Kenangan kaherah (1)
Masa zaman belajar dulu, senior selalu pesan. Tolong Jaga mulut. Jangan sesekali sembang besar, atau sebut benda yg tak sepatutnya. Kita penuntut ilmu, dalam musafir, insya Allah mungkin ada doa kita yg makbul. Walaupon tanah kaherah tak seperti haramayn yg mmg ada Nas sebut kelebihannya, walaupon tak seperti tanah Sham yg disebut Dalam hadis, namun tanah Nil ini menjadi saksi perjuangan para Nabi Dan Salihin sebelumnya
Teringat kisah senior. Dia agak anti dengan sebuah negeri. Katanya org negeri berkenaan kedekut, tangkai jering, terlalu berkira n etc. Tak sampai setahun, dapat jodoh dengan akhawat dari negeri berkenaan. Jodoh katanya. Hmmm
Ada senior lain lak yg dah berusia. Sebelumnya belaja kat Pakistan. Sebelum tu sempat berkerja buruh kasar kat singapura. Masa exam tahun 1 lulus jer. Dah Ada asas. Naik tahun 2, org Tanya Kenapa tak membaca. Dijawabnya takper tak membaca pun sebab dah tahun 2. Biasanya tahun 1 yg paling struggle. Keluar rizat dia gagal 4 subjek Dan kena mengulang 4 subjek berkenaan sahaja. Masa tahun 2 mengulang, dia hanya lulus 1 subjek jer. 3 subjek lagi terpaksa mengulang tahun 2 utk Kali ketiga. Tahun seterusnya dia berjaya tapi agak heret dada. Dia selalu menyebut kisahnya kepada ambo dan menasihati ambo banyak berdoa kat sini.....
Jumaat, 28 Mei 2021
Kenangan kaherah (1/2021)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan