Jumaat, 29 Ogos 2025

Bersederhanalah dalam pekerjaan kita

 

SEMBANG-SEMBANG SANTAI

 

Bersederhanalah dalam pekerjaan kita

 

Ada melintas kat tiktok ambo beberapa bulan lepas, ada satu video yang ambo rasa kena react. Ada seorang tiktokers tu menyebut dia sekarang dah bahagia. Tak tengok bola dah. Tak amik pot pun pasal bola. Katanya lagi tgk bola ni memudaratkan. Tak tidur malam, berjaga semata-mata nak tunggu siaran langsung. Then habis jer match, mengantuk sangat sampai tak solat subuh. Bangun ke tempat kerja lak, dok membahan sesama rakan sekerja. Kalau pasukannya menang, dia yang akan menganjing kawan2 dan sebaliknya kalau kalah, boleh murung kena bahan. So dia dah tinggalkan tengok bola. Dia bahagia dengan kehidupannya sekarang

 

Bab tengok bola (menonton siarang langsung perlawanan bolasepak) ni hanyalah salah satu event daripada banyak-banyak event hidup kita. Bukannya keperluan atau tanggungjawab pun. Kalau kerjaya kita sebagai penganalisis perlawanan, scout, commentator, jurukamera n etc tu lain la. Benda sebegitu dah jadi kerjaya. Kalau setakat penonton, benda tu bukannya keperluan. Kita boleh memilih untuk tengok atau tak. Kita boleh membuat pilihan untuk berjaga malam, tidur lewat atau tak

 

Apabila kita memilih untuk menonton, anggaplah semua tu sebagai hiburan je. Sebagaimana manusia perlukan hobi, minat n etc. Ada orang suka hiking, setiap tahun ada jer projek nak takluk mana2 puncak gunung. Tak cukup gunung dalam negeri, ada yang sampai ke luar negara.

 

Ada orang minat memancing. Kalau nak dikira, nak masuk ke pot memancing macam kelah tu dah berjam-jam sebelum boleh melabuhkan umpan. Tu belum kira lagi umpan tu mengena atau tak. Maybe umpan mengena tapi tak berbaloi. Minat punya pasal, redah jugak. Silakanlah

 

Begitulah juga ada yang suka tengok bola, tengoklah dalam keadaan ianya hanyalah hiburan, bukannya suatu perjuangan atau tujuan utama hidup. Jadikanlah semua tu sebagai hiburan

 

Secara umumnya, hukum asal tengok bola ni harus. Ada 1 hadis nabi SAW

جَاءَ حَبَشٌ يَزْفِنُونَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي الْمَسْجِدِ فَدَعَانِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَوَضَعْتُ رَأْسِي عَلَى مَنْكِبِهِ فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى لَعِبِهِمْ حَتَّى كُنْتُ أَنَا الَّتِي أَنْصَرِفُ عَنِ النَّظَرِ إِلَيْهِمْ

(Beberapa orang Habsyah telah datang ke masjid (Nabawi) pada hari raya dan bermain acara lawan pedang. Rasulullah SAW telah memanggilku untuk menontonnya. Aku telah meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda SAW dan menyaksikannya, hinggalah aku bosan dan berpaling darinya- Muslim)

 

Ada satu lagi kisah bagaimana seorang sahabat yang bernama Hanzalah. Beliau rasa takut, bimbang kalau dirinya telah jadi orang munafik kerana beliau lalai atau leka daripada mengingati Allah sebab dok berhibur dengan family. Sebelum tu beliau dok muhasabah dalam majlis dengan Nabi SAW. So Baginda SAW bersabda

 يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ ‏"‏ 

(Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan- Muslim)

 

Imam Nawawiy dalam Syarh Sahih Muslim ada menyebut bahawa kita tidaklah dituntut untuk beribadah sepanjang masa. Nabi SAW sebut ada masa untuk kita buat ibadah, ada jer masa untuk kehidupan dunia termasuklah berhibur bersama family.

 

Khas buat peminat barca, kita kena faham bahawa barca ni jadi alat untuk ekspresi rasa tak puas hati terhadap kerajaan pusat Madrid. Banyak sebab tak puas hati, antaranya ialah identiti antara Catalan dan Madrid tu berbeza. Bahasa yang berbeza. Catalan lak merupakan negeri yang terkaya di Spain. So hasil cukai yang dipungut di Catalan banyak dihantar ke persekutuan sebelum diagihkan semula ke seluruh Sepanyol. Kalau korang ingat lagi masa 2017, parlimen Catalan isytihar kemerdekaan secara unilateral selepas referendum tapi tak mendapat pengiktirafan Madrid. Masa tu barca kena main stadium kosong.

 

Selain Catalan, negeri2 seperti Basque (antara kelab besar ialah Bilbao dan Sociedad) dan Galicia (Depotivo la Coruna) juga ada hubungan yang tak ngam dengan persekutuan

 

Justeru itu, kelab Barcelona menjadi ekspresi penentangan terhadap Madrid samada dalam sukan bolasepak, bola keranjang, bola baling n etc. Kita kat Msia ni cukup sebagai peminat bola jer la, tak perlu la terikut sama dengan sentimen anti Madrid oleh geng separatis Catalan tu.

 

Apa pun, bersederhanalah dalam apa jua pekerjaan. Tak perlulah melampau. Wat wat rilek wat wat pis je, ha ha ha

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan: