Sabtu, 24 Mei 2025

sekilas tentang 1001 malam

 

SEMBANG-SEMBANG SANTAI

 

Dendam Seusia Dunia (Amarah Sang Raja)

Khabarnya zaman dahulu ada seorang raja yang bernama Syahrayar memerintah India dan China. Kemudian isterinya (permaisuri) telah curang. Disebabkan marah, Raja Syahrayar telah membunuh isterinya. Lepas kejadian itu, Raja Syahrayar tidak mempercayai lagi mana-mana perempuan. Beliau akan berkahwin, sebelum subuh pagi esok dia akan membunuh isterinya. Kiranya isteri hanya utk 1 malam (ada kisah sebut setiap 3 malam, baginda akan berkahwin, then menjelang subuh akan bunuh isterinya). Murka baginda kepada kecurangan isterinya terdahulu, menyebabkan baginda akan membunuh kesemua perempuan yang menjadi isterinya selepas peristiwa curang tu.

 

Kemudian munculnya Shahrezad. Anak Perempuan kepada seorang Menteri Kerajaan yang bijak. Shahrezad secara sukarela berkahwin dengan Raja Syahrayar. Selepas bergelar isteri, setiap malam Shahrezad akan bercerita pelbagai hikayat kepada Raja Shahrayar. Dekat2 nak subuh, Shahrezad akan berhenti bercerita pada kisah2 yang saspen so cerita tu tergantung. Raja Shahrayar tak bunuh Shahrezad sebab nak tahu sambungan cerita tu.

 

Peristiwa ni berlaku sehingga 1000 malam. Dalam tempoh tu Shahrezad telah melahirkan 3 orang anak lelaki dengan Shahrayar. Akhirnya Shahrezad telah berjaya meyakinkan Raja Shahrayar tentang kesetiaan seorang wanita dan isteri, dengan tempoh bahagia mereka selama 1000 malam, dengan pelbagai kisah dan hikayat berbingkai yang telah diceritakan sehingga akhirnya Raja memansuhkan dekri tersebut. Dendam sang raja telah berakhir

 

______----______

 

(Balaghaniy ayyuha almalik alsaeed, zu alraky alrasheed....)

Ayat ni selalu Ambo dengar melalui corong radio sekitar jam  1 atau 2 pagi. Biasanya ada sedikit muzik iringan. Then kedengaran ayat tadi, lalu bermulalah cerita. Episod seterusnya. Slot ni dalam 3 atau 5 minit je. Kemudian si pendengar (dalam slot ceritau tu) dah mula mengantuk, si pencerita pun suara nak tidur. kedengaran bunyi kokok ayam. Lalu slot tu berakhir.

 

Itulah hikayat 1001 malam yg disiarkan setiap awal pagi dalam bulan Ramadan tahun 2000 melalui radio. Ambo dah lupa siaran atau channel radio tersebut. Ambo tak pasti slot ni diteruskan sepanjang tahun atau hanya disiar dalam Ramadan sahaja. Kebetulan waktu ambo berada di kaherah, kami melalui fasa Ramadan dalam musim sejuk (disember-januari)

 

Ambo tanya senior2 dan juga warga tempatan, bagaimana timbul kisah 1001 malam ni. Lalu mereka bercerita ttg 2 nama yang rasanya macam pernah dengar sebelum ini, iaitu Shahrezad dan Shahreyar. Apabila ambo dengar nama shah kat depan ni, dah terbayang ada pengaruh Parsi.

 

Kalau tak silap, teras untuk cerita2 ni daripada buku Parsi berjudul Hazar Asfana (seribu dongeng). Kemudian apabila Kerajaan Abbasia dah jadi adikuasa, maka Baghdad dah jadi bandar kosmopolitan dengan pedagang2 dari ceruk dunia macam India, Parsi, China, Afrika, Eropah berjumpa dan bermuamalah. Lalu muncullah cerita2 rakyat dari pelbagai tempat. Cerita2 rakyat ini disampaikan secara lisan generasi demi generasi lalu dikumpulkan dalam sebuah buku dan diberi tajuk dalam alf Layla wa Layla dalam Bahasa arab.

 

Antara kisah dalam 1001 malam ialah kisah Aladin dengan lampu Ajaib, pelayaran Sindbad, Ali Baba dengan 40 orang penyamun n etrc. Kemudian apabila Kerajaan Abbasiah Baghdad menjadi adikuasa, kisah Khalifah Harun arRashid mula disisip masuk bersama Abu Nuwas, Menteri Jaafar al-Barmakiy n etc. Ada juga kisah tentang jin, ahli2 sihir, tempat2 bersejarah dan sebagainya. (ada pandangan mengatakan bahawa kisah aladin dan ali baba tu disisip masuk kedalam 1001 malam pada zaman selepas Abbasia)

 

 

Selalu kat lalu kat area pameran Buku Kaherah, ada poster dengan lukisan Jin, Aladin dengan lampu Ajaib, ambo dah dapat agak kedai buku tu ada jual hikayat 1001 malam. Rasanya buku tu ada beberapa jilid dan panjangnya kalau susun di rak mencapai lebih daripada ukuran setengah kaki.sayangnya ambo tak berkesempatan untuk memiliknya

 

 

 

 

 

Tiada ulasan: