Ahad, 18 September 2022

antara kata-kata hikmah khalil al-farahidiy

رجل يدري ويدرى أنه يدري
فذلك حكيم فاتبعوه

رجل يدري  ولا يدري أنه يدري
فذلك غافل فنبهوه

رجل لا يدري ويدري أنه لا يدري
فذلك جاهل فعلموه

رجل لا يدري ولا يدري أنه لا يدري
فذلك احمق فاجتنبوه

Lelaki yg bijak dan dia tahu bahawa dia seorang yg bijak, tanyalah dan ikutilah dia

Lelaki yg bijak tapi dia tidak tahu bahawa dia seorang yg bijak, sedarkanlah dia

Lelaki yg jahil, namun dia tahu dia jahil, ajarilah dia

Lelaki yg jahil tapi dia tak sedar dia jahil, jauhilah orang sebegini.

# Khalil alfarahidiy (guru sibawayh)

Jumaat, 16 September 2022

Ustaz Ismail Mahmood dalam kenangan (Ust Weil tok wali)

ustaz Ismail Mahmood dalam kenangan (Ust Weil tok wali)

Kat mesir dulu, ambo pernah dengar nama ustaz weil tok wali. Senior2 taraf otai selalu sebut nama ni. Ambo tanya kenapa. Mereka akan jawab bahawa ust weil ni masa dok kat mesir, beliau hanya kenal jalan untuk ke masjid, jalan ke kuliah (university) dan jalan untuk balik ke rumahnya. Begitulah kiasan tentang kesungguhan dan kegigihan beliau dalam menuntut ilmu.

Bila pulang Malaysia dan berjumpa senior azhariy yang taraf otai, ambo akan tanya tentang ust weil tok wali (masa ni ambo masih tak kenal beliau),  biasanya geng otai akan jawab Ust weil hanya peduli tentang pengajian dan pembelajarannya masa zaman belajar.

Ambo sempat bersama beliau menadah telinga utk subjek usul dan kaedah figh (al-ashbah wa al-nazair) di tanah Bangi. Subjek beliau ramai yang gagal. Hingga ada pelajar yang agak takut bila exam subjek beliau. Pernah dalam satu kelas, ambo sebut ustaz kena mudahkan kami untuk subjek usul feqh. Kami dah letih dengan Isnawiy (Asnawiy), Baydawiy era Dr Isa, Dr Abdul Fattah Syeikh kat kaherah dulu. Beliau mendengar keluhan ambo dalam kelas, beliau jawab exam senang jer.

Ada sekali masa dalam kelas, ambo sebut bahawa nama ustaz masih disebut di kalangan pelajar Malaysia di kaherah sebagai ust Weil tok wali. Beliau kelihatan tidak suka dengan panggilan Tu. Entahla

Ustaz pernah belajar kat pondok dan juga sekolah agama. Masa dok kat pondok, ustaz pernah bercerita tentang beliau yang agak was-was. Katanya beliau selalu membawa kain tuala untuk mengelap kaki bila naik ke surau. Beliau akan mengelap kaki beliau hingga kering sebelum masuk ke surau kerana was-was dengan najis di atas lantai surau. Dalam kejadian yang lain beliau juga pernah membawa sebaldi air, namun entah camana ada air yang memecik masuk ke dalam baldi beliau yang sedia berisi air. Beliau akan curahkan air tu dan isi semula. Namun penyakit was-was beliau hilang apabila beliau ke Mesir dan belajar fegh yang pelbagai mazhab. Katanya itulah ubat menghilangkan penyakit was-was iaitu belajar dan terus belajar merentasi pelbagai mazhab

 
Ada beberapa cerita pelik yang ustaz pernah sebut. Antaranya semasa daurah dengan sebuah kumpulan tarekat di masjid salih jaafariy kat darrasah. Ambo dah lupa guru kepada ustaz, maybe syeikh salih jaafariy atau maybe orang lain. Pernah dalam satu daurah, ada seorang lelaki yang hadir. Kesemua murid yang ada kat situ tak mengenali lelaki berkenaan. Apabila lelaki berkenaan keluar, guru mereka bertanya tahukah kamu siapakah lelaki itu? Anak2 murid menjawab tak tahu. Lalu guru beliau menjawab itulah Nabi Khidr.(1)

Ambo tinggalkan tanah Bangi, kembali menemani bonda di kampung. Ustaz dah pencen dan bertugas di Brunei. Beberapa tahun kemudian beliau kembali menabur bakti di Nilam Puri (KIAS). Tempat yang beliau pernah belajar dulu (YPTIK).

Beliau menelefon ambo, memberitahu beliau bertugas di Nilam Puri dan meminta ambo supaya datang berjumpa. Masa dia call ambo dulu, ambo pon terkejut, beliau masih ingat nama ambo berserta nama ayah ambo dengan tepat. Kami sempat bertemu di rumah sewa beliau rasanya 3 atau 4 kali. Ada sekali ambo bawa anak isteri datang berjumpa beliau.

Banyak kisah dan cerita yang dikongsikan namun biasanya ambo yang banyak tanya. Setiap kali bercakap, beliau lebih banyak menunduk dan diam. Beliau menjawab dengan ringkas dan tepat. Beliau juga apabila ditanya masalah feqh, beliau akan jawab tak tahu atau wallahu aklam terlebih dahulu. Kemudian barulah beliau jawab bahawa permasalahan ini pernah dibincangkan oleh ulama, dalam kitab sekian sekian, namun kita akan perasan jawapan pertama beliau ialah TAK TAHU. Kemudian beliau akan sandarkan kepada ulama atau berdasarkan kitab2.

Kadang tu ambo pun tak tahu nak cakap apa, nak tanya apa. Nak sembang pasal Barcelona nanti dia senyap pula. Nak tanya pasal ahliy Zamalek nanti dia senyum Dan senyap pula (ambo tak pernah lihat dia marah). Nak Tanya pasal ilmiah ambo beringat juga, kot Dia Tanya balik pasal mubtadak khabar, pasal ikrab, disruhnya ambo sambung matan2 kitab tak terjawab pula ambo. Sudahnya banyak senyap Dan diam

Rasanya Dalam tahun 2019 (atau 2018) ustaz call lagi. Minta datang jumpa beliau. Beliau Ada sebut nak tinggalkan Nilam Puri Dan kembali ke Selangor. Ambo hadir, Dan ituah perempuan terakhir Kami

Moga Dalam ampunan Dan rahmat Allah selalu. moga ilmu yg beliau curahkan akan menjadi jariah Dan diganjari oleh Allah SWT.

1) pasal Nabi khidr Tu Ada perbahasan yg panjang. Biarlah dulu

Ahad, 17 Julai 2022

hadis RS (kuliah maghrib)

 

Daripada Abu Musa ra beliau berkata:” Rasulullah SAW bersabda barang siapa melewati salah satu masjid kami atau pasar kami sedangkan dia membawa anak panah hendaklah ia memegang hujungnya dengan tangannya agar tidak terkena salah seorang dari kaum Muslimin”. Muttafaq alayh

1)      Hadis ini menyebut bahawa kalau kita berada di tempat awam dalam keadaan membawa senjata (seperti anak panah sebagaimana dalam hadis) atau barang berbahaya, kita hendaklah beringat dan berhati-hati supaya senjata berkenaan tidak memberi mudarat kepada orang lain.

 

2)      Hadis menyebut supaya memegang hujung anak panah dengan tangan supaya tidak membahayakan orang lain

 

 

3)      Orang tua kita cukup marah apabila kita bergurau dengan menggunakan senjata tajam. Contohnya menghunus keris, pedang, parang dan sebagainya ke muka orang lain dengan tujuan bergurau. Perbuatan ini cukup biadap. Rupa-rupanya perbuatan bergurau sebegitu dilarang oleh Nabi SAW

#sebahagian daripada kuliah maghrib berdasarkan kitab Riyad al-Salihin (RS)

Selasa, 12 Julai 2022

hadis RS

Daripada Abu Umamah Ilyas Bin Thaalabah al-Harithiy bahawa Rasulullah SAW bersabda:” barang siapa mengambil hak seorang Muslim dengan tangan kanannya maka Allah telah mewajibkan neraka baginya dan mengharamkan syurga untuknya.” Seorang sahabat bertanya:” meskipun barang itu sedikit wahai Rasulullah?”. Jawab baginda SAW.” Meskipun sebatang ranting kayu untuk bersiwak”

Hadis riwayat Muslim

Sabtu, 19 Februari 2022

Abaikanlah 3 golongan ini

 Guru Kami pernah berpesan, abaikanlah 3 golongan ni. Jangan amik hati atau berkira sangat dengan mereka


1) golongan pertama ialah kanak-kanak. Mereka belum baligh lagi, belum boleh dibuat kira lagi. Justeru itu, perkataan atau cerita kanak-kanak perlu diselidiki terlebih dahulu.

