Isnin, 5 Mei 2025

hadis RS: sebarkan salam

 

 

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:

 "لَا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ."

 

(hadis riwayat Muslim)

 “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan satu perkara yang jika kamu lakukan, kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.”  (Hadis riwayat Muslim)

 

Penjelasan Hadith:

Nabi SAW telah mengajar dan mendidik umat ttg beberapa perkara yang dapat menyuburkan kasih sayang dan perasaan saling mencintai. Apabila umat hidup dalam suasana berkasih sayang dan saling menyayangi, maka tersebarlah keamanan. Dalam hadis ni, Nabi SAW menyebut ttg perkara yang dapat menyuburkan rasa kasih sayang itu ialah dengan menyebarkan salam sesama kita.

Penulis terkenangkan kisah semasa belajar dulu. Pernah beberapa kali kena sound dengan pemandu teksi tempatan berbangsa arab. Apabila kita tahan teksi dan mereka berhenti, kami buka pintu dan terus masuk ke dalam tanpa memberi salam.

Entahla, kadang2 kita susah nak kenal samada pemandu teksi arab tu muslim atau tak. Sebab bangsa mereka sama je, Bahasa mereka sama, warganegara yang sama, so kami jadi berat mulut. Masuk jer dengan senyap, pemandu teksi tu terus baca hadis pasal menyebarkan salam. Antara hadis yang mereka baca ialah hadis di atas. Kena setepek atas muka.

Pernah juga kami masuk teksi sambal mengucapkan salam, pemandu teksi tu senyap jer, tak jawab. Apabila kami perhatikan keadaan teksi dan fizikal atau pakaian mereka, kami perasan mereka bukan muslim. Tak kisahlah

Cuma nak beritahu, amalkanlah penyebaran salam. Dan insya allah ia akan menjadi asbab kasih sayang sesame kita. Mudah2mudahan semuanya membawak kita ke syurga dengan rahmat Allah

 

#sebahagian daripada kuliah maghrib daripada kitab RS (riyad assalihin)

 

Tiada ulasan: