Ahad, 21 September 2025

Kisah Belalang Emas Nabi Ayub as

 

BINGKISAN SEBELUM TIDUR

 

Kisah Belalang Emas Nabi Ayub as

Nabi ﷺ bersabda, “Ketika Nabi Ayyub a.s. sedang mandi telanjang, turun belalang-belalang emas, lalu beliau mengambil (meraubnya) ke dalam pakaiannya. Allah berfirman: Wahai Ayyub! Bukankah Aku telah mencukupkan engkau daripada apa yang engkau lihat? Baginda menjawab: Benar wahai Tuhanku, tetapi aku tidak pernah cukup daripada keberkatan-Mu.”- Bukhari.

 

Masa memula dengar hadis ni, ambo rasa pelik. Terlintas dalam hati takkan la seorang nabi nak mandi telanjang. Rasa tak logik kan. Apabila kita belajar, apabila kita lihat dan dengar penerangan ulama meliputi sanad dan matan, baru kita faham teks dan konteks cerita tu. Benarlah kata orang, kita rasa pelik kerana kita tak pernah tahu, tak pernah dengar, kita jahil. Apabila kita belajar Insya Allah kita dah tak rasa pelik

 

Imam Bukhari meletakan hadis ni di bawah bab yang dinamakan sebagai (bab seseorang mandi telanjang sendirian di tempat yang sunyi). 

 

Hadis ni menyebut bahawa nabi ayyub mandi telanjang di tempat yang tiada orang, kemudian jatuh belalang emas dari langit. Perkara sebegini merupakan mukjizat dari Allah kepada nabinya. So Allah nak bagi rezeki berbentuk belalang emas kepada Nabi Ayub. Nabi Ayyub mengutip belalang emas tersebut dengan pakaiannya. Kemudian Allah menegurnya  (bukankah Aku telah mencukupkan engkau?) Baginda as menjawab memang benar, dah cukup pemberiaan Allah kepadanya. Namun beliau tidak pernah berasa cukup daripada keberkatan Allah

 

Ada beberapa perkara penting untuk kita ambil faedah daripada hadis ni. Antaranya ialah harus untuk kita mengambil harta halal. Dalam hadis ni Nabi Ayyub as bergegas mengambil emas berbentuk belalang sebagai rezeki dan pemberian secara langsung daripada Allah kepadanya. Kalau nak dikira, Nabi Ayyub ni Allah dah kurniakan banyak nikmat kepadanya terutama selepas beliau diuji. Namun apabila Allah menurunkan harta berbentuk belalang emas, Nabi Ayyub mengambilnya bukan lah kerana cintakan dunia (nabi ni maksum) tetapi kerana itulah pemberian langsung daripada Allah. Nabi Ayyub as sebut bahawa beliau tidak pernah merasa puas daripada mengambil keberkatan dan limpahan rahmat Allah.

 

Justeru itu, kita boleh jer nak amik harta halal, takder masalah. Apa yang menjadi masalah ialah perasaan cintakan dunia tu terlalu kuat dalam diri kita sehingga dah tak peduli halal haram.

 

Dalam kitab Riyad al-Salihin, Imam Nawawiy meletakkan suatu bab tentang orang kaya yang bersyukur. Banyak hadis2 yang disusun oleh Imam Nawawiy menyebut kelebihan orang kaya yang bersyukur dengan nikmat dan pemberian Allah.

 

Dalam hadis di atas juga , kita dapat amik manfaat bahawa harus je untuk kita mandi telanjang secara berseorangan. Contohnya mandi telanjang di tempat tertutup seperti bilik mandi. Namun seeloknya pakai la kain basahan, seluar pendek atau apa2 pakaian. Kalau mandi di tempat ramai seperti taman rekreasi, sungai, tali air tu lain cerita lak. 

 

Ada hadis lain kisah sahabat pernah bertanya Nabi SAW boleh ker untuk menampakkan aurat (bertelanjang apabila dok sorang2), Nabi SAW menyebut bahawa Allah lebih berhak untuk kita malu daripada manusia.

 

Walaupun kita keseorangan di tempat tertutup, ada jer malaikat tu, so tutuplah walaupun sekadar tempat aurat yang paling minimum. Dalam kes Nabi Ayyub as, beliau mandi di tempat yang sunyi yang jauh daripada pandangan manusia. Perbahasan tentang mandi telanjang di tempat tertutup tu anda boleh follow kitab2 fegh.


Timbul persoalan, apakah boleh kita mandi telanjang di tempat tertutup? Nabi Ayyub kan mandi telanjang. Bahkan ada hadis lain Nabi Musa juga pernah mandi telanjang apabila seketul batu membawa lari pakaian baginda.

 

Ada 2 benda berbeza dalam perkara ini, pertama ialah boleh atau tidak mandi telanjang. (ambo dah sebut kat atas)

Perkara kedua, apakah perbuatan atau perkataan nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW menjadi Syarak yang semestinya kita ikuti. Benda ni ada perbahasan yang panjang dalam Usul Fegh

 

 #sebahagian daripada kuliah maghrib berdasarkan Riyad al-Salihin

 

 

 

 

Selasa, 9 September 2025

Kisah Jamal Khashoggi (JK), kubur tanpa batu nisan

 SEMBANG-SEMBANG SANTAI

 

Kisah Jamal Khashoggi (JK), kubur tanpa batu nisan

(Ada kata2 yang senior kami kat Kaherah pernah sebut, negara arab ni kalau kamu selalu mengkritik pemerintah, lantang atau terlalu keras menghentam pemerintah, nanti kamu akan hilang tanpa sebarang bekas)

 

Ambo tak begitu kenal dengan susuk bernama Jamal Khashogi (JK) ni sehinggalah kematiannya pada 2018. Cuma perasan la dulu pernah tengok tulisan dan gambar dia dalam akhbar dan majalah. Sepanjang tempoh ambo di Kaherah, ambo jarang mengikuti perkembangan politik Saudi. Cuma akhbar atau majalah dari negara2 teluk ada juga dijual di Kaherah. Biasanya ambo baca pasal bola je ha ha ha

 

Masa 2018 dulu, tular cerita kehilangan (kematian) JK ni. JK ni asal Madinah. Sepupu Dodi al-Fayed. Dodi ni lak pernah dikaitkan dengan Puteri Diana, anak kepada Muhammad al-Fayed, jutawan Mesir yang pernah membeli kelab bola Fulham (juga pemilik Harods, Hotel Ritz paris n etc)

 

JK menerima pendidikan tertinggi di US dalam bidang business. Then beliau jadi wartawan pada era 80an lagi. Beliau pernah menjadi editor akhbart al-watan dan ada ruangan tetap di The Washington Post.

 

Beliau juga pernah jadi penasihat media kepada Putera Turki al-Faisal, bekas duta Saudi ke US dan UK. So hubungan awalnya dengan keluarga diraja Saudi agak rapat hinggalah putera mahkota sekarang, Muhammad bin Salman (MBS) mula menguatkan cengkamannya

Then beliau mula clash dengan keluarga diraja Saudi terutama isu2 yang melibatkan kebebasan media, hak asasi dan politik di timur tengah. Kiranya dia tak ngam dengan kepimpinan baru Saudi era MBS ni. Beliau banyak mengkritik mereka

 

Pada oktober 2018, JK dilaporkan pergi ke Konsulat Saudi di Istanbul untuk urusan dokumen perkahwinan. Isterinya orang Turkiye. Bila dia masuk ke bangunan konsulat tu, dia tak pernah keluar lagi

 

Mula2 tu timbul cerita kehilangan dia. Ada CCTC di bangunan mengesahkan dia masuk ke bangunan Konsulat Saudi dan tak pernah keluar. So mula la timbul macam2 cerita. Memandnagkan isu ni agak besar, dah tular, pihak Turki melancarkan siasatan dan mendedahkan bahawa JK dibunuh pasukan khas Saudi secara terancang.

 

Kerajaan Saudi nafi semua tu, namun khabarnya ada bukti audio serta sokongan forensik yang mengesahkannya. Ada juga khabar2 mengatakan bahawa benda ni berlaku dengan sokongan atau paling kurang dengan pengetahuan MBS.

 

Then ada juga tersebar dalam beberapa website, gambar2 anggota JK telah dipotong kecil2 dan dicairkan dalam larutan asid sebelum dibuang ke dalam saliran. Khabar ia dilakukan oleh pasukan khas tentera berpangkat tinggi. Entahla benda sebegini biasanya tak pernah ada pengesahan rasmi. Apa yang pasti, kelantangan JK berkahir dengan kematiannya.

 

Apa yang ambo selalu dengar, apabila berdepan dengan pemerintah arab, biasanya akan hilang tanpa kubur. Ayat ni selalu ambo dengar. Kematian JK ni seolah2 mengesahkan ayat2 berkenaan.

 

Antara rujukan ambo

1) Ignatius, D. (2018). What Jamal Khashoggi Told Me About Saudi Arabia. The Washington Post.

2) Lynch, M. (2019). Khashoggi’s Murder and the Future of U.S.-Saudi Relations. Foreign Affairs.

3) Riedel, B. (2018). The Khashoggi Affair and Saudi Arabia’s Future. Brookings Institution.

4) Warrick, J., & Harris, S. (2018). CIA Concludes Saudi Crown Prince Ordered Jamal Khashoggi’s Assassination. The Washington Post.

 

Rabu, 3 September 2025

Di antara adab melawat orang sakit

 

BINGKISAN SEBELUM TIDUR

 

Daripada Ummu Salamah ra, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ

(Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, atau melawat jenazah, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan-Muslim)

 

Dalam hadis ni, Baginda SAW telah mengajarkan kepada kita beberapa perkara. Maybe kita boleh sebut benda ni sebagai protokol atau S.O.P melawat orang sakit. Tak kiralah samada orang yang sedang sakit tu sedang nazak atau tak. Di antara adab2 melawat orang sakit ialah bercakap perkara2 yang positif dan mendoakannya

 

Ustaz kami pernah berpesan, kalau awak melawat orang sakit jangan sesekali bercakap perkara yang boleh memberi kesan negatif kepada pesakit. Contohnya dok sebut perkataan seperti:

“Saya ada ahli keluarga yang mengidap penyakit sama seperti awak, tak lama dalam 3 hari je kemudiannya meninggal dunia.”

“ Sakit macam ni biasanya dah takder harapan. Tunggu mati jer”

Kawan tu dah la sakit, dok tension nak berperang melawan penyakitnya tetiba kita yang datang melawat pulak mengeluarkan perkataan yang negatif. So perkara sebegini elakkanlah, dibimbangi akan memberi kesan negatif kepadanya. Memanglah penyakit ni daripada Allah namun Nabi SAW menyuruh kita berubat dan berusaha. Then kita serah padaNYA

 

Dalam hadis di atas, Nabi SAW juga menyebut bahawa malaikat akan mengaminkan doa kita semasa kita melawat orang sakit. Ucapan Amin ni maksudnya (Ya Allah! Terimalah permintaan kami). Ini menunjukkan bahawa malaikat yang berada di sekeliling kita semasa melawat orang sakit itu akan mengaminkan doa kita.

 

Tak pastila malaikat mana yang ada pada masa tu. Mungkin malaikat maut, mungkin malaikat pencatat pahala dosa, mungkin malaikat penjaga (hafazah), mungkin juga malaikat rahmat. Apa yang pasti, para malaikat akan mengaminkan doa kita. Justeru itu, ucapkanlah perkataan yang baik-baik.

 

Bukan untuk semua orang, bukan dalam semua keadaan para malaikat akan mengaminkan doa kita. Oleh itu, kita gunakanlah saat2 semasa melawat orang sakit untuk menyebut benda2 baik. Moga doa kita pada masa tu diaminkan malaikat dan diperkenankan olehNYA

 

Para ulama juga telah menggariskan beberapa adab lain semasa menziarahi pesakit. Di antaranya ialah pemilihan waktu melawat yang sesuai, tidak mengambil tempoh masa yang lama ketika ziarah, menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan dan sebagainya. Janganlah sampai lawatan kita terhadap pesakit tu menimbulkan mudarat kepadanya

 

Hadis di atas juga mengajar kita untuk menyerahkan segala urusan kita kepada Allah (tawakkal) terutama apabila ditimpa musibah. Maksud penyerahan di sini ialah meletakkan segala pengharapan kita kepadaNYA selepas kita berusaha sedaya upaya kita. Janganlah kita menyerah tanpa berusaha, yang ni dipanggil tawaakul. Tawaakul ni maknanya kita serah kepada Allah dalam keadaan kita tak berusaha.

Ibarat seorang murid yang sentiasa hadir ke sekolah, baca buku dan nota, buat segala latihan dan ulangkaji, hadiri kelas tambahan, akhirnya kita meletakkan pengharapan akhir kita pada Allah

 

Kesimpulannya kita dituntut untuk menziarahi saudara yang sakit serta mendoakan mereka dengan doa yang baik2 kerana malaikat akan mengaminkan setiap doa dan ucapan yang diungkapkan.