Ahad, 30 Mei 2021

Kenangan Kaherah (3)

 

Kenangan Kaherah (3)

MUSIM SEJUK PERTAMA 1997

Ambo sampai ke tanah mesir pada September 1997. Masa tu cuaca rasanya sama jer dgn Malaysia. Beberapa minggu kemudian, cuaca dah mula sejuk. Arab tempatan dah mula pakai vest kat luar. Kalau ikut kaedah yang senior kami cakap. Bila tengok arab pakai vest tu kita dah buleh mula pakai windbreaker atau sweater.

 

Matahari dah mula suram. Cuaca pun redup jer. Kekadang hujan turun tapi hujan kat sini kalau sampai seminit tu dah kira panjang. Biasa hujan dalam sekitar bawah 30 saat jer kecuali tahun terakhir ambo pada 2002. Masa tahun 2002 tu hujan turun dalam tempoh hampir seminggu hingga langit kaherah kelihatan cantik. Sekali turun kadang tu sekitar 15 saat sahaja tapi berlarutan hingga seminggu ( ambo masih ingat kerana itulah detik hujan paling panjang yg ambi hadapi. Lebih kurang beberapa minggu sebelum dipanggil pulang). Hujan yang turun tu membawa bersama debu debu kotor, habis semua kenderaan akan kotor kerana debu. So kalau hujan kami akan lari cari tempat berlindung kerana ianya kotor.

 

Ambo pernah terbaca tulisan seorang pelajar malaaysia ttg pengalamannya belajar di purdue univ kat US. Bila musim sejuk, suasana cukup muram. Statistic bunuh diri peringkat kebangsaan agak tinggi bila masuk winter. So winter akan dipenuhi dengan tayangan filem komedi yang lebih ceria dan gembira. Itu keadaan kat sana masa zaman dia belajar (shah Ibrahim, budak meja belakang, pax amercana). Kat mesir ni ambo tak pasti statistic bunuh diri atau kemurungan.

 

Musim sejuk kat sini kalau tak silap bermula disember hingga februari. Takder la sejuk sangat tapi bagi orang cam ambo, dah cukup sejuk. Kalau kawan2 dari Caucasus macam Chechen, negeri negeri stan (krygstan, Uzbekistan, Tajikistan n etc…. popostan, gohek gostan, tjg rambutan tak masuk list ye), Turki, Rusia, Balkan, Britain biasanya mereka hanya pakai tshirt sehelai jer. Mereka kelihatan cukup selesa dgn cuaca sebegini. Kami ni kekadang dah mula tak selesa. Bernafas dan bercakap belah pagi macam naga (keluar asap kononnya).

 

Suhu paling rendah yang ambo pernah hadapi kalau tak silap sekitar 4-5 darjah celcius. Itu pun pada waktu pagi jer. Bila waktu zohor suhu meningkat sedikit ke paras 2 angka, biasanya sekitar 10-15c. Ada yang dah mula pecah bibir. Masa tahun pertama kami pakai lipstick musim sejuk untuk mengelakkan bibir daripada pecah atau berdarah. Masuk tahun kedua, agaknya tubuh kami dah mula biasa, kami dah tak guna lagi lipstick musim sejuk. Masa tahun pertama, mandi kena pakai air panas. Kami perasan kekadang geng senior mandi tak pakai air panas pun kecuali apabila eksiden (ni istilah kami guna utk yang bangun tidur mmg kena mandi sebelum solat. Ha ha ha). Lama kelamaan mandi pun selamba jer air paip di musim sejuk. Mandi sekejap jer, tak sampai seminit. Gosok cepat2 dan keluar tandas masuk selimut tebal kejap, itu waktu pagi. Kalau tengahari lama skit kami mandi. Yang menariknya kat sini takder la bau sangat macam kat negara kita walaupun mandi sekali sehari atau sekali dalam 2 3 hari.

 

Kebiasaannya kami akan pakai 5 lapis. Bermula dengan singlet untuk lapisan pertama. Kemudian untuk lapisan kedua kami pakai tshirt atau kemeja, kekadang lengan pendek dan kekadang lengan panjang. Tshirt pulak paling best pakai ialah jenis yang berkolar dan berwarna gelap macam hitam, merah gelap n etc . Buleh angkat kolar tu buat macam eric cantona kat MU. Then lapisan ketiga kami pakai vest musim sejuk. Lapisan keempat kami pakai sweater berlengan panjang. Lapisan kelima, paling luar biasanya kami pakai windbreaker. Ambo bawa windbreaker dari Malaysia dan Alhamdulillah boleh kembali bawa balik ke msia selepas 5 tahun. Ada juga rakan2 yang pakai jaket kulit. Biasanya jaket kulit ni dah cukup sekadar 3 lapis jer bersama singlet dan kemeja atau tshirt.

 

Untuk headgear, ada yang pakai serban dan selendang atas bahu. Ada yang pakai baju jenis hoodie. Kalau sejuk sangat belah pagi tu hoodie tu kat atas kepala. Ambo pula suka pakai tarbush yang kami panggil kopiah bawwab (bawwab bermaksud penjaga pintu). Kalau tak silap maher zain biasa pakai tarbush tu dalam video klip dia. 

 

Sebelum masuk musim sejuk, September atau oktober kami akan gunting rambut sehabis nipis. Nombor 1 atau 2. Ada yang botak terus. Kira bekalan untuk hadapi musim sejuk. Then kami tak akan gunting rambut lagi sehingga februari. Kekadang bila sejuk sangat terutama waktu awal pagi terasa bengang kepala dan buleh berdarah hidung. Itu yang kami kena pakai headgear sekalipun ketika tidur

 

Seluar pula, kami pakai 3 lapis. Lapisan pertama (atau kedua) ialah seluar getah yg dah kami sedia bawa dari msia, tak silap dipanggil stretching. Lapisan kedua kami pakai seluar sukan (seluar track) dan lapisan paling luar kami pakai seluar slack macam biasa. Kalau sauk jeans atau jenis kain khaki dah cukup 2 lapis samada pakai stretching atau seluar track. Bab stokin, pastinya stokin tebal bersama kasut sukan. Kekadang stoking tu kena pakai 2 lapis.

 

Waktu malam di musim sejuk ni agak panjang jika dibandingkan waktu siang. Ambo masih ingat Ramadan pertama tahun 1997 kami tempuhi ketika musim sejuk dan 3 minggu sebelum exam pertama ambo di bumi mesir. Kiranya waktu yang agak kritikal. Ramadan dalam keadaan persiapan hadapi exam. Apa yang seronok ialah jam 5 petang dah masuk maghrib. 6 lebih dah masuk isyak then bersahur jam 5-6 pagi. Zohor jam 11 dan asar jam 3 petang. Masa tu senior serumah ambo dah bagitau awal awal, kami tak bersahur. Biasanya sebelum tidur jam 12 atau 1 kami akan makan dan bangun untuk subuh jer. Kalau nak bersahur masaklah apa apa utk diri sendiri. Tak payah pedulikan kami kecuali untuk solat subuh jer. Ada juga abg senior yg bangun sekadar minum air sejuk jer. Ambil berkat waktu sahur. So ambo akan sediakan roti atau makanan dan bersahur sendiri. Makanan juga tahan agak lama. Lambat untuk basi. Cuma kalau roti tu cepat keras musim ni. Mula mula ambo rasa pelik juga. Larat ker puasa tanpa bersahur. Puasa lagi, then nak study lagi. Rupanya waktu puasa siang hari yang singkat memungkinkan kami berpuasa dalam keadaan bersahur sekadar minum air sejuk. Ramai juga senior kami yang berpuasa sunat sepanjang musim sejuk ni

Tiada ulasan: