Ahad, 26 April 2009
kerahmatan yang hilang muncul kembali
sekarang aku ngaja tahun 4, dok baca talaqqi pasal kisah nabi yusuf(surah yusuf). sambil2 tu aku rujuk tafsir, pastinya tafsir pimpinan rahman n tafsir ibn kathir. memula dari awal...langkah2 ada gak skit2 n then sampai pada tahap buniyamin dah kena tahan atas tuduhan mencuri. so 2 orang anak nabi yaakub hilang. first, yusuf yang hilang tanpa sebarang berita...2nd buniyamni ditahan oleh pembesar mesir(nabi yusuf) atas tuduhan mencuri. n then tambah seorang lagi, robel..ada yang kata yahuza ambik keputusan untuk tidak pulang ke kan an. dia mengucapkan aku tidak akan keluar dari bumi ini sehingga ayahku mengizinkanku untuk pulang atau aku menerima hukum allah pada aku. really dah 3 orang anak nabi yaakub yang hilang(samada ditahan,disangka hilang atau tak nak balik). yang paling aku terkesan kata-kata robel/ yahuza tu n then kata2 nabi yaakub tu(fa sabrun jamil).( aku tidak mengadu pada makhluk, aku mengadu pada tuhanku yang maha agung). rasa nak nagis jer bila dia sebut camtu. at last, mereka semua dapat berkumpul semula bersama nabi yusuf di mesir. apa pun, sabar tu memang indah walaupun pada mulanya pahit. n adulah padaNYA yang Agung
Sabtu, 25 April 2009
aku kena kursus hari sabtu
entahla aku nak tulis camana
aku rasa aku kena ringankan penulisan aku
takder laa terlalu ilmiah macam biasa
lagipun blog aku ni aku tak taruk nama asal
bukan apa
aku tulis apa aku nak tulis, untuk diri aku
apa-apa pun....untuk diri aku
hari ni sabtu 25 april 2009
aku kena hadir kat sekolah. ada kursus latihan dalam perkhidmatan. nak wat camana, kena hadir la gak. bukannya apa ada dia cakap pasal eduwebtv.com jer. tapi line dia slow laaa....biasala kerajaan punya. nampak gaya lepas ni aku kena hadir ke cc kat luar.daftar eduweb dan wat kat luar jer.
malam ni kelantan vs selangor di bukit jalil...aku tgk depan tv je.....siap dengan rakaman n ada ulang tayang kalau gol yangh dijaringkan. rasa jugak nak hadir ke bukit jalil, tapi esok aku kena bertugas. paling koman pun, bini aku kena hadir bertugas.so terpaksa la tgk depan tv je..pe pun semoga red warriors berjaya. dalam padang berjaya n diluar padang pun berjaya
Khamis, 23 April 2009
pertandingan cerita kanak-kanak
Pada zaman dahulu ada seorang nabi yang kisahnya cukup masyhur kerana membuat bahtera besar. Nabi ini juga terkenal kerana tempoh dakwahnya yang lama sehingga 950 tahun. Baginda tidak pernah mengenal penat lelah walupun dakwahnya tidak mendapat reaksi positif daripada kaumnya. Kawan kawan, tahukah anda siapakah nabi yang saya maksudkan. Baginda ialah nabi nuh A.S. hari ini saya akan bercerita kepada hadirin sekelian tentang dakwah nabi nuh as
nabi nuh merupakan nabi yang ke 4 selepas nabi adam, idris dan syith. Beliau diutuskan oleh allah kepada kaumnya yang menyembah berhala ciptaan mereka sendiri. Mereka membuat berhala kemudiannya memuja dan menjadikan berhala ciptaan mereka sebagai tuhan. Selain itu, mereka juga hidup bergelumang dengan maksiat dan perbuatan kufur kepada allah. Lalu allah utuskan nabi nuh untuk menyeru kaumnya menyembah allah dan meninggalkan perbuatan syirik. nabi nuh mula berdakwah menyeru kaumnya meninggalkan kekukuran kepada keimanan, daripada syirik kepada tauhid, daripada maksiat kepada taat, daripada kehidupan yang bertunjangkan materialism semata-mata kepada kehidupan duniawi dan ukhrawi. Namun kaumnya tetap ingkar dan berdegil. Mereka tidak mahu menyahut seruan dan dakwah nabi nuh bahkan lebih daripada itu, mereka menuduh nabi nuh seorang yang gila, majnun, hilang akal, tukang sihir dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mengejek dan mencela serta memaki hamun terhadap baginda. Namun baginda tetap tabahkan nabi, tetap bertahan dan terus berdakwah menyeru kepada tauhid.
Kawan-kawan, nak tahu apa yang terjadi kepada dakwah nabi nuh?kaumnya tetap berdegil dan enggan menerima dakwah nabi nuh as. Semakin lantang seruan nabi nuh sampaikan, semakin kuat tentangan yang nabi nuh as hadapi. Ajaran nabi nuh ditentang habis-habisan. Bahkan lebih daripada itu, mereka mencabar kebenaran risalah yang dibaw a nabi nuh dan meminta bukti kenabian. Walaupun berhadapan dengan rintangan dan cabaran yang kuat, nabi nuh as tetap bersabar dan meneruskan dakwahnya seperti biasa. Baginda menyerahkan kejayaan dakwahnya kepada allah dengan bertawakkal kepadaNYA
Allaj mewahyukan kepada nabi nuh agar membina bahtera. Tanpa banyak soal, nabi nuh membina bahtera di atas puncak bukit. Melihatkan keadaan nabi nuh yang membina bahtera di atas puncak bukit, kaumnya mengejek, memperli dan mentertawakannya. Namun baginda tetap bersabar, enggan melayan karenah mereka dan menruskan usaha membuat bahtera kerana itu adalah perintah allah yang tidak doleh sama sekali diingkari. Apabila kapal yang dibina nabi nuh siap, allah memerintahkan kepada baginda supaya mengumpulkan semua jenis haiwan dan tumbuihan secara berpasang-pasangan. Nabi nuh dan sebahagian kecil kaumnya yang beriman kepada allah menaiki kapal tersebut.
Lalu allah memerintahkan kepada langit supaya menurunkan hujan. Allah juga memerintahkan kepada bumi supaya mengeluarkan air daripada perut bumi. Air hujan yang lebat turun mencurah-curah ke bumi ditambah pula dengan bumi yang mengeluarkan air yang membuak-buak. Dalam keadaan sedemikian, nabi nuh masih sempat menyeru kepada kaumnya termasuklah anaknya supaya berimankepada allah dan menaiki kapal bersama-samanya. Kaumnya enggan termasuklah anak lelaki baginda sendiri. Mereka dengan angkuhnya berkata kami akan mendaki puncak bukit yang lebih tinggi, nanti kami akan selamat. Namun hadirin sekelian, banjir yang menimpa kaum nabi nuh bukanlah banjir sebarangan yang berpunca daripada perubahan monsoon dan boleh diramal pasang surutnya. Banjir ini merupakan bala dan ujian daripada allah kepada kaum nabi nuh as. Banjir ini telah menenggelamkan sama sekali kaum nabi nuh yang kufur kepada allah. Demikian lah janji allah sentiasa benar Setelah belayar sekelian lama, akhirnya bahtera nabi nuh yang memuatkan orang-orang yang beriman kepada allah, segala jenis haiwan dan tumbuhan berpasangan ini berlabuh di puncak gunging al-judiy.
Rabu, 31 Oktober 2007
kedudukan islam dalam undang-undang malaysia kini
Pendahuluan
Apabila kita bercakap soal Islam dalam undang-undang Malaysia, kita tidak dapat lari daripada berbicara tentang 2 perkara utama:
1) kedudukan Islam dalam perlembagaan Malaysia
2) Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya
ini kerana perlembagaan persekutuan merupakan rujukan tertinggi bagi Malaysia. Mana-mana undang-undang yang dibuat yang bertentangan dengan perlembagaan dianggap terbatal. Oleh itu, penulis merasakan suatu perkara yang aneh lagi janggal sekiranya kita berbicara soal Islam dalam undang-undang Malaysia tanpa kita merujuk kepada perlembagaan persekutuan.
Selain itu, penulis juga merasakan perlu untuk menyentuh bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya kita dapat melihat sejauh mana kedudukan Islam dalam undang-undang di negara kita dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaannya.
Skop perbahasan
Kertas kerja ini hanya akan memberi tumpuan kepada kedudukan Islam dalm undang-undagn Malaysia pada masa kini. Perkataan pada masa kini ditafsirkan sebagai selepas kemerdekaan. Jelasnya, penulis akan melihat kedudukan Islam dalam undang-undang Malaysia selepas merdeka (1957) sehingga sekarang.
Kedudukan Islam menurut perlembagaan
Perlembagaan persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Perkara 3 (1) perlembagaan persekutuan ada menyebut : agama Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Pertuntukan ini bertujuan memberi beberapa keutamaan kepada Islam dalam beberapa perkara yang ditetaplan oleh perlembagaan seperti yang berhubung dengan bantuan kewangan untuk meningkatkan syiar Islam, menetapkan Yang Dipertuan Agong selamanya orang Islam, menyerkat dan mengawal penyebaran agama lain kepada orang-orang Islam dan beberapa upacara rasmi.
Walaupun agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama asmi bagi persekutuan, hakikat tesebut tidak boleh digunakan untuk mengatasi peruntukan-peruntukan perlembagaan yang lain. Ini jelas dinyatakan oleh perlembagaan persekutuan dalam perkara 3 (1): tiada apa-apa dalam perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam perlembagaan ini.
Kedudukan Islam dalam undang-undang Malaysia pada masa kini sebenarnya tidak banyak menampakkan perubahan jika dibandingkan dengan zaman sebelum merdeka. Hal ini jelas berdasarkan kepada penafsiran dan penghukuman yang dibuat oleh Mahkamah Agong dalam kes Che Omar lwn Pendakwaraya (1998) dan Wan Jalil lwn Pendakwaraya (1982). Dalam kes ini, telah dihujahkan bahawa hukuman mati untuk kesalahan mengedar dadah dan kesalahan di bawah akta senjata api(hukuman tambahan) adalah bertentangan dengan agama Islam yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan itu sendiri dan dengan sendirinya terbatal. Hujah yang dikemukakan ialah hukuman itu bukanlah hudud atau qisas. Peruntukan hukuman mati adalah berlawanan dengan undang-undang Islam dan oleh kerana itu ia tidak sah mengikut perlembagaan. Mengikut siaran di akhbar, timbalan pendakwaraya yang hadir bagi pihak pendakwaraya telah mengatakan bahawa belau tidak sanggup menghujahkan sama ada hukuman mati mandatori dalam kes-kes itu berlawanan dengan undang-undang Islam atau tidak. Dalam hubungan ini, Mahkamah Agong menyatakan bahawa perkataan Islam yang terdapat dalam perkara 3 perlembagaan malaysia itu hanya terhad kepada perkara-perkara upacara daan adat-istiadat agama. Dalam kes ini, mahkamah merujuk kepada persetujuan jawatankuasa yang menggubal perlembagaan perkutuan Islam dapat difahami pada masa itu. Maknanya Mahkamah Syariah masih tetap dalam ruang yang sedia ada seperti yang dinyatakan dalam jadual kesembilan.
Dalam dekad 80an, kes-kes yang bidang kuasanya terletak di bawah Mahmakamah Syariah masih boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, para hakim di Mahkamah Tinggi nampaknya ada kecenderungan untuk memutuskan hukuman berdasarkan hukum Islam. Mereka memberi pertimbangan kepada fatwa-fatwa yang diberikan oleh orang yang berautoriti. Kes ini sepatutnya didengar dalam Mahkamah Syariah tetapi kerana kuasa Mahkamah-Mahkamah Tinggi atau Mahkamah–Mahkamaha Sivil mengatasi keputusan-keputusan yang dibuatnya, Mahkamah Agong mengambil alih
Contohnya dalam kes Tengku Jaafar Ibn almarhum Tengku Muda Ali & Anor lwn Kerajaan Pahang (1987), isu utama ialah tentang kesahan pemberian tanah sebagai hadiah oleh Sultan Pahang kepada anak perempuannya. Dalam hubungan itu, Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara, memutuskan bahawa hadiah itu tidak sah dengan merujuk kepada Undang-Undang Islam itu sendiri seperti yang dicatatkan dalam Minhaj al-Talibin yang ditulis oleh al-Nawawi, diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh E.L Howards. Hakim itu berkata: hadiah tanah itu telah dibuat oleh sultan hampir 2 tahun sebelum peraturan tanah 1989 dan tidak syak lagi bahawa undang-undang yang harus dikenakan kepada hadiah itu ialah hukum Syarak. Mengikut undang-undang itu, seseorang Islam boleh mendapatkan hak milik sekeping tanah yang belum dihidupkan dan ditumbuhi cucuk tanam di atas tanah itu. Seseorang bukan Islam tidak boleh mendapatkan hak milik tanah dengan cara itu. Mereka terpaksa mendapat hak milik daripada raja atau seorang Islam yang memiliki tanah itu dengan cara hadiah atau penjualan
Hal ini juga boleh dilihat dalam kes Re Dato Bentara Luar decd. Haji Yahya Bin Haji Yusuf & Anor lwn Hassan Bin Othman & Anor (1982), yang berhubungan dengan wakaf (wakaf kepada kanak-kanak dan zuriat mereka) sama ada wakaf itu sah atau tidak sah. Dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan (dibaca oleh Salleh Abbas) memutuskan bahawa undang-undang yang boleh dipakai untuk menentukan kesahan wakaf dalam kes ini ialah Undang-Undang Islam
Walau bagaimanapun dalam perkara dasar atau undang-undang umum masih lagi meneruskan cara penafsiran lama dalam menghuraikan kedudukan Islam seperti yang dicadangkan dalam pembentukan perlembagaan itu sendiri sebagaimana dalam kes Che Omar lwn Pendakwaraya (1988)
Perkembangan terakhir turut mengubah sistem pemakaian undang-undang yang ada di Mahkamah Syariah. Keputusan dalam bidang kuasa mahkamah tidak boleh didengar di Mahkamah Sivil dan Mahkamah sivil pula mempunyai kuasa untuk mendengarnya. Ini dapat dilihat dalam perkara 121 (1A) yang menjelaskan : mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalama fasal (1) iaitu Mahkamah Tinggi termasuk di Sabah dan Sarawak tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini kerana banyak lagi akta lain yang menghalang pelaksanaan atau penguatkuasaan hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, ini termasuklah akta(menguatkuasakan nafkah) bagi perempuan-perempuan bersuami dan kanak-kanak 1968. Begitu juga dalam soal menyelesaikan masalah orang-orang yang menganut Islam di bawah umur 18 tahun sebagaimana di dalam kes Susie Teoh: Teoh Eng Huat lwn Kadi Pasir Mas Kelantan dan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (1988). Walau pun kes ini memberikan kemenangan kepada anak yang telah memeluk Islam, tetapi kes ini masih bergantung kepada keputusan Mahkamah Agung apabila rayuannya didengar nanti
Akta penjagaan kanak-kanak 1961 (guardianship infants acts) dan Akta Membaharui (perkahwinan dan perceraian) 1976 adalah di antara undang-undang yang boleh menyekat kewibawaan pihak-pihak yang berkaitan untuk mendapat dan memberikan penyelesaian menurut hukum-hukum Islam. Walau pun sudah ada keputusan dibuat untuk membolehkan suasana yang ada ditafsirkan dengan baik dan memberi keuntungan kepada agama Islam seperti dalam kes Susie Teoh, keputusan itu masih bergantung kepada penyelesaian hakim Mahkamah Agung dan hakim Mahkamah Tinggi yang lain berdasarkan semangat Islam.
Daripada peruntukan-peruntukan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa Undang-Undang Islam di Malaysia hanyalah tertumpu kepada undang-undang keluarga, harta benda khairat, hasil keagamaan, tempat-tempat ibadat dan Mahkamah Syariah. Pada praktisnya, Mahkamah Syariah hanya mebicarakan kes-kes tertentu seperti perceraian, perkahwinan, nafkah anak isteri, warisan dan harta sepencarian. Dalam masalah pewarisan pula, sebenarnya kuasa Mahkamah Syariah hanyalah mengheluarkan sijil faraid yang dipanggil akuan faraid kepada orang yang berhak mengikut kenyataan dan perutusan yang dibuat oleh pemegang amanah, pegawai daerah atau peguam.
Secara kesimpulannya, Undang-Undang Islam masih menjalani proses sekatan dan tahanan dalam pagar yang disempitkan. Hal ini ditambah dengan keadaan yang tidak selaras di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kerajaan persekutuan nampkanya tidak mempunyai kuasa untuk menyatukan keseluruhan negheri-negeri yang ada bagi menyelaraskanU-Undang Islam yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan penggubalan undang-undang untuk menyatukan negeri-negeri di bawah persekutuan tidak dibuat dengan baik. Hanya dalam beberapa perkara kecil sahaja yang dipersetujui bersama sepeti penetapan tarikh puasa dan hari raya dan sebagainya.
Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya
Mahkamah Syariah ditubuhkan berdasarkan peruntukan perlembagaan yang memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk mentadbir Undang-Undang Islam yang digolongkan sebagai undang-undang diri (personal law), berdasarkan kehendak Jadual Kesembilan, senarai (2) butiran satu (1). Namun zahirnya kita nampak Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk undang-undang diri (personal), ia disertakan pula dengan sekatan-sekatan tertentu melalui peruntukan dan akta. Penubuhannya juga berdasarkan kepada peruntukan dalam enakmen pentadbiran hukum syarak bagi negeri-negeri seperti Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1952 bagi Selangor dan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1955 bagi Terengganu.
Menurut perlembagaan, Undang-Undang Islam boleh dimaksudkan sebagai undang-undang diri yang tidak mempunyai kuasa menyeluruh tetapi hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam dan dalam bidang yang amat sempit dengan sekatan-sekatan yang khusus. Menurut perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan: semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang. Di dalam peruntukan yang lain pula perlembagaan menegaskan, perkara ini tidak membatal atau melarang seperti yang diperuntukkan dalam perkara 8 (5)(a) yang berbunyi: apa-apa peruntukan yang membuat peraturan-peraturan mengenai undang-undang diri.
Sementara maksud undang-undang diri pula telah diberi penjelasan secara terperinci dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
Kecuali mengenai wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam. Termasuk hukum Syarak yang berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan akhirat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam negeri adat-istiadat melayu, zakat, fitrah dan baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamamnya: masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan, mengawal perkembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam, menentukan perkara-perkara hukum syarak dan iktikad dan adat-istiadat melayu.
Penutup
Secara keseluruhannya, dapatlah kita simpulkan bahawa Islam masih lagi terpinggir daripada undang-undang Malaysia. Terpinggir di sini bukanlah bererti tiada langsung pengaruh Islam dalam perundangan kita, tetapi terpinggir di sini membawa maksud bahawa undang-undang Islam hanya digunapakai pada perkara yang melibatkan diri sendiri sahaja (personal law) seperti hukum perkahwinan, perceraian, warisan atau harta pusaka dan sebagainya. Namun, dalam keadaan terpinggir ini hukum Islam masih lagi diganggu oleh akta dan enakmen yang lain yang semakin menghimpit dan seolah-olah menjadikan Islam sebagai tahanan dalam rumah. Semoga hukum Islam dapat dimartabatkan sepenuhnya suatu hari nanti.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Ibrahim. 1995. Mendekati Sejarah Undang-Undang Di Malaysia Dan Singapura. Terjemahan Muhammad bukhari Abdul Hamid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim. 1995. Undang-Undang Islam Di Mahkamah Sivil. Al-Ahkam Jilid 1(2):1-22
Hamid Jusoh. 1992. Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Terjemahan Raja Rahawani Raja Mamat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hamid Jusoh. 1995. Pemakaian Undang-Undang Islam Kini Dan Masa Depannya Di Malaysia. Al-Ahkam Jilid 1(2): 58-87
Mahmud Saedon A. Othman. 1991. Kadi Perlantikan Perlucutan Dan Bidang Kuasa. Ctk.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Khamis, 18 Oktober 2007
khuluk wanita
atas dasar inilah mereka mengecam qanun islam kononya islam seolah menganaktirikan wanita dan berlaku tak adil pada kaum wanita2) masalah saksi penyaksian 2 orang pompuan sama dengan penyaksian seorang laki3) lelaki boleh kawin empat sedangkan pompuan tak dibenarkan dan banyak lagi resolusi dan cadangan yang meminta supaya disamaratakan hak lelaki dan wanita tapi tak cukup nak taip laaa(malas)he he he.
-saya tak perasan tentang idealogi pembebasan wanita di sini.mula2 sampai tahun 1997 memang tak perasan hinggalah selalu dengar radio orang dok cakap kebebasan wanita dan sebagainya barulah kita tersedar ada sesuatu di sebalik kata2 tersebut(dalam ilmu mantik setiap perkataan ada maksudnya).lagipun nasib baik laa kita ni ngaji juga walaupun sikit2 terperasan juga masalah tu-idea ni bermula di barat, dah lama dah dalam beberapa kurun yang lepas.asalnya wanita barat tak mendapat pembelaan yag sewajarnya daripada masyarakat.wanita hanyalah hamba seks.bahkan ada ahli falsafah selalu menimbukan persoalan adakah wanita itu manusia atau haiwan?adakah wanita itu separuh manusia dan separuh binatang dan sebagainya.memang biadap soalan tu tapi itulah realitinya di barat pada masa tu.lagipun wanita tak leh nak bawa senjata kemedan perang. wanita dijadikan alat pertaruhan. memang kalau kita baca sejarah wanita di barat memang sedih dan menyayat hati seolah wanita tu memang macam haiwan.zaman berubah hinggalah masuk zaman industri(ringkas cerita malas nak taip banyak)wanita berkerja di kilang2 dan sektor industri.wanita hanya dapat separuh gaji laki dan berkerja lebih teruk rai lelaki.kalau lelaki kerja 5 jam sehari dapat 10 pound wanita kena kerja mungkin 7 atau 8 jam sehari dan dibayar dengan 8 pound atau 6 pound jer(contoh).itulah nilai wanita pada kacamata barat.perasaan ini mendorong sikap memberontak pada kaum wanita hingga timbullah kelab2 wanita dan persatuan wanita atas tujuan nak bagi hak pada kaum wanita.dan wanita mula mendapat pembelaan sewajarnya dalam abad ke 20 kira lewat benar sebab islam bagi hak pada wanita zaman nabi lagi.barat tertingal dengan islam hampir 1300 tahun.-dari segi logiknya memang kita terima kalau idea tu timbul di barat sebab kesian sangat pada kaum wanita masa tu tapi kalau idea tu timbul di kalangan negara islam itu sesuatu yang meyedihkan sebab islam dah bagi sepenuhnya pada wanita.wanita barat sekarang berjuang bukanlah untuk wanita tapi untuk lelaki juga sebab setiap kali wanita mendapat haknya setiap kali itulah lelaki2 yahudi tersenyum kerana perangkapnya dah terkena.cukup setakat tu sejarah idea ni timbul.buku panjang sangat bab tu .paling mudah bacalah(SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM karangan muhammada qutb)itu kira buku paling ringan dan bak untuk huraikan masalah wanita dan kebebasan-berbalik pada atas kenapa islam bagi pada lelaki harta pusaka yang lebih banyak berbanding wanita sebabnya lelaki ada banyak tanggungjawab dalam berumahtangga dari segi kewangan contohnya sebab laki nak minta orang untuk dijadikan isteri(contoh paling mudah) sedangkan wanita orang minta dia.so logiklaaa kalau lelaki diberikan harta pusakan yang lebih berbanding ngan wanita.kalau nak hujah 2 ilmiah yang lain tu boleh rujuk pada muhammad qutb.itu hujah mudah-kenapa laki boleh poligami wanita tidak? dari sudut kajian psikologi jiwa wanita tak sama ngan jiwa lelaki .jiwa lelaki agak memencar sedangkan jiwa wanita tertutup.apabila wanita berkahwin dan mempunyai anak2 jiwa nya hanyalah untuk suaminya.dia akan memikirkan soal kebahagian rumahtangganya dan keluarganya.baginya itulah perjuanganya.sedangkan lelaki secantik mana isterinya hatinya masih ada ruang untuk dicelahi oleh orang lain.itu dari segi kajian psikologi(ingat kaedah hukum dibina berdasarkan prinsip asas dan yang umum dan ghalib, soal pengecualian ada kaedahnya yang tersendiri)itulah sebab kenapa islam haruskan poligami bagi lelaki dan tidak pada wanita-satu lagi ialah lelaki sukar untuk menerima kenyataan bahawa isterinya adalah isteri orang lain dan ini akan menimbulkan sikap bermusuhan dan irihati yang akan membawa kepada perpecahan dan permusuhan-rasanya2 cukuplah setakat itu bab muktamar wanita.semua hujah 2 tersebut telah dijawab secara panjang lebar oleh ulama2 islam yang membicarakan nya secara mantik dan ilmiah.saya hanyalah menyampaikannya sebagai maklumat sahaja.----------------------------------------------------------------------MASALAH PERANCANG KELUARGAdalam zaman sheikh gaddul hag menjadi sheikh azhar (beliau meninggal pada tahun 1995 kalau tak silapnya),beliau telah mengharamkan perancang keluarga.sememangnya kerajaan mesir tersekat daripada melaksanakan beberapa perancangan semasa hayat beliau.sebaik sahaja beliau meninggal naiklah sheikh tantawi sebagai sheikh azhar.tantawi mengharuskan perancang keluarga kerana masalah kemiskinan lagipun rakyat mesir ramai yang miskin .so dengan perancang kuarga ni dapat laa makan maknanya kalau anak ramai payah nak makan.dalam KHUTBAH YUSUF QARDAWI)beliau banyak mengkritik dasar perancangan keluarga ini kerana sememangnya rezeki adalah jaminan ALLAH.lagipun dalam zaman sekarang sesuai dengan perkembangan teknologi makanan dan sebagainya adalah mustahil kalau dikatakan tujuan utama nak rancang kuarga atas dasar kewangan dan makanan.katanya kalau dahulu tanam gandum atau padi sekali setahun sekarang ALLAH limpahkan rezekinya dengan padi atau gandum dapat ditanam 2 atau 3 kali setahun.lagipun takder sebab negara islam nak rancang kuarga sebab negara islam ratanya2 kaya dengan sumber asli dan tanah2 yang subur macam negara mesir.negara2 arab lain kaya dengan minyak sementara negara2 bekas soviet kaya dengan uranium ,besi dan sebagainya.pendek kata kalau dihimpunkan kekayaan negara2 islam cukup banyak dan tak laa timbul masalah2 macam ni.sememangnya itu hanyalah perancangan daripada musuh2 islam yang tak jemu2 menyerang islam-saya teringat salah satu taktik yang digunakan dalam perang afghanistan semasa melawan rusia dulu apa bila sahaja berlaku perang dan ramai mangsa pelarian terutamanya kanak2 datanglaaa pasukan st john atau pasukan palang merah antarabangsa nak hulurkan bantuan.ingatlah setiap kali yahudi hulurkan bantuan pastinya ada jerat di sebaliknya.mereka yang datang sebagai palang merah bukanlah sebarangan orang.mereka dilatih untuk sebarkan kristian dan merosakkan pemikiran umat islam.ada kes yang mana para pejuang mujahidin yang sakit di potong kakinya padahal keadaan tidak lah memerlukan supaya dipotong kakinya.itu hanyalh perencanaanya untuk melum[uhkan kegiatan jihad mujahidin.mereka tetap akan menghancurkan umat islam dalam apa bidang sekali pun walaupun secara tak langsung----------------------------------------------------------------------