Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda:
(Bani Israil biasa mandi telanjang dalam keadaan mereka saling melihat antara satu sama lain sedangkan Musa pula mandi sendirian. Mereka (Bani Israil) berkata “Demi Allah, Musa tidak mandi bersama kita kerana dia ada kecacatan pada kemaluannya”. Suatu hari Nabi Musa as mandi, lalu baginda meletakkan pakaiannya di atas sebuah batu. Kemudian batu itu bergerak bersama pakaiannya. Maka Nabi Musa as mengejarnya sambil berkata “Wahai batu, bajuku! Wahai batu, bajuku!” Sehingga kaum Bani Israil melihat tubuh Musa (yang telanjang) lalu mereka berkata “Demi Allah, Musa tidak ada sebarang kecacatan”. Nabi Musa as kemudian mengambil pakaiannya semula dan memukul batu tersebut – Bukhari, Muslim n etc)
Masa memula dengar hadis ni, mmg rasa pelik. Masa tu ambo baru sampai Kaherah. Dok dengar senior baca hadis pasal ni, rasa terkejut dan pelik. Benarlah kata orang apabila kita tak tahu, tak biasa, then baru berjumpa hadis2 sebegini kita akan rasa pelik sedangkan hadis ni ada dalam sahih Bukhari
Ibn Hajar al-Asqalani semasa mensyarahkan hadis ni di dalam karya agungnya Fath al-Bari menjelaskan bahawa Bani Israil dibolehkan untuk mandi dalam keadaan telanjang. Kiranya Syariat mereka ok je. Walau bagaimanapun Nabi Musa mandi secara keseorangan. Tak mandi beramai2 sebagaimana kebiasaan kaumnya. Ini menunjukkan Nabi Musa as seorang yang pemalu dan sentiasa menjaga maruahnya
Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa Bani Israil sebenarnya diperintahkan untuk menutup aurat. Namun mereka degil, tidak mahu mengikut perintah Nabi Musa supaya menutup aurat. Mereka mandi bertelanjang sambil melihat aurat masing2.
Ada juga pandangan (Qiila) yang mengatakan kemungkinan peristiwa ini berlaku semasa mereka terkepung di Padang Tih. Oleh kerana ketiaadan bagunan atau dinding, maka Bani Israil mandi telanjang.
Bagi kita Umat Muhammad SAW, apabila mendengar kebiasaan Bani Israil mandi beramai2 telanjang, kita rasa pelik. Namun bagi mereka, dalam syariat mereka, perkara tu dibolehkan (ada beberapa perbahasan dan pandangan ulama dalam bab ni)
Hadis ini menjadi bukti pemeliharaan Allah terhadap para nabi daripada kecacatan samada kecacatan fizikal, mental atau moral. Dalam hadis tu, Bani israil menuduh Nabi Musa ada kecacatan pada kemaluannya sehingga baginda tak mandi beramai2 seperti kebiasaan mereka. Dengan cara sebegini, tuduhan atau sangkaan buruk tersebut akan hilang.
Para ulama juga mengatakan bahawa ia menjadi bukti tentang kemaksuman para nabi daripada sebarang tuduhan yang boleh merendahkan martabat mereka.
Hadis di atas menerangkan tentang sifat malu Nabi Musa as. Walau pun Syariat Bani Israil membenarkan mereka mandi telanjang namun Nabi Musa as memilih untuk mandi bersendirian demi menjaga auratnya. Bagi kita umat Nabi Muhammad SAW pula, wajib ke atas kita untuk menjaga batas2 aurat
Selain itu, Nabi Muhammad saw menerangkan bahawa kita batu tu bergerak dan membawa pakaian Nabi Musa sehingga Baginda mengejarnya. Bagaimana batu boleh bergerak? Perkara ni merupakan mukjizat. Mukjizat ni perkara2 yang mencarik adat yang berlaku terhadap para nabi yang menjadi bukti kenabian mereka. Sama la seperti mukjizat Nabi Isa menghidupkan orang mati, Nabi Musa membelah laut, Nabi Ibrahim selamat walaupun dilontarkan ke dalam api yang marak menjulang dan sebagainya. Semua tu berlaku dengan izin Allah
Biasanya apabila kita terjumpa hadis Nabi Musa dan batu ni, ustaz2 kami akan sebut juga kisah Nabi Ayyub mandi telanjang (kisah belalang emas). Then akan timbul bab apakah dibolehkan kita mandi telanjang (berseorangan). Ulama menegaskan, malulah kepada Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan