rukun ke 10 ialah membaca tasyahhu iaitu membaca al-tahiyyat. kami biasa menyebutnya sebagai baca tahiyat. rukun ini merupakan rukun qawliy iaitu rukun yang kena sebut/baca/lafaz. dan dibaca ketika duduk yang penghabisan.
dalilnya ada hadis dari ibn mas'ud katanya,"ketika kami bersolat bersama-sama Nabi Muhammad SAW kami membaca- dalam riwayat yang lain pula menyebut, sebelum difardukan tasyahhud- kami membaca tasyahhud yang maksudnya, sejahtera ke atas Allah mendahului hamba-hambaNYA, sejahtera ke atas Jibril, sejahtera ke atas Mikail, sejahtera ke atas si polan. setelah selesai Nabi SAW pun menghadap kami lalu bersabda, " sesungguhnya Allah bersifat salam. apabila seseorang daripada kamu duduk ketika bersolat bacalah (al-tahiyyat...)". (riwayat Bukhari dll)
ada banyak riwayat yang sahih tentang tasyahuud. lafaz diatas diambul dari riwayat ibn mas'ud, kemudian tasyahuud ini digelar tasyahud ibn mas'ud, dinisbahkan kepada perawinya.
perkara penting semasa tasyahhud
1) mendengar bacaannya sendiri jika pendengarannya baik dan dalam keadaan biasa
2) membaca semua lafaz tasyahhud secara berturutan. jika lafaznya terpisah dengan diam yang lama atau zikir yang lain, maka tasyahhud tidak dikira, kena ulang balik
3) membaca tasyahhud ketika duduk kecuali orang yang special kes, sakit dan sebagainya
4) membaca tasyahhud dalam bahasa arab. jika tak mampu bolehlah membaca terjemahannya dalam bahasa apa pun namun kena belajar supaya dapat membacanya dalam bahasa arab
5) perhatikan makhraj hurufnya. jika mengubah makhraj satu huruf atau cuai dengan syaddah yang menyebabkan maknanya berubah maka tasyahudnya tidak dikira dan kena ulang balik
6) tertib turutannya
* sebahagian isi kuliah maghrib. disalinsiar dari figh manhajiy dengan sedikit pengubahsuaian
1 ulasan:
Terima kasih untuk blog yang menarik
Catat Ulasan