Sabtu, 29 Mei 2021

Kenangan Kaherah (2)

 

Kenangan Kaherah (2)

Masa memula sampai, kami perasan orang di sekeliling kami semuanya besar dan tinggi. Hatta yg pompuan pon agak kasar, tinggi dan selalu berjalan dgn cepat. Yg laki tak usah cakap la. Kalau kita buat jalan cam biasa, melenggang nak ke kedai maknanya selalu tertinggal. Selalu jer org potong masa berjalan. Lama kelamaan kita pun akan terikut. Selalu jalan laju. Balik msia baru perasan rupanya cara kita berjalan agak laju. Oleh kerana selalu berjalan cepat, ambo lebih suka pakai kasut sukan. Atau kasut jenis tapak lembut. Takder la kasual cam nak kerja. Ada juga yg pakai kasut sebegitu tapi rasanya kawan2 sekeliling ambo lebih suka pakai kasut sukan. Jalan kaki dan naik tangga tu dah jadi kebiasaan kami. Kiranya itulah senaman kami yg jenis tak bersukan, tak main bola ni. 

 

Pengangkutan utama kami ialah bas awam. Biasanya tambang antara 25 sen (ambo guna perkataan sen untuk syiling ya). Ada yg 50 sen.  Kekadang naik teksi tapi jarang sebab agak mahal. Bas kat sini ni kalau driver nampak lelaki muda dia jarang berhenti pegun. Biasanya dia hanya perlahankan bas dalam 10-20 km dan kami akan kejar. Nak turun pun sama. Tak sampai seminggu ambo dah jatuh masa nak turun bas. Ambo terjun macam nak terjun sungai dengan kedua dua kaki landing atas pasir tebal kat tooba elramly. Terguling atas pasir tapi alhamdulillah takder sebarang luka. Driver yg tengok tu senyum jer kat kami. Sampai hari ni asybal quds selalu ketawakan ambo bila sebut kisah tu. Rupanya ada cara nak lompat naik dan lompat turun masa terjun bas. Masa nak naik kami kena lari-lari seiring dengan kelajuan bas, sebelah tangan dah mula pegang besi pintu bas dan terus lompat naik. Masa nak turun jangan sesekali terjun kedua dua kaki macam terjun tiruk kat sungai. Tergulinglah jawabnya. Kena terjun dan lari lari anak untuk perlahankan momentum tu. Senior kami dulu pernah cerita, ada kawan kami yang lompat turun bas dan entah camana laju sangat agaknya, tak sempat brek sampai rempuh kedai buah. Ada juga yang rempuh polis yg kebetulan ada kat tepi jalan. Sampai terduduk polis tu. Skill sebegini kami takleh nak buat dah bila balik msia. Ha ha ha. Bila kami dah pandai, selalu jer lari, kejar dan lompat samada nak naik atau turun bas. Dah macam habit pulak. Itu sebabnya ambo lebih suka pakai beg sandang belakang macam budak sekolah rendah pakai. Biasanya kami akan sangkut kat depan kalau dalam bas atau area padat. Bimbang juga kalau ada penyeluk saku. Kalau tempat yg clear, kami akan sandang kat belakang. Item wajib dalam beg ialah pakaian bersih, senang nak solat kalau singgah kat mana mana dan buku. Sampai skang ambo masih selesa memakai beg begitu. Bezanya skang ada laptop je.

 

Suasana dalam bas tu cam sardin. Selagi muat, naiklah. Naik setakat mampu terutama waktu puncak macam pagi nak pergi kuliah dan masa lepas zohor bila balik. Kalau ada yg terpaksa letak kaki sebelah kat dalam bas sambal tangan memegang erat palang besi dalam keadaan kaki sebelah kat luar tu terpaksa tahanlah. Nak buat camana. Rasanya kalau kapasiti bas tu 40 orang, kalau dah cam sardine tu agaknya mencecah sekali ganda. Tak pernah lagi kena tahan polis atau JPJ kat sini kerana muatan lebih. Biasa kalau musim sejuk takla terasa sangat. Tapi kalau musim panas tu terasa jugak bahang panas dan ada sedikit bau kurang menyenangkan. Dalam bas, ada yg baca quran kecil. Ada yg baca kertas kertas nota. Kerap juga kami terserempak dengan pensyarah kami dalam satu bas.

 

Masa tahun tahun akhir ambo, dah ada bas berhawa dingin yg melalui kawasan kaherah Giza muhandisen. Tak silap tiket dalam 2 pound. Bas akan melalui kedutaan besar Malaysia kaherah di Giza. Kalau ada urusan melibatkan kedutaan, kami akan naik bas ni yang menyusuri laluan tebing sungai nil. Masa dalam bas, ambo perasan betapa rendahnya tebing sungai nil di belah Giza. Agaknya dalam 1 atau 2 kaki jer tebing sungai nil. Agak sentimental melihat air di tebing nil yang beroleng-oleng.

 

Tiada ulasan: