Sabtu, 30 September 2023

Salam Mawlidurrasul

 

Bingkisan Sebelum Tidur

 

Salam Mawlidurrasul

 

Apabila disebut nama Stadium Olympic Athens Greece, fan Barca akan selalu terbayangkan suatu malam yg celaka bagi Barcelona. Malam yg anti-klimaks, bermula dari bola yg gagal dialirkan melepasi garisan tengah, ditambah dengan counter attack Milan yg menjadi, semuanya serba tak kena buat Barca. Barca hanya bermain bola setelah result 0-4, apabila player Milan sudah mula berkampung di kawasan sendiri.

 

Itulah malam yg paling malang dalam sejarah final UCL (1994). Barca Dream Team Cruyff tewas mudah 0-4 kepada AC Milan Fabio Capello di pentas akhir. Final yang menjadi match terakhir buat penjaga gol Zubizareta. First Dream Team Barca dengan tunjang Romario-Stoichkov akhirnya  berlalu. Setiap kali Barca berdepan dengan pasukan Italy, atau pasukan dengan gameplay parking bus, igauan Final Greece masih terngiang-ngiang.

 

Begitulah juga dengan teman2 kita yang dibesarkan di kawasan sawah padi, Sesekali merentas melalui kawasan bendang akan terkenang jerit perih kenangan bersama orang tua mereka dahulu. Kenangan semasa menabur padi, menyemai, menuai, membajak, membuat jut dan bubu untuk menangkap sepat dan haruan pastinya akan terpahat di ingatan

 

Begitulah juga Rabiulawwal. Setiap kali kita melalui bulan Rabiulawwal, kita akan didendangkan dengan peristiwa kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Kita akan sama-sama berselawat, beranji dan sebagainya. Kebanyakan lafaz2 berzanji, bacaan rawi dan sebagainya banyak menyebut tentang Baginda SAW.

  

Ada sesetengah ulama yang agak keras dengan sambutan Mawlid. Mereka keberatan untuk menyambut Mawlid kerana perkara sebegini tidak dilakukan oleh para sahabat dan generasi Salaf. Ditambah pula dengan lafaz2 penceritaan dalam berzanji, baca rawi berkenaan Nabi SAW yang kisahnya agak pelik dan riwayatnya banyak dipertikaikan.

 

Walau bagaimanapun ada ulama yang menjadikan bulan Mawlid sebagai medan untuk mengasah kembali semangat cintakan nabi SAW. Semangat untuk belajar dan mengetahui peribadi dan akhlak Baginda SAW secara lebih mendalam. Kebiasaannya dalam bulan ini mereka akan mengadakan pelbagai program sepeti forum, wacana, ceramah dan sebagainya. Mereka menegaskan bahawa sebagaimana kita melalui Bukit Uhud. Kita berhenti sejenak melihat dan menikmati pemandangan terkini Bukit Uhud sambil membaca atau mendengar sesuatu ttg peristiwa yg pernah mengorbankan syuhada di sini. Kemudian kita teliti dan ambil pengajaran daripada peristiwa Uhud. Begitulah juga Badar. Kita ziarah Badar bukan hanya sekadar melihat dan menikmati suasana terkini Badar bahkan lebih daripada itu untuk mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa Badar al-kubra.

 

Begitulah peristiwa Mawlid Nabi. Apabila kita melalui Rabiulawwal, kita akan mendengar cerita2 berkenaan Baginda SAW sambil mengambil teladan dan iktibar daripada peristiwa besar ini. Cuma harus diingat, Rabiulawwal bukan sekadar bulan kelahiran Baginda SAW bahkan bulan ini juga menjadi bulan kewafatan Baginda SAW. Itulah sebab kenapa sesetengah ulama lebih suka menggelar bulan Rabiulawwal sebagai bulan memperingati Baginda SAW (hubbun Nabi)

 

Ada ulama menukilkan bahawa khalifah Umar al-Khattab agak keberatan untuk menjadikan Rabiulawwal sebagai bulan pertama dalam Takwim Hijrah kerana sebab ini (Bulan kewafatan Nabi SAW) selain daripada mengelak menyerupai sesetengah mereka yang menjadikan peristiwa kelahiran Jesus sebagai tahun permulaan takwim

 

Justeru itu, marilah sama2 kita menzahirkan kecintaan kita kepada Baginda SAW dengan memperbanyakkan selawat sambil belajar dan terus belajar tentang Baginda SAW. Semua perbuatan, perkataan dan taqrir baginda menjadi perhatian ulama untuk dijadikan hujjah dalam agama. Kerana Islam milik Allah, bukannya milik sesiapa.

Salam Mawlidurrasul

Tiada ulasan: