Ahad, 21 September 2025

Kisah Belalang Emas Nabi Ayub as

 

BINGKISAN SEBELUM TIDUR

 

Kisah Belalang Emas Nabi Ayub as

Nabi bersabda, Ketika Nabi Ayyub a.s. sedang mandi telanjang, turun belalang-belalang emas, lalu beliau mengambil (meraubnya) ke dalam pakaiannya. Allah berfirman: Wahai Ayyub! Bukankah Aku telah mencukupkan engkau daripada apa yang engkau lihat? Baginda menjawab: Benar wahai Tuhanku, tetapi aku tidak pernah cukup daripada keberkatan-Mu.”- Bukhari.

 

Masa memula dengar hadis ni, ambo rasa pelik. Terlintas dalam hati takkan la seorang nabi nak mandi telanjang. Rasa tak logik kan. Apabila kita belajar, apabila kita lihat dan dengar penerangan ulama meliputi sanad dan matan, baru kita faham teks dan konteks cerita tu. Benarlah kata orang, kita rasa pelik kerana kita tak pernah tahu, tak pernah dengar, kita jahil. Apabila kita belajar Insya Allah kita dah tak rasa pelik

 

Imam Bukhari meletakan hadis ni di bawah bab yang dinamakan sebagai (bab seseorang mandi telanjang sendirian di tempat yang sunyi). 

 

Hadis ni menyebut bahawa nabi ayyub mandi telanjang di tempat yang tiada orang, kemudian jatuh belalang emas dari langit. Perkara sebegini merupakan mukjizat dari Allah kepada nabinya. So Allah nak bagi rezeki berbentuk belalang emas kepada Nabi Ayub. Nabi Ayyub mengutip belalang emas tersebut dengan pakaiannya. Kemudian Allah menegurnya  (bukankah Aku telah mencukupkan engkau?) Baginda as menjawab memang benar, dah cukup pemberiaan Allah kepadanya. Namun beliau tidak pernah berasa cukup daripada keberkatan Allah

 

Ada beberapa perkara penting untuk kita ambil faedah daripada hadis ni. Antaranya ialah harus untuk kita mengambil harta halal. Dalam hadis ni Nabi Ayyub as bergegas mengambil emas berbentuk belalang sebagai rezeki dan pemberian secara langsung daripada Allah kepadanya. Kalau nak dikira, Nabi Ayyub ni Allah dah kurniakan banyak nikmat kepadanya terutama selepas beliau diuji. Namun apabila Allah menurunkan harta berbentuk belalang emas, Nabi Ayyub mengambilnya bukan lah kerana cintakan dunia (nabi ni maksum) tetapi kerana itulah pemberian langsung daripada Allah. Nabi Ayyub as sebut bahawa beliau tidak pernah merasa puas daripada mengambil keberkatan dan limpahan rahmat Allah.

 

Justeru itu, kita boleh jer nak amik harta halal, takder masalah. Apa yang menjadi masalah ialah perasaan cintakan dunia tu terlalu kuat dalam diri kita sehingga dah tak peduli halal haram.

 

Dalam kitab Riyad al-Salihin, Imam Nawawiy meletakkan suatu bab tentang orang kaya yang bersyukur. Banyak hadis2 yang disusun oleh Imam Nawawiy menyebut kelebihan orang kaya yang bersyukur dengan nikmat dan pemberian Allah.

 

Dalam hadis di atas juga , kita dapat amik manfaat bahawa harus je untuk kita mandi telanjang secara berseorangan. Contohnya mandi telanjang di tempat tertutup seperti bilik mandi. Seeloknya pakai la kain basahan, seluar pendek atau apa2 pakaian. Kalau mandi di tempat ramai seperti taman rekreasi, sungai, tali air tu lain cerita lak.

 

Walaupun kita keseorangan di tempat tertutup, ada jer malaikat tu, so tutuplah walaupun sekadar tempat aurat yang paling minimum. Dalam kes Nabi Ayyub as, beliau mandi di tempat yang sunyi yang jauh daripada pandangan manusia. Perbahasan tentang mandi telanjang di tempat tertutup tu anda boleh follow kitab2 fegh

 

Timbul persoalan, apakah boleh kita mandi telanjang di tempat tertutup? Nabi Ayyub kan mandi telanjang. Bahkan ada hadis lain Nabi Musa juga pernah mandi telanjang apabila seketul batu membawa lari pakaian baginda.

 

Ada 2 benda berbeza dalam perkara ini, pertama ialah boleh atau tidak mandi telanjang. (ambo dah sebut kat atas)

Perkara kedua, apakah perbuatan atau perkataan nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW menjadi Syarak yang semestinya kita ikuti. Benda ni ada perbahasan yang panjang dalam Usul Fegh

 

 #sebahagian daripada kuliah maghrib berdasarkan Riyad al-Salihin

 

 

 

 

Tiada ulasan: