Selasa, 3 Jun 2025

Kisah tentang orang elMenoufia

 BINGKISAN SEBELUM TIDUR

 

Kisah tentang orang elMenoufia

 

Ada satu muhafazah (negeri) di Mesir iaitu elMenoufia. Terletak di utara Kaherah,  atas sikit daripada negeri Qalyubiyyah. Bersempadan dengan Syarqiyyah (Zaqaziq) dan Gharbiyyah (Tanta). Jarak dengan Kaherah rasanya tak sampai 100km. Kalau naik tramco (bas kecil) atau kereta sewa tambangnya kalua tak silap sekitar 2 pound mesir jer

 

Ibu negeri Menoufia ni Shibin elKoum. Kalaulah Menoufia ni diumpamakan Kelantan, maka Syibin elKoum umpama Kota Bharu. Kat Shibin tu ada sebahagian pelajar kita belajar kat situ (zaman ambo dulu la).

 

Negeri Menoufia ni antara negeri yang mempunyai antara tanah paling subur di Mesir. Sungai Nil yang mengalir membelah 2 kawasan hilir mesir selepas Kaherah. Satu menghala ke Dumyat (timur laut) dan satu lagi menghala ke Rosetta (barat laut). Kawasan antara 2 Sungai Nil di bahagian hilir ni membentuk Delta Nil. So Menufia terletak di tengah2 Delta Nil.

 

Orang menoufia pula disebut elMenoufiy. Dalam tulisan ni ambo tulis Menoufiy je merujuk kepada mana2 individu dari Menoufia. Ditulis tanpa alif dan lam

 

المنوفي لا يلوفي

ولو أكلته لحم الكتوفي

Maksud lebih kurang: Menoufiy tidak setia, tidak memenuhi janjinya, walaupun diberi makan daripada makanan yang lazat dan mewah

 

Ambo pernah dengar senior sebut kata2 tu. Mula tu, ambo ingatkan serius. Ambo juga biasa dengar gurauan orang2 tempatan Mesir terhadap orang yang berasal dari Menoufia ni. Sekali dengar macam ada unsur2 orang tempatan pun benci atau tak suka terhadap geng Menoufiy. Dalam kepala ambo, orang Menoufiy ni kedekut, tangkai jering, payoh bbaso, begitulah yg ada dalam kepala ambo.

 

Kebetulan Presiden Mesir masa zaman kami ialah Muhammad Husni Mubarak. So apabila terdengar kata2 sebegitu, ambo ingatkan orang2 tempatan tak suka Menoufiy sebab tak suka Mubarak. Atau paling kurang sentimen politik membenci presiden Mubarak Dan Sadat.

 

Ada kawan kami bercerita dia pernah bergaduh (perang mulut) dengan polis Mesir (polis pangkat rendah, tiada senjata api). So kawan ni sempat tanya polis tu berasal dari mana. Apabila polis tu cakap dia Menoufiy, kawan kami terus je sebut pepatah atau kata2 tu, polis tu ketawa jer.

 

Apabila kita dah lama berada kat sana, barulah kita faham rupa2nya kata2 tu lebih kepada gurauan terhadap Menoufiy. Humor biasa yang tidak serius. Mungkin juga suatu pengiktirafan tidak langsung terhadap Menoufiy sebab ramai pemimpin dan bijak pandai berasa dari Menoufia

 

Realiti sebenar Menoufia banyak melahirkan tokoh2 dan orang2 hebat di mesir. Presiden Anwar Sadat, Presiden Husniy Mubarak, Adli Mansour (Presiden sementara Mesir selepas kejatuhan Moursi), Mustafa Mahmoud (ahli falsafah), Amin Howeidi (ahli politik dan penulis) merupakan anak2 Menoufiy. Menoufia juga mempunyai kadar celik huruf yang agak tinggi di Mesir

 


Bagaimana timbul kata2 tu

 

Kisahnya bermula era Mamluk lagi. Ada seorang pembesar Mamluk yg bergaduh dan membunuh pembesar lain. Peristiwa tu disaksikan oleh seorang lelaki Menoufia. So pembesar Mamluk berasa bimbang kalau2 lelaki Menoufia ni akan membocorkan rahsia jenayahnya. Lalu pembesar Mamluk ni berbuat baik terhadap lelaki Menoufia tu. Bagi makanan yg lazat dan mewah sokmo dengan harapan apabila naik mahkamah, lelaki Menoufia ni akan berpihak kepadanya.

 

Apabila tiba hari perbicaraan di hadapan Qadi, Menoufiy ni bercerita perkara sebenar dari A sampai Z. Lalu pembesar Mamluk terkejut dengan pengakuan Menoufiy tadi di depan Qadi.

 

Pembesar Mamluk berteriak, “Bukankah kita dah ada perjanjian?”.

Lalu Menoufiy tadi menjawab tentang kesalahan saksi palsu dan hukuman masuk neraka untuk orang yang menjadi saksi palsu. Pembesar Mamluk tadi mengucapkan kata2nya yang menjadi terkenal, frasa yang menjadi bahan gurauan sehingga ke hari ni

 

المنوفي لا يلوفي

ولو أكلته لحم الكتوفي

 

 

 

Tiada ulasan: