Sembang2 Ringkas Tentang Nazar
Masa ambo remaja dulu (masa Barcelon era Cruyff), ada timbul citer pasal nazar nak terjun dari jambatan pulau pinang. Kisahnya tentang seorang komposer tersohor tanahair. Dia terbitkan album sebuah kumpualn muzik namun tak berapa menjadi. Masuk album kedua (rasanya) yang katanya dipenuhi dengan lagu2 yang agak killer, so kalau album ni menjadi atau meletop, dia akan terjun daripada jambatan Pulau Pinang.
Era 90an ni takder lagi jambatan kedua. Yang ada hanyalah jambatan pertama dengan ketinggian dari paras air laut lebih kurang 30 meter kalau tak salah ambo. Ketinggian sebegini dah boleh mengakibatkan kecederaan serius.
Then album kumpulan berkenaan mmg meletop. Tak pasti lak dapat platinum ke apa tapi mmg top la. So citer pasal nazar nak terjun daripada jambatan ni kembali menjadi hangat. Kemudian benda ni ditegur oleh Mufti Perak pada masa tu, arwah Dato Harussani (ADH). Kenyataan ADH rasanya disiarkan dalam paper utama negara kita. Komposer berkenaan kemudiannya meminta maaf dan menukar nazar beliau kepada makan buah durian. Rasanya gitula citer tu
Dulu ada sebuah pasukan dalam negara kita menang Piala Malaysia (atau layak ke final Malaysia Cup. Ambo dah lupa). So ada peminat yang bernazar nak cukur kepala. Ada yang bernazar nak berjalan kaki dari rumahnya ke Stadium Merdeka. Ada yang bernazar nak menamakan anak2 mereka dengan nama2 tertentu jika lelaki (biasanya sempena nama player bola). Macam2 jenis orang bernazar.
Apabila kita buka kitab figh, perbahasan bab nazar ni panjang. Secara mudahnya nazar bermaksud seseorang mewajibkan ke atas dirinya melakukan sesuatu amalan yang tidak diwajibkan oleh Syariat ke atasnya. Kiranya amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub)
Contohnya seseorang tu berkata “WAJIB KE ATAS AKU untuk bersedekah kepada masjid sebanyak RM100 jika Allah menyembuhkan sakit aku”. So asalnya sedekah tu tak wajib, tapi seseorang tu mewajibkan ke atas dirinya sesuatu perkara yang selama ni tak wajib iaitu sedekah (jangan keliru dengan word Sodaqah dalam Arabic, sebab kadang2 Sodaqah dalam Arabic membawa makna zakat)
Begitu juga sekiranya dia berkata “ Aku BERNAZAR untuk sembelih seekor lembu dan jamu orang kampung jika anakku lulus cemerlang dalam SPM ni”. Asalnya tak wajib nak sembelih seekor lembu untuk buat jamuan kepada orang pun, tapi dia mewajibkan ke atas dirinya untuk buat korban tu. So itulah maksud nazar
Nazar ni ada kaedahnya melibatkan lafaz nazar (sighah), benda yang dinazarkan (al-manzur) dan juga orang yang bernazar (al-naazir). Takleh la bernazar benda2 maksiat contohnya kalau anak kita lulus STAM, kita bernazar nak buat maksiat seperti nak minum arak, nak tinggal solat dan sebagainya. Begitu juga bernazar nak buat sesuatu perkara yang memang dah sedia ada wajib, takder maknanya nazar tu. Contohnya kita bernazar jika sekian sekian, kita nak solat Subuh atau nak bayar Zakat. So nazar sebegini takder makna, kita mewajibkan benda yang dah sedia wajib.
Ambo lebih cenderung pada pandangan ulama yang mengatakan tak usahlah bernazar (ada perbahasan bab ni). Kalau nak buat ketaatan, contohnya nak sembelih kambing untuk bagi makan kepada orang miskin, buat jer tanpa bernazar. Begitu juga kalau nak puasa sunat, buat jer tanpa bernazar. Bimbang kot2 kita bernazar then kita tak tunaikan. Nanti lain lak citernya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan