Jumaat, 13 Oktober 2023

Bingkisan Sebelum Tidur (Hadis dari RS)

 Bingkisan Sebelum Tidur


Daripada Abu Usaid, Malik bin Rabiaah al-Saadiy, beliau berkata” ketika kami duduk bersama Rasulullah SAW tiba-tiba baginda SAW didatangi oleh seorang lelaki dari Bani Salamah. Lelaki tersebut bertanya Baginda SAW, apakah saya masih dapat berbakti kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia?” Baginda SAW menjawab: “Ya, berdoalah untuk keduanya ( al-solat alayhima), pohonlah ampunan untuk mereka, laksanakanlah wasiat mereka, hubungilah silaturrahim dengan teman2 ibu bapa kamu dan muliakanlah mereka.”

(Riwayat Abu Daud, ada perbahasan tentang status hadis ini. Ada ulama menilainya sebagai Daif dan ada sebahagian menilainya sebagai Hassan)

Ada 5 perkara (dalam hadis ini) yang menyebut amalan kebajikan yang masih boleh dilakukan oleh kita sepeninggalan ibu bapa kita iaitu

1.    Dalam teks asal, Nabi SAW sebut perkataan al-solat alayhima. Ada ulama menafsirkan perkataan al-solat di sini sebagai solat jenazah. Justeru lebih afdal bagi seorang anak untuk mengimami solat jenazah ibu bapa mereka yang meninggal dunia. Ada sebahagian ulama menerangkan bahawa maksud perkataan al-solat di sini ialah berdoa untuk mereka. Solat jenazah hanya sekali sedangkan perbuatan mendoakan ibu bapa yang telah meninggal boleh dilakukan sepanjang masa. Perkataan solat juga dari segi bahasa membawa maksud berdoa

2.    Memohon ampun untuk mereka. Terdapat nas lain yang menganjurkan kita untuk sentasa berdoa memohon keampunan untuk kedua ibu bapa kita. Seeloknya janganlah ditinggalkan doa keampunan untuk kedua orang Tua kita

3.    Tunaikan wasiat mereka. Pada zaman sekarang, seeloknya wasiat dilakukan secara bertulis untuk mengelakkan masalah yang mungkin timbul. Wasiat juga ada syarat2nya yang dibincangkan secara terperinci dalam kitab2 fegh

4.    Eratkanlah hubungan silaturrahim dengan kawan2 atau teman2 ibu bapa kita. Sesekali apa salahnya kalau kita buat sesi teh tarik, sesi goreng pisang, sesi ubi gadong cicah nyior bersama teman rapat ayah atau ibu kita yang masih hidup. Sambungkanlah silaturrahim bersama mereka.

5.    Hormatilah kawan2 ibu bapa kita

6.    Tapak asal perkampungan Bani Salamah sekarang ialah lokasi masjid Qiblatayn di Madinah.

# sebahagian daripada nota kuliah maghrib RS (Riyad al-Salihin)

Tiada ulasan: