x silap macam heksagon.
Apabila ambo melangkah masuk ke dalam, jemaah x ramai lagi. Rasanya x
sampai 20 orang. Ada teman semalaysia kami dah rasa tak sedap hati sebab
tak cukup bilangan 40. Memang kami bilang ahli jemaah termasuk kami
anak Melayu rasanya lebih sedikit daripada angka 20. Ada yang dah
berbisik, kalau x cukup 40 ni aku nak ke masjid seberang jalan. Rasanya
masjid kat seberang jalan jaraknya x sampai 100 meter jer
Bila
khatib memulakan khutbah, jemaah masih lagi x ramai. Ada teman kami
bangun lalu bawa kasut terus keluar masjid seterusnya menyeberangi jalan
utk ke masjid jamik yg berhampiran. Kami tetap teruskan solat Jumaat.
Rasanya masa solat pon jemaah x sampai 40 orang.
Pengalaman yg kami
tak alami lagi sepanjang berada di Malaysia. Memang pelik, namun bila
merantau, kita akan temui figh yg sedikit berbeza dgn kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan