Isnin, 31 Mei 2021

Kenangan Kaherah 1997-2002 (4)

 

Kenangan Kaherah (4)

 

Masuk musim sejuk, perut mudah berasa lapar. Ambo ingatkan perut ambo jer mudah lapar rupanya orang lain pon sama. Kalau yang jenis pandai dan rajin memasak, musim sebeginilah waktu untuk mengeluarkan segala ilmu dan petua di dapur.

 

Masa era awal kat kaherah, rasa susah juga nak makan. Memilih juga. Tgk kacang foul (macam kacang panggang kalau kat msia ni) tu terkenang macam2. Masa panas kacang foul tu elok jer tapi bila dah sejuk mula teringat kat benda lain. So kami tak makan (waktu tu). Kami akan masak dengan menu Malaysia yang kami pandai. sup, tomyam, gulai biasanya. Kalau ada yg pandai buleh buat menu ayam kicap, ayam masak merah n etc. Apa yang ada itulah kami makan. Asalkan halal dan tak mudarat. Kami geng junior yg tak pandai ni akan jadi pembantu dulu kat dapur. Bila dah pandai skit2, kami akan buat jadual memasak. Masaklah asal buleh makan.

 

Beras ada jer tanam kat sini. Beras arab. Kalau tak silap ambo, bentuknya sedikit pendek jika nak banding dengan beras kita dan rasa macam pulut. So kami tak makan sangat beras tu. Kami beli beras jenis beras Filipina (kalau tak silap). Tak la sama 100% dengan beras kita, tapi jika nak banding dgn beras arab tu lebih sedap beras Filipina ni. Ni masa peringkat awal, belum masuk zouq arab lagi. Masih memilih makanan. Jiwa masih berjiwa Malaysia. Masih teringat nasi kerabu, nasi berlauk.

 

Kalau buat sup tu biasanya dah ada bekalan sup bunjut tu dari Malaysia. Utk tambah rasa dalam sup, kami akan masukkan kiub ayam. Kat sini senior panggil kepala ayam sebab biasanya kiub ayam tu ada gambar kepala ayam. Brand apa tak ingat dah. So kalau sup bunjut tu dah kurang rasa kami masukkan kepala ayam tu dalam sup. Kekadang ada ajinomoto. Ada sesiapa kalangan kami yg ke Mekah buat Haji atau umrah, mereka akan beli ajinomoto dan jual kat komuniti kita kat mesir

 

 

Kekadang kami masak tomyam. Tomyam dah sedia ada dari msia dalam bentuk packet. Kadang tu ada yg bawa daun limau. Masuk dalam tomyam. Ada juga kalangan kami yg guna daun limau berkali kali sampai dah takder rasa atau bau. Selagi buleh guna kami guna jer sebab benda tu takder kat sini. Kami masukkan juga serai batang ke dalam tomyam. Serai tu ada senior tanam kat mesir dalam pasu dan letak kat beranda. Biasanya geng yg dok di luar kaherah. Mereka tanam serai dalam pasu. Ada juga arab tempatan yang tanam dan jual serai batang kepada kami pelajar asia tenggara. Entah sapalah yang ajar dia tanam serai dan jual balik kat kami. Ambo tak begitu pandai bertani. Namun ada di kalangan kami yang biasa bercucuk tanam selalu sebut cemburu dengan tanah mesir. Tanahnya hitam dan subur. Tak perlu sangat baja. Cuma perlukan air. Kaherah ni pulak lokasi bermulanya delta Nil yg subur.

 

Kalau gulai kami beli kelapa parut. Masa tu sekilo hampir 20 pound. Kiranya agak mahal. Oleh kerana mahal kami gantikan kelapa dgn susu. Kekadang kami masukkan susu segar yg dalam kotak. Ada tertulis UHT. Kadang kami tak kisah ada UHT atau tak.  Kadang kami masukkan susu segar yg penjaja jual dgn motor. Susu tu biasanya kami rebuskan dulu then masukkan dalam gulai sebagai ganti kepada santan. Kalau takder semua tu, kami buat ala koboi jer. Makan gulai takder santan atau takder susu. Habis jugak. Kenyang jugak. Biasala geng bujang ni

 

Susu yang penjaja jual ni susu asli (haleeb). Tak pasti samada susu lembu atau susu kerbau. Harganya seingat ambo dalam 2 pound je utk sebungkus. Tak pasti lak sebungkus tu seliter atau tak. Penjual biasanya naik motor dan ada balang besi berisi susu tu kat kiri kanan motor. Motor jenis apa tak ingat dah. Yang pasti bukan jenis ex5 atau modenas. Ala ala RXZ motor tu.

 

Dok kaherah ni akses kepada ikan agak sukar jika nak banding dengan ayam atau daging. Ikan dalam tin macam mackerel, salmon tu ada jer. Kedai jual ikan bakar pun ada tapi kena keluar duit lebih. Kalau nak beli ikan kena naik bas ke tempat macam Sayyidah Zainab atau Souq el-Obour. Sayyidah Zainab ni dah ke selatan. Kalau tak silap hampir sejam jugak dalam bas jika nak ke sana. Kalau naik bas kami akan lalui tempat pengajian kami atau kawasan sekitarnya. Then amik bas lain ke Sayyidah Zainab. So tempat ini biasanya mudah untuk kami akses jika banding dgn Souq el-Obour. Lepas kelas, kami keluar dan beli ikan kemudiannya balik. Kawasannya agak padat dan bandar lama. Ambo tak pasti jarak antara Sayyidah Zainab dgn Fustat (misr al-qadimah). Fustat ni area asal yg menjadi perkhemahan tentera zaman Amru al-As masa buka Mesir dullu. Kalau nak bayangkan Sayyidah Zainab, areanya macam pasar borong kat tempat kita. Pasar terbuka, ada orang jual macam macam. Ikan dengan segala jenisnya, sayur yg pelbagai, pakaian dan keperluan lain. Ada juga yang jual dhab. Ambo tgk dhab hidup buat kali pertama kat sini. Ada juga yg jual binatang belaan. Tak tahu la camana skang, maybe dah maju. Ambo takleh nak citer banyak ttg pasar. Org laki ni bila ke kedai, beli apa yang nak then balik.

 

Jika nak ke Souq el-Obour, kami kena menghala ke utara. Ada senior yang ada lesen, mereka akan sewa kereta dan beli ikan banyak-banyak dan jual kembali kepada kami sekitar Nasr City ni. Ada juga yg naik kapcai ke sana. Beli banyak2 dan jual dalam komuniti kita. Ambo tak pernah sampai area ni walaupun ambo pernah tinggal dekat dengan Souq el-Obour masa tahun 3 (elmarg dgn Souq el-Obour tu tak jauh). Tapi khabarnya tempat ikan tu agak besar jika banding dgn Sayyidah Zainab.

 

Selain nasi, kami masak juga spaghetti dan macaroni. Ada macaroni bentuk macam tiub basikal. Ada yg bentuk macam hos bomba yang dipotong2. Kalau masuk rumah geng lelaki (ikhwah) ni masuk je dapur bila tengok siling ada nampak spaghetti atau macaroni kat siling. Mula tu tertanya juga, rupanya itulah cara nak tahu spaghetti atau macaroni tu dah masak/lembut atau tak. Masa dok rebus tu, ambil seurat spaghetti dan lempar kat siling. Kalau lekat kat atas tu maknanya spaghetti dah lembut dan buleh makan. Kalau jatuh maknanya kena rebus lagi, takleh angkat lagi. He he. Kekadang senior serumah ambo buat laksa penang guna spaghetti. Kuah ikan kami guna ikan sardine. Kiranya walaupon dok kat sini still dapat rasa makanan Malaysia

 

Untuk peneman study waktu malam, kami sediakan roti fino bersama cheese atau lensyun. Roti fino ni macam roti burger kat tempat kita cuma bentuknya panjang macam roti oblong. Kekadang ada yg jenis ada biji kat atas roti tu (ambo tak ingat biji apa dah). Tapi kami beli roti fino yang takder biji sebab ada senior cakap masa buat roti, arab akan masuk biji tu dalam mulut dan main sembur atas roti then masuk oven. Geli tekak juga ambo dengar. Tak tahula betul ker tak sebab ambo tak pernah lihat. Apa yang ambo penah lihat ialah kedai dobi yang jalankan khidmat gosok baju pelanggan. Ambo tgk arab tu masukkan air dalam mulut then sembur pakaian tu sebelum gosok. Lensyun ni daging sosej saiz besar. Kami beli dalam 2 atau 3 pound. Pekedai akan hiris nipis2. Saiznya hampir sama dgn roti burger atau lebih besar. Kira Bahasa mudahnya lensyun ialah hirisan daging sosej bersaiz sama besar dgn roti burger. Kami kepit dengan roti fino dan makan.    

 

3 bulan pertama dok mesir, ambo masih tak makan eish baladi. Ambo nampak roti tu arab letak jer atas meja makan kat kedai. Takder lapik. Takder pinggan pon. Rasa macam kotor lak ha ha. Kadang tu ada yang letak atas kayu junjung atas kepala sambal berbasikal. Kalau jatuh eish baladi tu, arab akan kutip, tepuk2 dan letak kembali atas kayu tu. Harga roti eish baladi ni 5 sen jer. Roti subsidi. Kalau beli roti eish pon ambo beli jenis shamiy. Roti shamiy ni maybe kalau kat msia macam roti puri atau roti nan. Harganya 25 sen sebiji. Warna pon cantik. Putih jer roti. Nampak bersih jer. Kononya la ha ha

 

Begitu juga torshiy. Torshiy ni sayur jeruk. Ada carrot, ubi, lada, timun dan macam macam sayur yg dijeruk. Rasanya masam campur masin. Kalau takder selera kami ratah toushiy jer (ambo mula makan roti sebagai ganti nasi dan street food arab mula era elmarg di tahun 3). Biasanya letak dalam tong. Bila ada pembeli nak tourshiy, pekedai arab akan celup tangan dia kat dalam tong amik tourshiy tu. Main pakai tangan jer. Tu yang buat ambo takleh nak makan lagi benda sebegitu masa era awal. Masih takleh nak join lagi. Masa ni sebab ambo tgk cara penyediaan makanan, cara pembuatan oleh arab ambo rasa takleh nak telan. Ada juga tourshiy di jual di kedai runcit. Ada juga yg telah dipek dalam plastik elok2. Ambo makan jenis ni masa mula tu. Tapi tak banyak. Kononnya tak sedap.

 

Sesekali persatuan negeri anjurkan pasaria. Kami kena beli kupon dan membeli. Penjual kat pasaria ni student kita semuanya. So menu yg dijual semuanya menu Malaysia. Cuma yg berbeza ialah masakan minang, masakan jawa, masakan kedah n macam2 negeri. Kerja ambo ialah tawaf pasaria cari makanan sedap. Ha ha ha.

 

Ringkasnya menu makanan ambo masa tahun pertama masa kat rumah masih kemalaysiaan. Kebetulan ada senior serumah yang pandai memasak. Ambo tukang makan jer. Ambo datang ke kaherah dengan berat badan 65kg. musim sejuk pertama yang kami tempuhi, dah naik 2-3 kg.

 

Tiada ulasan: