Khamis, 2 Julai 2026

Imam al-Bundar (Muhammad bin Bashar)

Imam al-Bundar (Muhammad bin Bashar)

Seingat ambo, memula sekali dengar perkataan bundar masa belajar math je. Kalau ada soalan contohnya bundar kepada puluh yang terdekat, atau ratus yang terdekat. Apabila belajar hadis, jumpa lagi perkataan bundar. Tapi bundar dalam periwayatan hadis ni merujuk kepada nama seorang perawi hadis yang hebat.

 

Imam al-Bundar, atau nama penuhnya Abu Bakar Muhammad bin Bashar bin Uthman bin Daud bin Kaysaan al-Abdi al-Basriy, merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam bidang ilmu hadis pada abad ketiga Hijrah. Beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Bundar dan dilahirkan pada tahun 167 Hijrah di kota Basrah.

 

Gelaran Bundar diberikan kepadanya kerana kedudukan dan kewibawaannya yang tinggi dalam kalangan ulama hadis pada zamannya. Ada khabar (Qiila) mengatakan bahawa beliau digelar Bundar kerana beliau seolah-olah menjadi tempat berlabuh hadis2 dari Basrah pada masa tu. (hadis2 Basrah pada masa tu boleh dikatakan banyak dikumpul melalui jalur riwayat Bundar). Ada juga khabar mengatakan Bundar tu bererti seorang yang kuat ingatannya

 

Sejak usia muda, beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan, khususnya ilmu hadis, dan menghabiskan sebahagian besar kehidupannya untuk menuntut, menghafal serta meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah SAW.

 

Beliau tidak bermusafir mencari hadis seperti penuntut2 ilmu hadis yang lain pada zamannya kerana tidak mendapat keizinan daripada ibunya. Kata Bundar “Aku ingin keluar mengembara untuk menuntut ilmu namun ibuku tidak mengizinkannya. Lalu aku patuh dan taat kepada ibuku lalu Allah mengurniakan keberkatan padaku”. Bundar banyak menghabiskan hidupnya di Basrah. Oleh sebab lama kat Basrah, beliau dikatakan mengumpulkan hadis Basrah

 

Dalam usaha mendalami ilmu hadis, Imam al-Bundar telah berguru dengan ramai ulama besar pada zamannya. Antara gurunya ialah Yahya bin Said, Ghundar, Abd al-Rahman bin Mahdi dan Waki' bin al-Jarrah. Beliau terkenal sebagai seorang yang mempunyai daya hafalan yang kuat, amanah dalam meriwayatkan hadis dan sangat teliti dalam memastikan kesahihan sesuatu riwayat. Oleh sebab itu, beliau mendapat kepercayaan yang tinggi daripada para ulama dan pengkritik hadis.

 

Ketinggian ilmu dan ketokohan Imam al-Bundar menyebabkan ramai ulama terkenal datang menuntut ilmu serta meriwayatkan hadis daripadanya. Antaranya ialah pengarang Sunan Sittah (Imam Bukahri, Muslim, Nasaiy n etc), Abu Hatim, Ibrahim al-Harbi, Ibn Khuzaimah, Muhammad bin al-Musayyab al-Arghiyani, al-Qasim bin Zakariya al-Mutarriz, Yahya bin Said Baqiyy bin Makhlad n etc

 

Bila kita blaja hadis, ada istilah Madar al-Isnad. Secara ringkas madar al-isnad ni maybe ambo buleh terjemah sebagai paksi atau tonggak jalur riwayat. Oleh sebab Imam Bundar ni banyak mengumpulkan hadis2 Basrah, so kebanyakan sanad hadis yang banyak daripada pelbagai guru dan perawi pada akhirnya akan bertemu pada jalur dari Bundar.

 

Sepanjang hayatnya, Imam al-Bundar mengabdikan dirinya kepada penyebaran ilmu dan pendidikan para penuntut hadis. Beliau sentiasa berusaha memelihara kesucian sunnah Rasulullah SAW agar dapat diwariskan kepada generasi seterusnya dengan tepat dan sahih. Berkat kesungguhan dan keikhlasannya, nama beliau terus disebut dalam kitab-kitab hadis dan ilmu rijal sebagai salah seorang perawi yang thiqah dan dipercayai.

 

Imam al-Bundar akhirnya kembali ke rahmatullah pada tahun 252 Hijrah ketika berusia sekitar 85 tahun. Walaupun telah lama meninggalkan dunia, jasa dan sumbangannya dalam bidang ilmu hadis tetap dikenang sehingga hari ini. Ketokohan beliau sebagai seorang muhaddith yang unggul menjadikan namanya terpahat dalam sejarah tamadun Islam sebagai tokoh yang banyak berjasa dalam memelihara warisan sunnah Rasulullah SAW untuk manfaat umat Islam sepanjang zaman.

 

-       Ambo rujuk biografi Imam Bundar dalam Siyar A’lam al-Nubala n etc. tidak sesuai untuk rujukan ilmiah kecuali setelah dibuat Semak silang

 

Tiada ulasan: