Ahad, 18 Mei 2025

Bacaan Apabila Bangun Terkejut Daripada Tidur

 BACAAN APABILA BANGUN TERKEJUT (GELISAH) DARIPADA TIDUR

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang terkejut jaga dari tidur maka hendaklah dia membaca:

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنَ وَأَنْ يَحْضُرُوْنَ

Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada murkaNYA dan balasanNYA, daripada kejahatan hambaNYA, daripada bisikan2 syaitan, daripada kehadiran (hasutan , godaan) mereka

 

Pengajaran Hadis

1) Nabi mengajar kita untuk membaca bacaan ini apabila bangun daripada tidur diiringi dengan rasa terkejut, gelisah, resah, takut dan sebagainya. Dalam doa ini, kita diajar untuk memohon perlindungan kepada Allah daripada segala perkara yang boleh memudaratkan.

 

2) أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ (Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna)

Kalimah Allah yang sempurna ialah kalam-kalam Allah yang tidak mempunyai sebarang kekurangan. Justeru itu, kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah yang maha berkuasa

 

3)  مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِه

 (daripada murkaNYA dan balasanNYA, daripada kejahatan hambaNYA)

Perlindungan yang kita minta ialah memohon perlindungan daripada murkaNYA, balasanNYA, dan kejahatan hambaNYA. Kita sebagai makhluk, ada jer dosa kerana kita tidak maksum. Maka kita mohon perlindungan daripada perkara2 atau perbuatan2 maksiat yang boleh membawa kepada murka dan azab Allah. Kita juga memohon perlindungan daripada kejahatan hamba Allah meliputi kejahatan makhluk2 yang kita nampak seperti manusia atau kejahatan makhluk yang kita tidak nampak seperti jin. Dalam doa2 yang lain ada juga kita sentiasa memohon dijauhkan daripada murka Allah dan balasan azabNYA samada di dunia atau akhirat.

 

4) وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنَ وَأَنْ يَحْضُرُوْنَ

(daripada bisikan2 syaitan, daripada kehadiran (hasutan , godaan) mereka)

Bisikan syaitan di sini termasuklah hasutan, bisikan keraguan syaitan dalam hati kita dan sebagainya. Kita mohon pada Allah daripada kejahatan semua tu

 

Pengalaman peribadi

Ambo pernah terjaga daripada tidur dalam keadaan terkejut dan gelisah. Jam masa tu baru je pukul 2 pagi. Jarang ambo bangun pada waktu ni. Biasa kalau ambo bangun tidur, ambo akan stay dulu, baring sekejap dan bangun perlahan2 sebelum ke tandas. Sebelum ni pernah kena vertigo, puncanya bangun tidur terus bergerak ke tandas, mandi dan pakai baju. Masa tu rasa seolah-olah lantai rumah berpusing dan tak sekata. Ingatkan darah tinggi ke  apa, cek kat hospital doc cakap vertigo

Rasa tak sedap hati, rasa loser, gelisah dan tidak tenteram. Memula tu ambo buka dan semak dalam telefon kot2 ada perlawanan melibatkan Barcelona. Kadang2 tubuh dan mental kita dah terbiasa, bila ada match barca akan bangun awal. Maybe ritma sirkadian kita dah terbiasa dengan jadual Barcelona.

Bila tgk je telefon, tiada sebarang perlawanan pagi tu. Bukan setakat barca, pagi tu semua matches takder. Perlawanan melibatkan barca biasanya berlangsung jam 4 pagi. So pukul 430-500 tu kita bangun, sempatlah tengok separuh kedua

Ambo bangun, buka kesemua lampu di ruang tamu dan ruangan membaca. Ambo memeriksa setiap pintu dan tingkap, semuanya terkunci. Buka langsir dan melihat kenderaan yang diparkir di halaman. semuanya elok je.

Ambo masuk ke setiap bilik melihat wajah anak2 dan isteri yang masih lena. Bimbang juga kot jadi apa2. Masih rasa gelisah dan tidak tenteram.

Ambo masuk tandas, bersuci dan seterusnya belek beberapa buah kitab. Yang paling mudah ialah Hisn al-Muslim (Perisai Muslim). Ambo baca bacaan yg Nabi ajar (bacaan ini) sambal memohon perlindungan daripada Allah. Kemudian ambo bersandar di kerusi sambil tasmik juzuk AQ yang menjadi sukatan hafalan kami dulu. Lama- kelamaan perasaan gelisah, tidak tenteram tu hilang

Sesekali terfikir juga apa yang berlaku. Terlintas dalam hati kot2 ada ahli keluarga atau sahabat terdekat yang diuji dengan kesakitan n etc pada masa ni. Bimbang juga kot terkena anak panah malam. Apa pun, kita hanyalah makhluk. Berusaha dan memohon perlindungan dariNYA

 

 

Tiada ulasan: