Ahad, 17 Julai 2022

hadis RS (kuliah maghrib)

 

Daripada Abu Musa ra beliau berkata:” Rasulullah SAW bersabda barang siapa melewati salah satu masjid kami atau pasar kami sedangkan dia membawa anak panah hendaklah ia memegang hujungnya dengan tangannya agar tidak terkena salah seorang dari kaum Muslimin”. Muttafaq alayh

1)      Hadis ini menyebut bahawa kalau kita berada di tempat awam dalam keadaan membawa senjata (seperti anak panah sebagaimana dalam hadis) atau barang berbahaya, kita hendaklah beringat dan berhati-hati supaya senjata berkenaan tidak memberi mudarat kepada orang lain.

 

2)      Hadis menyebut supaya memegang hujung anak panah dengan tangan supaya tidak membahayakan orang lain

 

 

3)      Orang tua kita cukup marah apabila kita bergurau dengan menggunakan senjata tajam. Contohnya menghunus keris, pedang, parang dan sebagainya ke muka orang lain dengan tujuan bergurau. Perbuatan ini cukup biadap. Rupa-rupanya perbuatan bergurau sebegitu dilarang oleh Nabi SAW

#sebahagian daripada kuliah maghrib berdasarkan kitab Riyad al-Salihin (RS)

Tiada ulasan: