Antara Hafal & Faham
Masa zaman blaja dulu, pesnyarah selalu tegur sikap sesetengah siswa terutama siswa arab yg suka menghafal tapi tak faham. Ingatan mereka kuat. Masalahnya semua benda nak hafal. Benda yang sepatutnya dihafal, confirm mereka akan hafal tapi subjek yang sepatutnya mereka faham, itu pun nak dihafalnya. Kami sebut hafal bodoh, merujuk kepada hafal tapi tak faham pekebenda pun.
So guru kami menyebut bahawa tidak semua benda perlu dihafal. Kalau yang melibatkan nas (teks) seperti subjek hafalan AQ, hadis, syair2 arab yang menjadi hujjah dalam nahu, takrif atau definisi itu mmgla kena hafal huruf demi huruf
Amik contoh subjek Usul fegh, banyak takrif atau definisi pada peringkat memula ni. Bermula dengan takrif usul dari segi bahasa dan istilah, takrif fegh n etc lagi. Pensyarah selalu sebut bahawa setiap definisi kena tulis tepat dan elok2. Kalau perkataan tu ada alif lam atau yang melibatkan ejaan seperti huruf Ya tanpa titik, semua tu ada maksud dan peranannya. So apabila sesuatu perkataan yang sepatutnya ada alif lam ditulis tanpa alif lam, maksud sesuatu perkataan tu dah berbeza. Pastinya takrifan itu akan menerima kritikan kerana tak lengkap. Pensyarah tak akan bertolak ansur apabila ada kesilapan sebegini. Nampak jer kecil tapi kesannya besar sebab takrif dah longgar
Ayat2 AQ pula mmg tak boleh nak reka. Wajib hafal huruf demi huruf. Begitu juga hadis tapi dalam subjek fegh boleh je kita sebut kefahaman hadis tanpa menyertakan teks (markah biasanya kurang la skit).
Kalau syair2 arab tu untuk bebudak kuliah bahasa mmg dah macam makanan mereka. Kebiasaannya bayt2 syair akan menjadi sandaran atau dalil penghujahan terhadap sesuatu perkara
Perbincangan tentang kepentingan menghafal dan memahami ilmu sentiasa menjadi topik yang menarik. Ada yang beranggapan bahawa hafalan dah tak relevan pada zaman skang sebab maklumat boleh dicapai dengan mudah je terutama melalui computer, internet n etc
Menghafal ni ada banyak kelebihan. Antaranya membolehkan kita mengingati fakta, formula, dalil atau prinsip penting tanpa perlu sentiasa merujuk kepada buku atau sumber lain. Dalam pengajian Islam, hafalan al-Quran, hadis, matan ilmu dan syair menjadi tradisi ulama sejak dahulu kerana ia memudahkan proses pengajaran, perbincangan dan penyelidikan. Selain itu, hafalan yang baik membantu seseorang berfikir dengan lebih pantas kerana maklumat telah tersedia dalam ingatan. Orang kata ilmu tu dok kat dada.
So hafalan ni macam lot tanah yang dah bersih dan rata. Cuma tapak tu jangan biarkan bersemak nanti tumbuh lalang. Kena slalu ditebas tebang. Hafazan ni kena selalu ulang. Tu sebab bebudak hafiz AQ mesti ada masa untuk melakukan pengulangan hafazan mereka. Begitu juga para ulama akan mengulangi hafazan matan2 kitab mereka. Kalau tak ulang, tak mustahil ingatan tu akan pudar dan lama2 hilang
Walau bagaimanapun menghafal juga mempunyai kelemahan jika dilakukan tanpa kefahaman. Hafal tapi tak faham. Hafal bodoh ni boleh menyebabkan seseorang hanya mampu mengulang maklumat tanpa mengetahui maksud, tujuan atau cara penggunaannya. Akibatnya, ilmu menjadi kaku dan sukar diaplikasikan apabila berhadapan dengan masalah baru. Dah macam burung tiong, reti sebut dan ulang jer tapi tak faham
Sementara faham tu pulak membolehkan seseorang melihat hubungan antara fakta, mengenal pasti sebab dan akibat serta membuat analisis yang lebih mendalam. Pelajar yang benar-benar memahami sesuatu konsep biasanya lebih mudah menyelesaikan masalah, menjawab soalan berbentuk aplikasi dan menghasilkan idea baharu. Kefahaman juga menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna kerana ilmu yang dipelajari dapat dikaitkan dengan pengalaman hidup dan realiti semasa.
Namun, kefahaman tanpa hafalan ada kekurangannya. Seseorang mungkin memahami sesuatu konsep secara umum tetapi gagal mengingati fakta penting, definisi, dalil atau istilah yang diperlukan. Ini boleh menjejaskan prestasi dalam peperiksaan, penyelidikan dan perbincangan ilmiah. Justeru itu, kefahaman yang mantap tetap memerlukan asas hafalan yang kukuh. Seorang doktor, jurutera atau guru tetap memerlukan hafalan asas sebelum mampu mengaplikasikan ilmunya dalam situasi sebenar. Kiranya hafalan ni merupakan asas kepada penguasaan sesuatu bidang ilmu. Hakikatnya, kedua-dua aspek ini (ingat dan faham) saling melengkapi dan tidak seharusnya dipisahkan.
Ringkasnya hafal dan faham ni sama2 penting. Keduanya mesti ada dan tak terpisah. Hafalan berperanan menyimpan maklumat dalam ingatan, manakala kefahaman pula membolehkan maklumat tersebut dianalisis, diaplikasikan dan dikembangkan. Ilmu yang hanya dihafal mudah hilang nilainya apabila tidak difahami, manakala ilmu yang difahami tetapi tidak dihafal pula sukar dimanfaatkan secara pantas apabila diperlukan.
Kesimpulannya, pendidikan yang berkualiti tidak seharusnya memilih atau membezakan antara hafalan atau kefahaman sebaliknya menggabungkan kedua-duanya. Hafalan menjadi asas yang mengukuhkan ilmu, manakala kefahaman menjadikan ilmu itu hidup, bermanfaat dan mampu diaplikasikan dalam pelbagai keadaan.
Seperti ungkapan para ulama, hafalan ialah pintu kepada ilmu, manakala kefahaman ialah kunci kepada hikmah. Gabungan kedua-duanya akan melahirkan individu yang bukan sahaja berilmu, bahkan mampu berfikir secara kritis dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Guru kami Us Weil Tok Wali selalu sebut, “Kaedah belajar ni mudah je. Awak ingat dan faham. Apabila INGAT dan FAHAM , Insya Allah mari la kot mana pun awak buleh pelepas”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan