Jumaat, 7 Jun 2024

Coretan menjelang Zulhijjah

 


Kita dah nak masuk zulhijjah ni. Kalaulah 10 malam akhir Ramadan merupakan waktu malam yg terbaik (adanya malam alQadr) maka waktu atau siang hari yg terbaik ialah 10 hari terawal Zulhijah (adanya hari Arafah pada 9 Zulhijjah). So memandangkan 10 hari terbaik (waktu siang) dah nak tiba, bolehlah perbanyakkan amalan. Contohnya sapa2 yang nak qada puasa tu, bolehlah qada dalam awal zulhijjah ni

 

Kadang tu ada Jemaah tanya, kalaulah hari arafah merupakan hari paling afdal, camana pula status hari jumaat juga sebagai hari yang terbaik (ada hadis yang menceritakan kelebihan hari Jumaat). Para ulama menyimpulkan bahawa hari Jumaat merupakan hari yang terbaik dalam seminggu. Jika nak banding hari Ahad, Isnin sehingga ke Sabtu, maka Jumaatlah yang paling afdal. Pada hari Jumaat terdapat satu detik atau saat yang mana kalau kita berdoa, Allah akan makbulkan. Sementara hari Arafah (9 Zulhijjah ) merupakan hari terbaik dalam tahun tu. So takder kontradiksi sebenarnya.

 

Kalaulah ada di kalangan kita yg berhajat nak buat ibadah korban, ada beberapa perkara yg boleh diambil perhatian seperti larangan memotong kuku, rambut n etc (makruh) sehingga selesai korban. Rasanya benda tu dah maklum. Ambo lihat beberapa surau dan masjid area kita dah mula berbicara tentang ibadah korban dan Aidiladha

 

Kalaulah ada di kalngan kita yg nak buat Haji, samada dah bertolak atau belum, moga Allah kurniakan Haji yg mabrur kepada anda. Juga keselamatan dan kesejahteraan sepanjang pergi dan balik. Dalam hadis nabi  sebut Haji yg mabrur ni Allah ampunkan dosa seumpama anak yg baru lahir. Errr haji kat atas kepala kalbok, di bawah pokok, atas wakaf dekat stesen prebek tu tak kira deh. Bukan haji haktu.

Akhir sekali, banyakkan berdoa. Doakan juga buat ambo moga rajin buat amal terutama ketika keseorangan dan bersunyian. Teringat lak ada ustaz kami pernah cakap, kita kekadang bertukar mode jjadi jjuruh ketika depan orang, semasa menjadi perhatian orang, sedangkan mode jjuruh tu tetiba boleh berubah bila bersunyian. Kenapa jadi begitu? Kerana mode keseorangan tu kita berada di luar cctv manusia sedangkan perhatian Allah pada kita tak pernah putus samada ketika kita bersunyian atau di tempat ramai. Doakan ambo selalu….

 

Tiada ulasan: