Bingkisan Sebelum Tidur
Kata2 Ibn Abbas (beradabnya umat ini dengan Nabi Muhammad SAW)
Ibn Abbas r.a berkata, “Aku tidak dapati suatu kaum yang lebih istimewa daripada umat Muhammad SAW yang tidak bertanya nabinya tentang hukum Syarak kecuali hanya pada 13 perkara sahaja (13 ayat al-Quran). Semua soalan mereka dirakamkan dalam al-Quran ,dimulai dengan perkataan يسءلونك (mereka bertanya padamu). Perkataan ( atau pertanyaan) ini melibatkan hukum arak, bulan2 yg diharamkan berperang, anak2 yatim dan sebagainya. Mereka hanya bertanya tentang perkara2 yang mendatangkan manfaat sahaja.”
Kata2 Ibn Abbas ini membawa beberapa pengertian
1) Umat ini tidak seperti Bani Israel yanng bertanya Nabi Musa a.s tentang hal2 yg remeh-temeh yang menunjukkan bahawa soalan mereka hanyalah main-main atau senda-gurau sahaja.
2) Pertanyaan umat ini kepada Nabi Muhammad SAW sangat sedikit. Ini menunjukkan tingginya adab dan kesopanan mereka terhadap Baginda SAW.
3) Umat Muhammad SAW lebih senang untuk mematuhi perintah sebaik sahaja ianya disampaikan. Faktor ini merupakan petanda mudahnya pengalaman hukum yang diwajibkan ke atas umat ini. Sementara Bani Israel yang lebih banyak bertanya, hukum2 yang diwajibkan ke atas mereka lebih berat dan menyulitkan
Kalau kita telusuri semula kisah lembu bani Israel, kita akan dapati banyak pertanyaan yang dilemparkan kepada Nabi Musa as. Ringkasnya Allah memerintahkan Bani Israel agar menyembelih seekor lembu betina, mereka beranggapan bahawa Nabi Musa as bergurau. Mereka meminta supaya dijelaskan lagi kriteria lembu tersebut.
1) Allah menjawab bahawa lembu betina itu tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Kemudian mereka bertanya lagi tentang warna lembu tersebut.
2) Lalu Allah menjawab bahawa lembu itu berwarna kuning yang sedap mata memandang. Mereka masih bertanya. Masih kurang jelas lembu tersebut.
3) Allah menerangkan bahawa lembu betina itu tidak pernah digunakan untuk membajak tanah, tidak pernah digunakan untuk menyiram tanaman, tiada sebarang kecacatan dan tidak ada belang pada warnanya. Akhirnya lembu dengan kriteria berkenaan semakin sukar dicari.
Itulah betapa beradabnya Umat ini dengan Nabi Muhammad SAW jika dibandingkan dengan Bani Israel dan Nabi Musa as.
#sebahagian daripada kuliah maghrib, mukaddimah tafsir ayat 215 Al-Baqarah (tafsir pimpinan Rahman). Tulisan kata2 Ibn Abbas disalin daripada Tafsir Pedoman Muttaqin karya Dr Abdul Hayei Abdul sukor dengan sedikit olahan dan penambahan daripada kitab2 lain.