Khamis, 14 Mei 2026

Badwiy kencing dalam Masjid Nabi


Badwiy kencing dalam Masjid Nabi

Daripada Anas bin Malik ra, katanya seorang Arab Badwi telah datang dan kencing di satu penjuru dalam masjid. Lalu para sahabat bangun hendak menyergahnya namun Rasulullah SAW melarang mereka buat gitu. Rasulullah SAW bersabda “Jangan kamu putuskan kencingnya, biarkan dia”. Setelah dia selesai, Baginda SAW meminta sebaldi air lalu menuangkannya ke tempat kencing itu.- Muttafaq Alayh)

 

Hadis mengenai seorang Arab Badwi yang kencing di dalam masjid ni merupakan antara hadis yang sangat glamer. Banyak iktibar yang boleh diambil daripada hadis ni. Ia menggambarkan kelembutan, hikmah dan kebijaksanaan Rasulullah SAW dalam mendidik manusia.

 

Peristiwa ini berlaku apabila seorang Arab Badwi yang masih jahil tentang adab Islam masuk ke dalam masjid lalu kencing di satu sudut masjid. Para sahabat yang melihat kejadian itu segera bangun untuk menghalangnya kerana memandang perbuatannya sebagai penghinaan terhadap kesucian masjid. Namun Rasulullah SAW menegah mereka dengan sabdanya: “Jangan kamu putuskan kencingnya, biarkan dia.” Setelah Badwi itu selesai, Baginda SAW meminta air lalu menyiram tempat tersebut dan menasihatinya dengan penuh hikmah.

 

Badwi tu pun satu, datang ke Madinah tetiba jer kencing dalam Masjid Nabi. Harus difahami bahawa Masjid Nabi pada masa tu bukanlah sama seperti masjid nabi sekarang yang penuh dengan marmar, aircond, bumbung terbuka n etc. masjid nabi pada masa tu binaannya ringkas dengan batang dan pelepah tamar je. Lantai masjid pula dibuat beralaskan tanah, batu dan pasir. So apabila Badwi tu kencing, air tu mudah jer nak mengalir ke bawah. Bukan macam lantai marmar sekarang

 

Para ulama menjelaskan bahawa tindakan Rasulullah SAW mengandungi pelbagai pengajaran besar. Imam al-Nawawi menerangkan bahawa Nabi SAW melarang para sahabat menghentikan Badwi itu kerana jika dihentikan secara kasar ketika dia sedang kencing, ia boleh memudaratkan tubuhnya serta menyebabkan najis tersebar ke tempat lain.

 

Sifirnya mudah. Kalau Badwiy tu kencing setempat then selesai, tempat tu jer yang kotor (mudarat kecil). Senang nak basuh. Tapi kalau Badwiy sedang kencing, then sahabat kejar Badwiy tu nanti tak pasal2 Badwiy tu lari sekeliling masjid sambil terkencing, satu masjid lak kena basuh (mudarat besar). Logiknya gitu la. So antara basuh satu tempat kecil yang tercemar dengan basuh sebutir masjid, basuh satu tempat tu lebih mudah. Antara 2 mudarat ni Baginda memilih mudarat yang lebih ringan.

 

Selain itu, Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab Fath al-Bari menjelaskan bahawa hadis ini menjadi dalil penting tentang kelembutan dalam mendidik orang jahil. Rasulullah SAW tidak terus memarahi Badwiy itu di hadapan orang ramai. Tujuan utama dakwah ialah memberi kefahaman, bukan memalukan manusia. Sikap kasar hanya akan menyebabkan seseorang semakin jauh daripada agama. Setelah keadaan tenang, Nabi SAW menasihatinya dengan baik bahawa masjid ialah tempat beribadat.

 

Hadis ini juga menunjukkan kesempurnaan akhlak Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah bahawa Baginda diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam. Ada ulama menyatakan bahawa akhlak Nabi SAW dalam hadis ini menjadi contoh tertinggi bagi para pendakwah dan guru. Seseorang yang baru mengenal agama atau melakukan kesalahan kerana kejahilan perlu dibimbing secara berhikmah, sesuai dengan tahap pemahamannya.

 

Dari sudut hukum, para fuqaha mengambil dalil daripada hadis ini bahawa tanah yang terkena najis boleh disucikan dengan mencurahkan air sehingga hilang kesan najis tersebut. Hadis ini juga menunjukkan bahawa masjid wajib dipelihara daripada segala kekotoran kerana ia merupakan rumah Allah dan tempat ibadah umat Islam.

 

Kesimpulannya, hadis Badwiy kencing di masjid bukan sekadar kisah tentang penyucian najis, bahkan ia merupakan madrasah besar dalam memahami rahmat, hikmah dan kelembutan Islam. Rasulullah SAW mengajar bahawa manusia tidak berubah dengan penghinaan dan kemarahan semata-mata, tetapi dengan ilmu, kesabaran dan kasih sayang. Inilah manhaj dakwah Nabi SAW yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam sepanjang zaman.

 

# riyad al-salihin.

-       Dulu pernah dengar cerita ada perkampungan badwi di pinggir kaherah (rasanya sekitar 50an). Zaman ambo rasanya dah tak jumpa perkampungan Badwi di area pinggiran Kaherah. Kalau kita ke Semenanjung Sinai, masih ada geng Badwiy lengkap berjubah kat sesetengah area tu.

 

Tiada ulasan: