Khamis, 3 Disember 2020

Teguran seorang tanpa Nama...

teguran seorang tanpa Nama...
 
Ustazku pernah bercerita ttg kisah seorang ulama besar yg sedang berjalan melalui jalan yg licin. Beliau berjalan dgn cukup berhati hati bimbang terjatuh. Perlahan lahan beliau melangkah. Perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang budak. 
 
Lalu budak tersebut berkata, tuan guru nampaknya cukup berhati-hati berjalan melalui jalan yg licin bimbang takut terjatuh. kalau terjatuh sekalipon, tuan guru mungkin Luka, lebam keseorangan je. Akan tetapi Tuan guru mesti lebih berhati-hati apabila mengeluarkan fatwa. Kalau tersilap, tuan guru bertanggungjawab Di hadapan Allah Dan kesannya kepada umat cukup besar.
 
Menangis tuan guru berkenaan mendengar nasihat daripada seorang budak..
 
Moral: bersedia menerima pandangan Dan nasihat walaupun daripada seorang budak, orang yang tiada gelaran Dan nama

Jumaat, 12 Jun 2020

persiapan menghadapi kematian

Syeikh al-Arifiy dalam kitabnya mengatakan bahawa antara persediaan yang kita perlu lakukan untuk menghadapi kematian ialah:

 

1)      Berusaha melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya

Perkara yang terpenting ialah menjaga akidah dan tauhid kita, bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW ialah rasulullah. Tiada guna jika banyak melakukan kebaikan namun akidah kita songsang atau melakukan perbuatan syirik kepada Allah.

Kemudian berusahalah untuk menjaga perkara yang sudah dimaklumi seperti menjaga solat, zakat, puasa Ramadan, haji dan sebagainya meliputi hubungan dengan Allah dan sesama makhluk

 

2)      Banyak mengingati mati

Apabila kita banyak mengingatkan kematian, apa yang akan kita hadapi selepas mati, soal jawab dalam kubur, mahsyar dan sebagainya kita akan lebih bermotivasi untuk melakukan amal ketaatan kepada Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

3)      Taubat nasuha

Taubat hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh meliputi segala syarat-syaratnya. Dalam hubungan dengan Allah, ada 3 syarat taubat iaitu berhenti daripada melakukan maksiat, berazam untuk tidak lagi melakukannya dan menyesal atas kesalahan yang kita lakukan. Jika melibatkan hubungan sesama manusia, selain daripada 3 syarat di atas ada tambahan. Tambahan daripada 3 di atas iaitu hendaklah memohon kemaafan daripadanya dan kalau ia berkaitan harta, hendaklah memulangkan hartanya dan seumpamanya

4)      Bersangka baik terhadap Allah

Setelah kita melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya dengan bersungguh-sungguh, hendaklah kita mengharap keampunan Allah dan bersangka baik terhadap Allah. Jangan sesekali kita merasa putus asa daripada rahmatNYA. Contohnya jika kita berasa terlalu banyak maksiat dan kesalahan yang kita lakukan, kita merasa bahawa Allah tidak mungkin akan mengampuni kita. Atau kita merasakan bahawa Allah tidak menyayangi kita. Sesekali jangan bersangka demikian. Ada ayat al-Quran yang menyebut jangan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah (mafhum ayat).

 

5)      Sedekah

Banyakkan bersedekah. Kata para ulama harta kita sebenarnya ialah apa yang kita belanjakan pada jalan Allah. Sementara harta yang kita simpan, boleh jadi ianya bakal menjadi milik pewaris kita. Justeru itu, banyakkanlah bersedekah. Mudah-mudahan sedekah kita terutama sedekah jariah akan sentiasa mengalir pahalanya walaupun kita telah tiada

 

6)      Tulis wasiat

Wasiat ada hukumnya yang tersendiri, tulislah wasiat. Semoga wasiat kita akan menjadi asbab mengalirnya pahala kita walaupun kita telah tiada

 

Sumber:

1)      Al alam al akhir oleh syeikh al arifiy

2)      Youtube halaqah abu anas madani (alam akhirat)

3)      Beberapa laman sesawang lain seperti web mufti WP dan sebagainya

Rabu, 10 Jun 2020

si fakih yang jahat

guruku pernah bercerita ........

ada suatu kisah bagaimana seorang insan kehilangan barangan miliknya lalu beliau berdoa Ya Allah semoga barang aku yang jatuh (hilang) itu tidak ditemui oleh orang fakir dan orang yang fakih.
fakih maknanya orang yang tahu atau mengerti tentang hukum hakam agama. fakir pula bermaksud orang yang memerlukan, miskin dan seumpamanya. 

Doa lelaki berkenaan tentang orang fakir mudah difahami kerana logiknya orang fakir amat berhajat. kalaulah barangannya dijumpai oleh orang fakir secara logiknya barangan tersebut akan diambil oleh si fakir. maka logiklah kalau lelaki tersebut berdoa supaya barangannya yang terjatuh tidak dijumpai oleh si fakir kerana si fakir pasti akan mengambilnya

bagaimana pula dengan fakih? kenapa lelaki tadi berdoa supaya barangannya yang hilang itu tidak ditemui oleh orang fakih.

apabila ditanya, lelaki berkenaan menjawab aku bimbang hartaku akan ditemui oleh si fakih kerana orang fakih akan mempunyai banyak alasan. jika seorang yang mengerti tentang hukum agam namun tiada sifat warak, tiada sifat takutkan Allah pastinya akan mempunyai banyak alasan untuk mengambil harta aku, maka aku berdoa supaya harta aku yang terjatuh itu juga tidak ditemui oelh si fakih.

Moral: orang yang cerdik, pandai, tahu hukum, celik undang-undang namun jahat sebenarnya merupakan bala yang terbesar. mereka dapat menggunakan kelebihan, ilmu, daya fikir dan bakat yang mereka miliki untuk memanipulasi sesuatu fakta, harta dan sebagainya untuk kepentingan diri sendiri. moga kita semua dijauhkan daripada sifat demikian