Pernah terjadi suatu kisah, seorang murid balik ke rumah lalu bercerita kepada Ibu bapanya dia dirotan oleh guru. Sampai berparut di tangan atau lengan. Ada kesan lebam. Lalu beranglah ayahnya. keesokan hari, ayahnya datang ke sekolah dan bertanyakan guru dengan sedikit emosi. kemudian para guru memanggil anaknya dan bertanyakan perkara sebenar. maka anaknya pun memberitahu keadaan sebenar. parut dan lebam sebenarnya berpunca daripada beliau yang bergaduh dan bertumbuk dengan rakan. cuba kita bayangkan kalau si ayah terus menumbuk guru anaknya tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara sebenar. 

2) golongan kedua ialah orang gila. jangan ambil serius sangat dengan golongan ini. sesetengah orang tua menggelar mereka sebagai dapat lesen besar. orang yang dapat lesen besar ini biasanya kalau melakukan sebarang kesalahan, mereka akan dihantar ke rumah atau hospital orang gila

3) golongan terakhir ialah jin atau syaitan. kita tidak nampak mereka. mereka mungkin benar dan sebaliknya mungkin salah. mereka juga mungkin menipu kita. teringat pulak pengalaman ambo yang pernah membawa teman ke dar shifa bangi, perawat ada bertanyakan beberapa soalan kepada teman ambo. kemudian teman kami bertanyakan soalan tertentu kepada perawat dar shifa bangi. perawat berkenaan siap berpesan jangan terlalu percaya kepada kata-kata pesakit atua bisikan tertentu. apa yang penting kita berikhtiar dan berdoa kepada Allah moga diberi kesembuhan.

Isnin, 14 Februari 2022

Ringkasan kisah hutang Zubair bin Awwam

 Ringkasan kisah hutang Zubair bin Awwam

1)      Zubair Awwam memanggil anaknya Abdullah lalu menyampaikan wasiat atau pesanan jika beliau meninggal dalam Perang Jamal, Abdullah hendaklah menguruskan harta dan hutang beliau. Beliau juga ada meninggalkan wasiat tertentu untuk dilaksanakan oleh Abdullah

 

2)      Zubair meninggal dalam Perang Jamal. Beliau tidak meninggalkan sebarang dinar atau dirham namun beliau mempunyai harta dalam bentuh tanah dan rumah di pelbagai tempat seperti Madinah, Kufah, Basrah dan Mesir

 

 

3)      Zubair bin Awwam bukanlah seorang peniaga atau gabenor. Beliau seorang mujahid (tentera) yang sering berperang bersama Rasulullah SAW. Namun beliau seorang yang jujur dan amanah. Oleh kerana kejujurannya, terdapat sebilangan orang yang menyerahkan harta kepada Zubair untuk dijaga oleh beliau. Walau bagaimanapun Zubair meminta kepada orang yang ingin menyerahkan harta untuk dijaga oleh beliau menjadi hutang. Justeru itu, harta tersebut boleh diurusniagakan atau dilaburkan oleh Zubair sebaik mungkin. Harta yang menjadi pinjaman oleh Zubair digunakan untuk membeli tanah.

 

4)      Apabila Zubair meninggal, hutang yang ditanggung oleh anaknya berjumlah 2.2 juta lebih (tidak disebut samada dinar atau dirham). Abdullah telah menjual harta2 ayahnya dan mendapat hasil jualan hampir 50 juta. Di antara harta tersebut ialah tanah di Madinah yang dipanggil al-ghabah. Al-ghabah telah dibeli oleh Zubair sebanyak 170000. Abdullah berjaya menjual tanah al-ghabah dengan nilai 1.6 juta

 

 

5)      Setelah selesai membayar hutang, anak2 Zubair yang lain memohon supaya diberikan kepada mereka hak mereka (faraid) namun Ibn Zubair enggan kecuali selepas 4 tahun. Beliau mengumumkan pada setiap tahun jika ada orang yang masih menjadi pemiutang terhadap ayahnya, sila datang berjumpa beliau untuk melunaskan hutang, akhirnya setelah 4 tahun pengumuman dibuat, barulah beliau membahagikan harta peninggalan ayahnya yang bernilai lebih 50 juta. Zubair mempunyai 4 orang balu dengan setiap seorang daripada mereka mendapat harta bernilai 1.2 juta.

 

Ini merupakan ringkasan daripada sebuah hadis yang dimuatkan dalam kitab riyad al-salihin di bawah tajuk perintah menunaikan amanah