Bingkisan
Sebelum Tidur
Salam
Mawlidurrasul
Apabila
disebut nama Stadium Olympic Athens Greece, fan Barca akan selalu terbayangkan
suatu malam yg celaka bagi Barcelona. Malam yg anti-klimaks, bermula dari bola
yg gagal dialirkan melepasi garisan tengah, ditambah dengan counter attack
Milan yg menjadi, semuanya serba tak kena buat Barca. Barca hanya bermain bola
setelah result 0-4, apabila player Milan sudah mula berkampung di kawasan
sendiri.
Itulah
malam yg paling malang dalam sejarah final UCL (1994). Barca Dream Team Cruyff
tewas mudah 0-4 kepada AC Milan Fabio Capello di pentas akhir. Final yang
menjadi match terakhir buat penjaga gol Zubizareta. First Dream Team Barca
dengan tunjang Romario-Stoichkov akhirnya
berlalu. Setiap kali Barca berdepan dengan pasukan Italy, atau pasukan dengan
gameplay parking bus, igauan Final Greece masih terngiang-ngiang.
Begitulah
juga dengan teman2 kita yang dibesarkan di kawasan sawah padi, Sesekali
merentas melalui kawasan bendang akan terkenang jerit perih kenangan bersama
orang tua mereka dahulu. Kenangan semasa menabur padi, menyemai, menuai,
membajak, membuat jut dan bubu untuk menangkap sepat dan haruan pastinya akan terpahat
di ingatan
Begitulah
juga Rabiulawwal. Setiap kali kita melalui bulan Rabiulawwal, kita akan didendangkan
dengan peristiwa kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Kita akan sama-sama
berselawat, beranji dan sebagainya. Kebanyakan lafaz2 berzanji, bacaan rawi dan
sebagainya banyak menyebut tentang Baginda SAW.
Ada
sesetengah ulama yang agak keras dengan sambutan Mawlid. Mereka keberatan untuk
menyambut Mawlid kerana perkara sebegini tidak dilakukan oleh para sahabat dan
generasi Salaf. Ditambah pula dengan lafaz2 penceritaan dalam berzanji, baca
rawi berkenaan Nabi SAW yang kisahnya agak pelik dan riwayatnya banyak dipertikaikan.
Walau
bagaimanapun ada ulama yang menjadikan bulan Mawlid sebagai medan untuk
mengasah kembali semangat cintakan nabi SAW. Semangat untuk belajar dan
mengetahui peribadi dan akhlak Baginda SAW secara lebih mendalam. Kebiasaannya
dalam bulan ini mereka akan mengadakan pelbagai program sepeti forum, wacana,
ceramah dan sebagainya. Mereka menegaskan bahawa sebagaimana kita melalui Bukit
Uhud. Kita berhenti sejenak melihat dan menikmati pemandangan terkini Bukit
Uhud sambil membaca atau mendengar sesuatu ttg peristiwa yg pernah mengorbankan
syuhada di sini. Kemudian kita teliti dan ambil pengajaran daripada peristiwa
Uhud. Begitulah juga Badar. Kita ziarah Badar bukan hanya sekadar melihat dan menikmati
suasana terkini Badar bahkan lebih daripada itu untuk mengambil pengajaran dan
iktibar daripada peristiwa Badar al-kubra.
Begitulah
peristiwa Mawlid Nabi. Apabila kita melalui Rabiulawwal, kita akan mendengar cerita2
berkenaan Baginda SAW sambil mengambil teladan dan iktibar daripada peristiwa
besar ini. Cuma harus diingat, Rabiulawwal bukan sekadar bulan kelahiran Baginda SAW bahkan bulan ini juga
menjadi bulan kewafatan Baginda SAW. Itulah sebab kenapa sesetengah ulama lebih
suka menggelar bulan Rabiulawwal sebagai bulan memperingati Baginda SAW (hubbun Nabi)
Ada
ulama menukilkan bahawa khalifah Umar al-Khattab agak keberatan untuk menjadikan
Rabiulawwal sebagai bulan pertama dalam Takwim Hijrah kerana sebab ini (Bulan
kewafatan Nabi SAW) selain daripada mengelak menyerupai sesetengah mereka yang
menjadikan peristiwa kelahiran Jesus sebagai tahun permulaan takwim
Justeru
itu, marilah sama2 kita menzahirkan kecintaan kita kepada Baginda SAW dengan
memperbanyakkan selawat sambil belajar dan terus belajar tentang Baginda SAW.
Semua perbuatan, perkataan dan taqrir baginda menjadi perhatian ulama untuk
dijadikan hujjah dalam agama. Kerana Islam milik Allah, bukannya milik sesiapa.
Salam
Mawlidurrasul