Ahad, 22 Jun 2025

Samuel Umtiti, kereta kebal Barca yang terundur

 

SEMBANG-SEMBANG SANTAI

 

Samuel Umtiti, kereta kebal Barca yang terundur

Kalau anda seorang fan Barca atau France, atau biasa tgk La Liga, anda akan biasa dengar nama Samuel Umtiti. Bekas pemain pertahanan Barcelona yang pernah memenangi La Liga, Copa Del Rey, Supercopa de Espana dan Piala Dunia 2018 (Bersama France). Beliau juga antara tonggak skuad France yang memenangi kejuaraan dunia bawah 20 tahun 2013 bersama Paul Pogba, Lucas Digne n etc.

 

Umtiti datang ke camp Nou Dari kelab Peranchis, Lyon dengan tanda harga 25j ketika berumur 22 tahun. Ketibaanya disambut dengan harapan yang menggunung kerana barca baru je menang UCL dgn trio MSN bawah Lucho tahun sebelumnya. Ada penganalisis dan pundits yang sebut bahawa pembelian ni berbaloi kerana Umtiti masih muda dan dapat bermain di beberapa posisi pertahanan.

 

Beliau juga agak tenang,bijak membaca permainan dan sangat sesuai dengan gaya tiki-taka Barcelona yang mementingkan penguasaan bola dan high line yang tinggi. Namun kerana silap membuat keputusan, kariernya agak tragik. Dari puncak kegemilangan ke titik paling rendah sebagai seorang yang pernah Bersama gergasi Barcelona

 

Musim pertama umtiti di barca boleh dikira bagus. Beliau pantas menyesuaikan diri, membentuk gandingan kukuh bersama Gerard Pique. Dalam musim pertamanya, dia mempamerkan prestasi meyakinkan, dengan hantaran yang tepat dan aksi bertahan yang tenang.

 

Barca berada di kedudukan kedua liga. Statistik menunjukkan bahawa apabila Umtiti bermain, Barca mencatat 80% kemenangan. Apabila Umtiti tidak diturunkan samada cedera atau suspended, rekod kemenangan Barca hanyalah 47%.

 

Masuk 2018, beberapa minggu sebelum World Cup France, beliau mengalami kecederaan serius di lutut. Para Doktor di Barca mencadangkan pembedahan segera namun korbannya ialah Piala Dunia. Beliau berkeras ingin beraksi bersama Peranchis dalam kejohanan terulung dunia di tanahairnya sendiri. Beliau sanggup bermain dengan suntikan pain killer. Nasihat dan pandangan doctor diketepikan demi kepentingan negara

 

Ya, dia berjaya menggapai impian setiap player. Menang WC2018 di tanahair sendiri. Namun harganya cukup mahal. Lututnya yang sudah pun bermasalah semakin parah.

 

Balik ke barca, Umtiti lepas WC2018 dah tak sama dgn Umtiti sebelumnya. Prestasinya merudum ditambah dengan kecederaan yang berulang. Beberapa Siri pembedahan, semuanya gagal mengembalikannya ke prestasi asal.

 

Media2 spain mula mengkritik Umtiti. Terdapat juga gossip bahawa pegawai2 khasnya pasukan perubatan Barca kecewa dengan pendirian beliau untuk bersama France masa WC dulu

 

Tahun 2021, pandemic melanda. Barca menghadapi masalah kewangan yang serius. Barca meletakkan Umtiti dalam senarai pemain yang seharusnya berundur namun sekali lagi , Umtiti enggan. Beliau menegaskan bahawa masa depannya hanya di Camp Nou. Akhirnya peminat boo kepada Umtiti masa beliau memanaskan badan sejurus sebelum perlawanan. Daripada pemain yang disayangi berubah kepada pemain yang mula dibenci

 

Tahun 2022, Umtiti ke Lecce yang bermain dalam Serie A. Beliau menjadi tonggak Lecce untuk kekal di Serie A. Prestasinya dipuji dan beliau kembali ke Camp Nou untuk musim seterusnya.

 

Barca akhirnya berpisah secara rasmi dengan Umtiti pada Jun 2023. Beliau menyertai Lille di ligue 1. Beliau bermain beberapa perlawanan namun kecederaan masih menghantuinya. Sejak Februari, beliau masih lagi tidak terlibat dalam perlawanaan kerena isu kecederaan

 

Umtiti menjadi contoh keputusan dan keinginan jangka pendek yang menjejaskan keseluruhan kariernya. Beliau terperangkap antara kesetiaan kepada negara dan komitmen professional dengan kelab. Kita mungkin tidak dapat lagi melihat pemain yang pernah digelar kereta kebal Barca ini di pentas tertinggi lagi

 

# Artikel ditulis dan diringkaskan daripada beberapa buah artikel yang tersiar di internet. Antaranya New York Times, fox, ESPN n etc

 

 

 

 

 

Tiada ulasan: